Utusan Bohong Lagi!!!!

PENAHANAN 10 PELAJAR MALAYSIA DI YAMAN.

Berkaitan dengan pelajar Malaysia di Yaman kami di sini ingin menjelaskan lebih lanjut tentang penahanan mereka. Sebelum pergi lebih jauh kami di sini ingin memaklumkan bahawa

pelajar Malaysia yang belajar di Yaman ditahan pada tarikh yang berlainan. Enam orang diantara 10 yang ditahan telah ditahan pada 4 Mac 2002 pada sebelah pagi, 3 orang ditahan di sebelah malamnya, dua diantara mereka telah dibebaskan keesokannya. Kemudian 3 orang yang terakhir ditahan pada 8 Mac menjadikan jumlah pelajar yang ditahan sehingga ke hari ini semuanya 10 orang. Mereka ini telah ditahan di sempadan antara negara Yaman dan Arab Saudi iaitu satu wilayah yang bernama Harodh selepas pulang dari menunaikan fardhu haji dengan menaiki bas di Makkah..

Hingga ke hari ini kami tidak dimaklumkan sebab penahanan kawan kami sedangkan mereka

semua mempunyai visa pengajian yang sah, dokumen perjalanan pergi balik ( khuruj awdah ) yang belum tamat tempohnya selama 3 bulan dan tempat pengajian yang mereka belajar semua nya berdaftar dan di iktiraf oleh kerajaan Yaman jika tidak di iktiraf masakan pihak kerajaan Yaman boleh mengeluarkan visa pengajian setiap tahun kepada mereka kerana ada diantara mereka sudah belajar di Yaman selama hampir 7 tahun dan diantara mereka yang ditahan salah seorang belajar di sebuah institusi hak milik kerajaan Yaman di bawah kementerian agama Yaman ( Wizaratul Awqof ).

Seperkara lagi yang menimbulkan tanda tanya dikalangan kami para pelajar di sini kenapa dan mengapa akhbar di Malaysia terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian dengan mudah mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat pada tarikh 16 Mac 2002 ( rujuk Berita Harian dan Utusan Malaysia ) dengan menyatakan bahawa 10 pelajar telah dibebaskan. Di sini kami pertegaskan sekali lagi sehingga laporan ini ditulis 10 pelajar yang ditahan masih belum dibebaskan.

Persoalan yang perlu kami timbulkan di sini adakah kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi dalang utama yang berselindung di sebalik penahanan 10 pelajar Malaysia ini kerana jika kita perhatikan banyak dakwaan dari pihak kerajaan yang tidak berasas dan berniat jahat dengan mengapatakan pelajar yang ditahan dipercayai terlibat dengan kegaitan politik, militan dan ekstrimis. Bagi kami dakwaan ini bermotifkan politik dan ini satu langkah kerajaan Malaysia cuba menghalang pelajar dari terus belajar di Yaman.berikutan sejak akhir akhir ini hampir kesemua pelajar Malaysia yang belajar di timur tengah bersikap tidak menyokong kerajaan yang dipimpin oleh UMNO dan secara kebetulan ramainya anak anak pimpinan Parti Islam Se Malaysia PAS yang belajar di sini dan inilah sebab utamanya mereka cukup tidak senang dengan orang yang belajar agama kerana hampir 99% yang balik semuanya menentang mereka. Kami pertegaskan di sini jika kami balik satu hari nanti kami juga tidak akan bersama kamu wahai pemimpin UMNO yang zalim dan banyak melakukan perkara yang mungkar di sisi Allah.

Oleh itu kami berharap selepas ini Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain lain akhabar serta pemimpin UMNO tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat dan berniat jahat ke atas kami. Jika masih terus memfitnah kami,Insya Allah kami cuba mencari jalan bagaimana hendak saman kepada akhabar atau induvidu yang menfitnah kami.

Sekian, Wassalam.

Zindani Yaman







............................................
Terbitan : 16 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com