Hebaat.Hebaat sungguh Khir Toyo sekarang. Berbekalkan
jawatan Ketua Pemuda Tg.Karang,kemudian terpilih
menjadi wakil rakyat dan mendadak menjawat MB Selangor
dan otomatis terpilih menjadi Ketua Bahagian Umno
Tg.Karang,Khir Toyo menonjolkan imej kebobrokan
dirinya yang asli.
Benarlah kata orang bijak pandai, jika ingin
mengetahui perangai dan tingkah laku sesaorang yang
sebenarnya, berikan ia KUASA DAN WANG.
Kini Khir Toyo telah memiliki kedua-duanya, kuasa dan
wang ringgit.Khir Toyo berkuasa penuh di
Selangor,sebagai MB .Kewangan Negeri Selangor dibawah
kuasanya.Ia berjaya menghabiskan kantung wang dan
khazanah Selangor. Ia berjaya mengagihkan berbagai
projek jalan,pemasangan paip air,pemberian tanah
kepada kroni,menswastakan pengutipan hutang rakyat
terhadap kerajaan negeri, pembekalan paip air dan
lain-lain.
Selain itu Khir Toyo juga adalah Ketua Umno
Tg.Karang.Ia menguasai 150 cawangan Umno.AJK termasuk
Timbalam Ketua Umno Tg.Karang,YB.Noh Omar tidak
berani membantah cakap Khir Toyo sekarang ini walau
satu masa dahulu ia tidak pernah bersetuju dengan
pendapat-pendapat Khir Toyo.
Khir Toyo kini ditimbuni dengan wang ringgit . Mungkin
ia tidur bertilamkan wang ringgit. Wang rakyat yang
dirampas untuk kepentingan pribadi .
Dengan wang ringgit yang banyak serta dikelilingi
kroni-kroni seperti Jamian Mohamad,Sumadi
Ismail,Dr.Karim Mansor,Aini Taib,Dr.Azizan Mohamad.
Pua Kim Seng, Pua Kim An, Mata Seng,Selamat
Dollah,Ahmad Tarmizi, taukeh Giant (sekadar beberapa
nama) maka Khir Toyo terus mencengkam kukunya untuk
mengekalkan kuasa di Selangor dan Tg.Karang.
Dengan wang ringgit hasil rumpakan wang rakyat,ia
mengarahkan Dr.Karim Mansor dan Selamat Dollah untuk
membiayai segala perbelanjaan membayar ,mencetak dan
mengedarkan Memo 15 ,17 dan 19 dan iklan
U.Meluya..Selamat Dollah,wakil khas Khir Toyo
sebenarnya selain mendapat prujek dan wang rasuah
daripada taukeh Cina juga telah diberikan kuasa
menghabiskan wang peruntukan DUN Sg.Burung sebanyak
RM 3000,00.00 setahun.
Kini Hj.Sumadi Ismail ,salah seorang kroni Khir Toyo
pula telah menyediakan peruntukan yang sungguh banyak
untuk menjamin kedudukan Khir Toyo di Tg.Karang.
Hj.Sumadi Ismail adalah bekas pekerja Majlis
perbandaran Shah Alam yang pernah menipu YB Sujak,Yang
Dipertua Shah Alam sekarang ini. ( Ingin tahu cerita
Hj.Sumadi,sila jumpa YB Sujak).
Dengan persetujuan Khir Toyo,maka semua 150 ketua
cawangan Umno Tg.Karang kecuali 10 cawangan telah
diberi elaun RM 500.00 sebulan.Ketua pemuda dan wanita
turut mendapat elaun masing-masing RM 150.00 sebulan.
Elaun ini akan diberikan sehingga pemilihan bahagian
Umno akan datang. Tujuan nya adalah untuk menjamin
ketua cawangan dalam bahagian Tg.Karang terus
menyokong Khir Toyo sebagai ketua dan YB Noh Omar
tidak berpeluang mencabarnya.
Sepuluh cawangan yang tidak mendapat elaun adalah
cawangan Khir Toyo sendiri,caw.Hj.Sumadi,caw.Noh Omar,
caw. Dato Aini, caw. Hj.Lias ,caw.Hj.Jamian Mohamad
diantaranya. Cawangan-cawangan itu telah dianggap
cawangan elit dan jutawan dan ketuanya tidak
memerlukan elaun.
Elaun RM 500.00 dan RM 150.00 sebulan adalah khas
untuk ketua ketua cawangan dan ketua pemuda atau
wanita sahaja .Timbalan,setiausaha, ajk dan ahli tidak
mendapat apa-apa elaun . Oleh kerana itu ramai ajk dan
ahli tidak berpuas hati kerana ketua cawangan sahaja
yang mendapat untung.Pemilihan akan datang akan
meyaksikan jawatan ketua cawangan diTg.Karang akan
menjadi pertarungan sengit.Mungkin kerusi akan
melayang dan tembakan pistol terpaksa digunakan untuk
menyelesaikan perkelahian sesama ahli Umno.
Bayangkanlah berapa banyak wang rakyat yang dirompak
oleh pemimpin Umno khususnya Khir Toyo telah
digunakan untuk kepentingan dan menjaga kedudukannya.
Tiap bulan Hj.Sumadi dan Khir Toyo mesti mengeluarkan
wang RM 800.00 X 140 cawangan adalah RM
112,000.00.Dalam satu tahun bermakna berjuta ringgit
telah dikeluarkan .
Khir Toyo memang hebat. Mahafiraun pun tidak terfikir
untu menswastakan Umno. Tetapi anak didiknya telah
mendahului pemikiran Mahafiraun dengan cara
menswastakan ketua cawangan Umno Tg.Karang dengan
elaun bulanan.
Malaysia Boleh.Selangor Lagi Boleh ( menhabiskan wang
perbendaharaan).Kita tunggu berita Selangor akan
bangkrap tidak lama lagi.
Kula’an
______________________
Terbitan : 13 April 2002
Ke atas
Home