Pemuda KeADILan Balik Pulau ingin mengucapkan terima kasih diatas
kehadiran para ahli dan penyokong dalam majlis tersebut. Sdr Johari Kassim
selaku Ketua Penerangan Pemuda Pusat merangkap Ketua Pemuda Negeri Pulau
Pinang serta Ketua Pemuda Bahagian Balik Pulau telah turut hadir dalam
majlis tersebut. Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang Dr Mansor
Othman yang merangkap Ketua Bahagian KeADILan Balik Pulau turut
menyerikan majlis.Tak ketinggalan Sdr Aznan Pengerusi Jentera Pilihanraya negeri
Pahang turut meluangkan masa , beliau kebetulan balik ke rumah emak
mertuanya di Pulau Pinang.
Sdr Amizudin Ahmat Timbalan Ketua Pemuda Bahagian Balik Pulau
mempengerusikan majlis. Mengucapkan terima kasih atas kesudian YB Azmin yang
sanggup meluangkan masa bersama penduduk Balik Pulau. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada Makjang dan PakSu sekeluarga yang sudi menjadi
tuan rumah walaupun kelihatan beberapa orang SB mundar-mandir
berhampiran dengan kawasan program.Sdr Johari telah memberikan kata-kata aluan
dalam majlis tersebut.Antara ucapan beliau ialah meminta agar ahli serta
penyokong terus kominted dalam mengerakkan parti. Cuba memberikan
gambaran serta penerangan kepada masyarakat setempat berhubung perkembangan
politik semasa kerana segala bentuk media telah disekat oleh kerajaan ,
ini menyebabkan maklumat yang sebenar tak dapat dihebahkan kepada
rakyat teramai.Memberikan maklumat mengenai perkembangan terkini program
mogok lapar di Kemunting dan di kuala Lumpur. Dr Mansor Othman telah
mengalu-alukan kedatangan YB Azmin dan meminta agar majlis ceramah kelompok
dapat diteruskan. Beliau juga memaklumkan yang parti KeADILan akan
mengadakan pelbagai lagi program penerangan kepada orang ramai.
Sdr Yb Azmin telah memulakan ucapan dengan penerangan mengenai lawatan
Mahathir ke Antartika yang mana kos menyewa kapal ice breaker telah
menelan belanja lebih dari satu juta.Dr Mahathir merupakan satu-satunya
pemimpin yang paling kerap keluar negara berbanding dengan pemimpin
negara lain .Pembelian kereta kebal dari Poland yang disifatkan oleh beliau
sebagai merugikan kerana akan melibatkan kos penyelengaraan yang tinggi
di masa depan. Ini kerana kereta kebal jenis itu telah dianggap usang
di Poland dan kenyataan ini juga dipetik dari kenyataan seorang bekas
Jeneral ATM.
Beliau juga menyentuh mengenai isu ekonomi yang menyentuh mengenai isu
tabung haji, bail out kroni dan pelbagai salahguna kuasa. Menurut
beliau lagi program yang dijalankan oleh Parti adalah banyak tetapi cuba
digambarkan oleh media yang parti KeADILan telah longlai tanpa sebarang
aktiviti.Beliau memberi janji kepada rakyat yang beliau akan turut terus
bersama memperjuangkan keADILan walau apa yang terjadi. Beliau juga
memaklumkan yang beliau ada lebih dari 10 kes polis yang akan dikenakan
dakwaan kepada beliau.Ini termasuk isu pengundi hantu di Lunas serta kes
sembahyang hajat di masjid negara.Beliau juga mememinta agar majlis
seumpama ini akan terus diadakan untuk memudahkan rakyat dan pemimpin
berkongsi maklumat terbaru senario politik dan hal ehwal semasa yang cuba
disembunyikan oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.Disamping itu,
beliau juga meminta penyokong serta ahli parti agar tidak kecewa dengan
keluarnya sebilangan kecil pemimpin parti dan selepas itu mereka akan
terus menyerang parti serta individu dalam parti selepas keluar .
Majlis berakhir jam 7.00 petang dengan kehadiran lebih dari 100 orang
pendengar yang memenuhi ruang rumah tempat program.
Program berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan dari anggota polis
yang cuma memerhatikan dari jauh.
Sekian teriam Kasih
Rizal Tahir,
Setiausaha Pemuda,
Bahagian Balik Pulau,
Pulau Pinang.
______________________
Terbitan : 25 April 2002
Ke atas
Home