Pada satu hari saya singgah di Surau Darul Islam ,
Meru Kapar ,Kelang. Lepas solat , imam doa dan dalam
doa imam minta supaya Allah selamat umat islam di
Palestin, Bosnia , Chechnya dan di mana. Selepas doa
sebelum saya beredar terlintas di hati untuk melihat
peta Dunia , World Political , yang terpampang didalm
surau tersebut.
Alangkah terkejutnya saya bila saya dapati Nama negara
Palestin sudah di tiadakan dalam senarai nama negara
Asia . Yang ada antara lain nya ialah Israel dengan
bilangan penduduk 4,480,000 . keluasan 20,770 km2
dengan nama ibu negri nya Jerusalem.
Peta ini Peta Dailey Express , di rekabentuk dan di
keluarkan oleh Euromap Ltd. Rankboure, Berkshire, UK.
Di Cetak oleh : Annual Concepts Ltd.
One High Street,Princes Risbourough, Buckinhamshire HP
27, England. di bawah lesen ,
Express Newspapers Plc.
Peta ini adalah di Edisi September 1992.
Sama bulan Sept 2002 dengan WTC di bom dan mungkin
September 2003 , satu malapetaka besar akan berlaku di
bumi Palestin.Nauzubillah.
Khabarnya peta ini di beri percuma oleh seseorang
untuk di pasang dalam frem dan di gantung. Betapa
tidak prihatin nya rakyat kita dan pihak berkuasa
membenarkan sesuatu edaran peta dunia yang nyata
mengaibkan negara negara islam yang masih hanya mampu
bersidang, bicara dan doa .
Sekian harap tuan edarkan supaya peta Daily Express di
merata dunia ini di bakar dan protes keras di
kemukakan
kepada Daily Express,PBB,OIC dan Kerajaan Britain
melalui kedutaan mereka.
Ahmad Puzi
______________________
Terbitan : 10 April 2002
Ke atas
Home