BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

DISKRIMINASI KAUM ALA MAHATHIR…..

Diskriminasi kaum sememangnya wujud dalam negara ini sejak sebelum merdeka lagi. Isu perkauman tetap menjadi agenda parti-parti politik tanah air tak kira parti BN atau BA atau DAP semuanya bagi tujuan meraih sokongan rakyat berbilang kaum negara ini.

Jadi apabila Sivasubramaniam menuduh bahawa lebih daripada 200 buah sekolah mengamalkan diskriminasi kaum,perkara ini tidak mengejutkan kerajaan. Tetapi,apa yang mengejutkan kerajaan, ialah dalam diam-diam ayam tambatan Mahathir, Sivasubramaniam ,telah berani membangkitkan isu tersebut dengan tiba-tiba semasa tuannya sedang berromantika di Antartika.

Sememangnya,dikriminasi kaum berlaku di semua Jabatan Kerajaan bukan saja di sekolah. Lihat sajalah,hampir 100% ketua-ketua jabatan terdiri daripada satu kaum saja,walaupun pegawai berkenaan masih lagi “junior”. Mana ada Pengarah Pendidikan Negeri yang terdiri daripada bukan Melayu? Mungkin Siva atau Datuk Musa boleh jawab pertanyaan saya ini??

Jika diskrimasi kaum boleh berlaku dalam Jabatan-Jabatan Kerjaan apatah lagi di sekolah-sekolah? Jadi perkara ini tak perlu digembar gemburkan. Mungkin isu ini dibangkitkan dengan tujuan untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap isu-isu hangat seperti kehilangan wang Tabung Haji,dividen rendah KWSP,Perwaja dan sebagainya.

Diskrimasi kaum tidak semestinya berlaku antara kaum,tetapi berlaku juga di dalam kaum itu sendiri. Sebagai contoh, semua Pengarah Pendidikan Negeri adalah terdiri daripada orang Melayu. Tetapi, adakah semua mereka ini layak berada dalam jawatan tersebut? Malah,ada di antara mereka itu adalah terlalu “junior”,tetapi kerana mereka ini adalah kroni KPPM,orang kuat Menteri,mereka terus dilantik ke jawatan tersebut melangkaui orang-orang yang “senior” dan perkara ini adalah serious tetapi Kementerian Pendidikan Malaysia dan kerajaan menanggap perkara kecil saja.

Demikian juga dengan perlantikan Penguam Negara ! Apakah Ghani Patail itu orang yang paling senior untuk menjawat jawatan tersebut ? TIDAK !!! tapi kerana dia adalah kroni Mahathir,maka Ghani Patail menerima ganjaran tersebut.

Hari ini,juga Mahathir bercakap tentang kegagalan DEB kerana ketamakkan segolongan kecil orang-orang Melayu yang asyik sangat mengejar kekayaan hingga mereka lupa daratan. Golongan kecil orang Melayu yang tamak ini siapa? Lain tak lain orang-orang Melayu ini adalah kroni-kroni Mahathir juga termasuklah ketiga-tiga orang anak lelakinya. Jadi, Mahathir nak menyalak buat apa?

Seperkara lagi yang menjadi isu hari ini adalah perkataan Barua yang dijaja oleh kerajaan melalui RTM dan media massa tiap-tiap hari. Tiap-tiap hari RTM akan siarkan klip “barua” ini dan pendapat beberapa orang Professor yang cuba menjelaskan maksud perkataan tersebut. Tetapi,saya hairan,kenapakah isu-isu seperti kehilangan wang Tabung Haji,KWSP,Perwaja tidak diheboh-hebohkan,serta minta pandangan orang ramai berkaitan isu tersebut? Kalau ini bukan dikatakan politik murahan BN apa lagi? Siapakah yang sebenarnya barua?

Ketari,adalah tempat menentukan perubahan dalam pemikiran rakyat. Tetapi,rakyat kita seperti di Sanggang, Telok Kemang dan Indera Kayangan masih buta dan bangang khususnya orang Melayu. Apa yang jelas di semua tempat ini mereka mudah termakan dengan janji-janji BN yang telah menghulurkan wang ringgit,beras,kain batik dan pelaikat,basikal,buku sekolah,baja,jalanraya bertar dan sebagainya sebagai upah memancing undi. Tidak lupa juga berjuta-juta ringgit yang dijanjikan untuk membangunkan kawasan tersebut.

Orang Melayu perlu berfikiran seperti orang-orang Melayu Kelantan dan Terengganu terima saja apa yang kerajaan BN hulur tapi pangkah bulan gerhana bila mereka mengundi. Orang Cina dan India pula harus berfikran seperti orang-orang Cina dan India di Pulau Pinang pada tahun 1969 apabila mereka telah menumbangkan kerajaan Perikatan Wong Pow Nee.

Penduduk Ketari undilah dengan bijak bistari,tambahkan pembangkang di Dewan Undangan Negeri.

ALI ALLAH DITTA

....................................
Catatan : Sdr Ali Allah Ditta adalah di antara penulis awalan di laman ini. Artikal terakhir beliau ialah 22 Jun 2001. Setakat ini ada 26 artikal terkumpul daripada penulisan beliau (sila ke Laman Penulis Siber) - Webmaster







______________________
Terbitan : 1 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com