Sila Lawat :
SuaraAnum.com
Oleh : Rafizi Ramli
Minggu lepas di Britain, badan penyiaran terbesar di dunia iaitu BBC
(Badan
Penyiaran Britain) mengambil inisiatif mengadakan 'Minggu Kesedaran
Islam'.
Ia bertujuan meraikan kepelbagaian dan sumbangan Islam serta
penganutnya
kepada keharmonian Britain dan ketamadunan manusia seluruhnya. Salah
satu
misi utama minggu tersebut adalah untuk menghapuskan mitos dan
'stereotype'
yang selalu mengaitkan Islam dengan keganasan, sikap tidak toleran dan
pelbagai unsur negatif yang lain.
Sebagai meraikan minggu kesedaran Islam itu, pelbagai rancangan telah
dikomisyenkan oleh BBC. Ini termasuklah sebuah siri yang bertajuk
"Islam:
The Empire of Faith" (Islam: Empayar Keimanan) yang dihoskan oleh Ben
Kingsley, bekas penerima Anugerah Oskar hasil lakonannya sebagai
Mahatma
Ghandi di dalam tahun 1982. Dokumentari bersejarah itu merupakan yang
terbaik pernah penulis saksikan datang dari negara Barat mengenai
Islam.
Dalam tiga episod, ia menjejaki susur galur kelahiran islam dan
bagaimana ia
berkembang daripada sebuah agama kecil di Semenanjung Tanah Arab
menjadi
salah sebuah agama yang terbesar yang pernah disaksikan dunia. Lebih
penting
lagi, dokumentari itu menekankan sumbangan Islam kepada ketamadunan
moden
terutamanya nilai-nilai yang dijunjung oleh dunia Barat kini - tidak
lain
dan tidak bukan untuk menjawab pelbagai prejudis terhadap Islam yang
timbul
akibat stereotype yang mengaitkan Islam dengan tindakan pelampau.
Nilai-nilai ini termasuklah peranan Islam meletakkan hak-hak asasi
manusia
dan semangat kesejagatan yang jelas mendahului generasi dunia ketika
itu.
Lebih penting lagi kata dokumentari itu ialah peranan Islam sebagai
pembela
mereka yang tertindas, dan sejarah awal Islam tidak sekali-kali
memperlihatkan Islam berada di pihak yang menindas.
Salah satu contoh yang dipaparkan oleh dokumentari tersebut ialah
peristiwa
pembukaan Mekah, yang mana penduduknya pada ketika itu begitu takut
mereka
akan dihukum kerana kezaliman yang telah dilakukan terhadap penganut
awal
agama Islam. Sebelum itu, penduduk Mekah seringkali mengumpulkan bala
tentera untuk menyerang Madinah.
Sebaliknya, Rasullah SAW memasuki dan membuka Kota Mekah dengan sifat
pengampun dan terbuka. Tidak ada seorangpun yang dihukum atau
diapa-apakan,
lantas penduduk Kota Mekah memeluk agama Islam kerana kagum dengan
sifat
pengampun penganut-penganutnya.
Sikap pengampun dan kedepanan Islam dalam menjaga hak asasi penduduk
kota
yang dikuasainya dijadikan contoh berkali-kali, dan dijadikan bandingan
dengan Eropah ketika itu yang masih berada di dalam zaman gelap. Ini
termasuklah dengan sikap luarbiasa Sallehuddin al-Ayubi (dikenali
sebagai
Saladin dikalangan cendikiawan Barat) yang mengisytiharkan penduduk
Baitul
Maqdis yang tidak beragama Islam bebas untuk terus kekal di kota itu
dan
mengamalkan agama yang mereka anuti - sedangkan hampir seratus tahun
sebelumnya kota itu dibanjiri darah umat Islam, Kristian dan Yahudi
yang
sama-sama dibunuh oleh pejuang tentera Salib.
Begitu juga keadaannya apabila Muhammad al-Fatih (Mehmet the Conqueror
atau
Mehmet Penakluk seperti yang dikenali di Barat) membuka kota
Constantinople
dalam tahun 1453 M. Penduduk ibukota kebanggaan Empayar Rom Timur
Byzantium
itu dibenarkan terus menjalankan urusan seharian mereka tanpa gangguan.
Turut dipaparkan sepanjang seminggu kempen kesedaran itu adalah sebuah
program yang mencoretkan perjalanan sekumpulan rakyat Britain
menjalankan
ibadah haji. Salah seorang peserta rombongan dari Britain pada tahun
ini
ialah seorang pakar bedah neurologi terkenal iaitu Hajjah Aminah
Abdullah
(nama Islam) yang memeluk Islam.
Pendek kata, penulis dan rakyat Britain beragama Islam yang lain sudah
tentu
berasa cukup sejuk hati dan terharu apabila melihat Islam diraikan
sebagai
sebuah agama yang penuh warna dan kepelbagaian, yang meraikan
diversity,
yang mengagungkan ilmu melebihi segala-galanya dan menjadi salah satu
penyumbang terbesar ketamadunan manusia.
(bersambung...)
----------------------------------------------------------------------------
RAFIZI RAMLI, 25, ialah seorang exco Pemuda KeADILan Nasional dan
akauntan
bertauliah.
______________________
Terbitan : 4 April 2002
Ke atas
Home