Isu lama yang diberi nafas baru oleh RTM semalam di bawah kelolaan tukang jilat terunggul Zainudin Maidin ialah petikan sebahagian dari ucapan Dato' Fadhil Noor yang menyindir bakal PM sebagai "penternak babi". Seperti mana isu-isu sebelum ini, asal usul yang membawa kepada peristiwa yang terjadi sengaja dipadamkan. Mengapa Fadhil Noor mengucapkan kata-kata penghinaan demikian tidak pula dijelaskan. Kalau kita tonton CNN atau mana-mana media barat yang dikontrol oleh Yahudi dan mendokong agenda mereka sekalipun akan bersikap lebih adil. Kepada mereka yang menghadiri ceramah Fadhil Noor itu tentu mengetahui punca beliau menyindir Pak Lah Bedui.
Presiden PAS kata orang baduwi di tanah Arab memelihara unta manakala kat Malaysia kaum beduwi kita bela babi. Maka dapatlah satu point lagi kepada pihak kerajaan untuk menyerang pembangkang, PAS khasnya. Siap dengan potongan air quran sekali. Part tu tentu disediakan oleh ulama "barua" di RTM. Sayangnya, potongan air quran itu juga tidak disertakan dengan huraian. Kan sedap kalau dikupas begini "……adalah berdosa bagi seseorang memanggil yang lain dengan gelaran yang keji atau mengaibkan. Dan kita juga sebagai anggota masyarakat perlu menghindarkan perbuatan-perbuatan kurang baik yang boleh menjatuhkan air muka atau maruah sendiri supaya orang lain tidak berpeluang mengenakan gelaran-gelaran yang tidak baik terhadap kita". Kalaulah RTM buat begitu barulah boleh dikira "fair and square". Kalau tak mahu dipanggil "barua", janganlah menjadi pecacai penegak kemungkaran. Kalau tak mahu dipanggil "penternak babi" suruhlah Lim Ah Lek atau Ling Leong Sik , Koh So Kun ka sapa ka menangani masalah babi tu.
Kat kampong saya ada empat orang bernama Kassim. Sorang tu Kassim "Pora" sebab isterinya bernama Sapura. Sorang lagi "Kassim Petai" sebab sangat suka makan petai. Dia dapat gelaran gitu sebab pada suatu kenduri kahwin dia beria-ria benar "proposed" supaya dimasak sambal petai. Memang masa tu musim petai tapi jarang kedengaran kenduri kahwin orang masak tumis petai. Busuk bacing sekamponglah jawabnya. Lagi satu dikenali sebagai Lebai Kassim atau Kassim Tok Siak. Dia tukang hampar tikar sembahyang dan tukang azan di surau kami. Tapi yang outstanding sekali gelarannya ialah "Kassim Babi". Digelar begitu kerana salah satu mata pencariannya ialah memburu babi dan menjual babi yang ditembak kepada keluarga peniaga China di kampong kami. Tok Imam Haji Hamad dan beberapa orang lain ada menasihatkan beliau supaya meninggalkan pekerjaan yang tak berkat itu. Tapi Kassim babi buat pekak badak. Dia macam tak kisah pun orang panggil Kassim Babi. Jadi nak marah apa Pak Lah ooi….
Tapi bila difikirkan balik agaknya kemampuan Pak Lah cuma setakat tu saja…... Atau Pak Lah ni memang Pak Turut nombor satu……. Di rumah ikut perintah Hendon, di pejabat pula, apa orang tua tu suruh dia ikut saja. Kalau macam tu nasib kamulah Pak Lah ……Dan nasib kamilah negara Islam Malaysia ini akan berPMkan orang tak bertulang belakang macam kamu. Kalaulah bapa dia masih hidup tentu ulama yang dihormati tu merasa malu yang teramat sangat oleh tugas khusus anaknya itu. Pak Lah sepatutnya menamakan seorang Menteri China, lepas itu kalau dia nak pi melawat hari-hari kat Bukit Pelanduk tu hang pi la…..Nik Aziz pun pi juga melawat bertanya khabar, itu perihatin namanya…..Jangan-jangan dia nak jadi hero…. Elleh ! "hero babi" tak best lah…..
Yang Fadhil Noor pun satu juga. Buat apa dia pi berucap di khalayak ramai "insult" personalti Pak Lah "in cold blooded manner". Pemimpin tertinggi mesti ada batasan atau tapisan sikit. Bila Tok Guru Nik Aziz gelar "barua" kepada ulama kerajaan, beliau tujukan secara umum, bukannya khusus kepada seseorang. Siapa makan cili rasalah pedasnya. Tapi penternak babi keluaga beduwi kat Mesia ni sorang saja…..Kalau keluar dari mulut Mat Sabu itu kira okeylah….Sekarang ini macam mana. Kalau Fadhil Noor minta maaf pada Pak Lah tentu akan diputar belitkan oleh media arus perdana. Nanti yang nampak salah hanya kita sajalah…. Lagi pun budaya pemerintah sekarang ini amatlah menjelikkan. Perbuatan songlap duit simpanan orang kampong di Tabung Haji tidak dijadikan isu. Sebaliknya isu penternak babi yang lebih dipentingkan. Memang babi betullah puak-puak ini.
Sebenarnya saya bukannya ambil pusing sangat publisiti murahan begini. Tapi yang tak tahan tu, wartawan bodoh TV ni akan menemui pemimpin-pemimpin UMNO tertentu untuk mendapatkan komen-komen mereka pulak. Maka muncullah kerbau-kerbau yang ekor sendiri bergelumang tahi buat komen, macam Nan Pahang tu. Dia sendiri tak kurang perihal kurang ajarnya, cukup celupar dan suka tunjuk isyarat lucah di khalayak ramai pulak tu. Tapi TV penjilat tak pulak nak siarkan adigan-adigan cemar tu untuk tontonan ramai. Tak sakitkah hati tuan-tuan bila nonton TV tiba-tiba diundang Muhammad Mat Taib atau Khir Toyo untuk memberi komen pasal rasuah atau politik wang …..rasa-rasa macam nak kuhempas TV set tu. Tapi fikir-fikir balik juga yang rugi kelak.
Kepada pemimpin-pemimpin tertinggi kita, jaga-jagalah sikit mulut tu. Kalau rasa nak nak mencarut ka, nak maki ka…sabar-sabar lah. Saya ni tak apalah….masih jahil lagi……Kalau saya memaki hamun pun tak akan disiar orang di akhbar atau TV.
Awang Sulong
______________________
Terbitan : 16 April 2002
Ke atas
Home