Berita hari ni agak menggemparkan bila PDRM dengan
nada mengugut akan bertindak secara 'kejam' dengan
menaikkan
nilai saman yang tidak dibayar dalam tempoh yang
ditetapkan. PDRM menjadi semakin kurang ajar dan
berlagak samseng
sejak akhir-akhir ini. Pengalaman saya pada masa-masa
yang lepas semasa hendak membayar saman amat
menyakitkan hati.
Kaunter membayar saman di kompleks membeli-belah
dibuka sesuka hati mak bapak dia saja. Pernah saya
pergi untuk membayar
saman pada pukul 3 petang, masih tiada orang (tutup)
walhal pada notis di kaunter tersebut tertulis
"kaunter dibuka 2 petang-8 malam".
Pihak PDRM yang tidak cekap langsung amat menyusahkan.
PDRM langsung tidak cekap, pemakan rasuah dan
seangkatan dengannya. Sekarang
disebabkan saman, nampak seolah-olah PDRM mahu
diswastakan sahaja. Kerja mereka tidak habis-habis
mahu menyusahkan orang ramai.
Marilah menyokong Barisan Alternatif supaya budaya
yang buruk dalam PDRM dapat dikikis.
Satu lagi tajuk berita yang menarik hari ini ialah
bagaimana seorang penternak ayam yang kerugian apabila
8,500
ekor ayam peliharaannya mati kepanasan. Penternak
tersebut menyalahkan pihak TNB kerana gagal
memaklumkan terlebih awal
tentang masalah bekalan elektrik. Kita harap pihak TNB
akan membayar kerugian yang dialami oleh penternak
terbabit kerana pihak
TNB sering juga mendenda pelanggan yang lambat
membayar bil elektrik. Sekarang giliran mereka pula,
hehehe.
-Ahmad Taliban-
______________________
Terbitan : 30 April 2002
Ke atas
Home