Balik Pulau - 24 March 2002 (6.00 ptg) - Parti Keadilan Nasional Bahagian Balik Pulau mengorak langkah bersiap-siaga dalam menghadapi pilihanraya yang berkemungkinan besar akan diadakan pada tahun 2003 dengan membuka sebuah pejabat baru di Bandar Baru Teluk Kumbar. Pejabat tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden Keadilan Pusat Encik Abdul Rahman Othman. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah YB Azmin Ali (Naib Presiden Pusat), Sdr. Zahid Mad Arip (Naib Ketua Pemuda Pusat), Sdr. Adlan Benan (Setiausaha Pemuda Pusat), Puan Zuraidah (Ketua Penerangan Wanita Pusat), Dr. Mansor Othman (Pengerusi Perhubungan P.Pinang), Sdr. Johari Kassim (Ketua Pemuda P.Pinang) dan beberapa exco Pemuda Pusat.
YB Azmin Ali semasa dalam ucapannya menyentuh tentang Dr. Mahathir yang sebenarnya terlalu cemburu dan sakit hati apabila melihat musuh politiknya nombor satu Dato' Sri Anwar Ibrahim adalah Warganegara Malaysia Pertama yang mendapat pencalonan Anugerah Keamanan Nobel 2002. Kata YB Azmin Ali lagi, " Dr. Mahathir sedang berusaha keras melobi semua pimpinan negara luar supaya tidak mencalonkan Dato' Sri Anwar Ibrahim sebagai pemenang". Beliau juga bertanya kenapa sejak kebelakangan ini Dr. Mahathir sering ke luar negara ? Beliau Perdana Menteri atau Menteri Luar Negara ?.
Manakala Sdr. Zahid Mad Arip semasa dalam ucapannya pula berkata Dr. Mahathir tidak sepatutnya cemburu dengan pencalonan Anwar Ibrahim kerana beliau adalah satu-satunya Perdana Menteri dalam dunia yang memenangi anugerah paling berprestej iaitu " MAHAFIRAUN ".
Sementara Encik Abdul Rahman Othman pula dalam ucapan perasmiannya menyentuh tentang Konvensyen Keadilan Negeri P.Pinang yang baru sahaja berlangsung di sebelah pagi di Bukit Mertajam. Beliau berkata Pulau Pinang adalah negeri yang ketiga dalam siri Konvensyen Keadilan selepas Johor dan Negeri Sembilan. Selepas majlis perasmian , semua tetamu dan jemputan khas dihidangkan jamuan petangyang disediakan oleh Srikandi Barisan Alternatif Bandar Baru Teluk Kumbar.
- Din Binjai
______________________
Terbitan : 30 April 2002
Ke atas
Home