Akhir-akhir ini Cili Api lihat media banyak sekali membincangkan
tentang
undang-undang apa yang dikatakan "sumbang mahram". Sebuah akhbar
pengampu
bertubi-tubi menyiarkan berita-berita besar mengenai kisah datuk,
bapa atau
abang yang memperkosa cucu, anak atau adik Yang menyedihkan ialah
kebanyakan mereka terdiri daripada orang Melayu.
Beberapa orang tokoh UMNO, termasuk ketua Pemuda dan Puteri UMNO,
telah
memberikan reaksi mereka tentang perkara ini. Cili Api harap
Hishamuddin dan
Azalina akan memperlihatkan keprihatinan mereka terhadap semua
kelakuan
sumbang, dan tidak hanya sumbang mahram. Maklum sajalah, dalam dunia
ini
macam-macam boleh berlaku.
Ketua Puteri mencadangkan hukuman sebat mengikut umur. Yang paling
menarik
lagi bagi Cili Api ialah pandangan yang dikemukakan oleh Menteri
Besar
Negeri Sembilan (MBNS) dan presiden Persatuan Peguam Islam (PPI).
MBNS dilaporkan oleh akhbar pengampu yang sama sebagai mencadangkan
supaya
orang perempuan memakai cawat besi, seperti dalam zaman pertengahan
di barat
dulu. Walaupun beliau menafikan laporan itu, Cili Api rasa tidak
mustahil
beliau sebenarnya telah membuat kenyataan tersebut. Maklum saja, di
kalangan
pimpinan UMNO itu ramai yang hidup dalam zaman moden, tetapi masih
berfikir
mengikut masyarakat zaman feudal dulu?
Mengenai presiden PPI pula, beliau mencadangkan supaya lelaki yang
berkelakuan sumbang mahram dikenakan hukuman kasi. Ertinya kasi mati
benda
alah `tu. Wahai Cik Puan presiden ingatlah: janganlah menganjur
supaya
manusia dilayan seperti lembu! Nasiblah seorang mufti telah
mengingatkan
presiden peguam Islam ini bahawa kasi bertentangan dengan Islam.
Sekarang ini bila ada saja masalah, maka sibuklah pihak berkuasa
berusaha
membuat undang-undang. Gejala sosial seperti sumbang mahram tidak
boleh
diselesaikan hanya dengan undang-undang. Kita mesti mencari punca
penyakit
ini dalam masyarakat sendiri, dan cuba mengatasinya di akar umbi.
Kit mesti mencari sebab atau sebab-sebab mengapa sumbang mahram ini
semakin
luas berlaku, dan kebanyakannya di kalangan orang Melayu pula.
Bukankah
mereka ini orang Islam juga? Nampaknya semakin banyak orang bercakap
tentang
Islam, semakin banyak yang sumbang berlaku.
Cili Api syorkan supaya pihak pemerintah menganjurkan satu
penyelidikan
mendalam serta meluas oleh golongan penyelidik-ilmuan yang benar-
benar
berwibawa untuk mengkaji masalah ini dan mengemukakan cadangan
mengatasinya.
Tapi, janganlah pilih kroni-kroni saja untuk menjalankan penyelidikan
atau
kajian ini!
______________________
Terbitan : 25 April 2002
Ke atas
Home