BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Najib mula memasuki Terengganu dengan restu Deris Jusoh

Bagi mengurangkan cengkaman kuasa Pak Lah di Terengganu, satu usaha telah dibuat bagi memberi ruang Dato' Najib masuk ke Terengganu. Memang sukar untuk Najib nak masuk Terengganu kerana Pak Lah adalah Ketua Badang Perhubungan UMNO, dan Paklah sekali-kali tak akan memberikan ruang ini kepada musuh politiknya.

Alasan paling mudah ialah majlis perasmian mesyuarat agung bahagian.

Baru-baru ini mesyuarat agung UMNO Bahagian Besut, iaitu pada sabtu, 6 April Dato' Najib telah dijemput untuk merasmikannya.

Pada mulanya ada sedikit perbalahan di kalangan UMNO Bahagian Besut, siapakah yang patut merasmikannya. Dalam satu undian sulit telah diadakan didapati undi Najib telah mengatasi undi Paklah. Keputusan ini telah membenarkan 'poll' yang telah diadakah dilaman rasmi Pas 'Harakah' bahawa Najib lebih popular daripada Pak Lah. Undi ini juga telah menafikan bahawa bukan sahaja orang pas tak suka pada Pak Lah tapi orang UMNO sendiri meluat dengan sikap Pak Lah yang dikatakan lebih mengutamakan 'orang-orangnya' daripada parti sendiri.

Apabila keputusan ini memihak kepada Najib, maka beberapa orang kuat UMNO Besut telah berjumpa secara sulit dengan Deris Jusoh untuk menerima pandangannya.

Dato' Deris Jusoh dikatakan dengan senang hati membenarkan dan memberi jaminan bahawa jika ada berlaku sebarang masalah kemudian dia pandailah menyelesaiannya.

Dalam kesempatan ini Najib telah menyindir begitu pedas sekali dalam ucapannya dalam perasmiannya antara lain ialah meminta ahli-ahli UMNO menolak pemimpin-peminpin ynag mengutamakan diri sendiri. Kenyataan ini adalah dituju jelas kepada Pak Lah yang sentiasa mementingkan diri sendiri.

Najib juga menyebut jika nak tawan semula Terengganu, pemimpin UMNO jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Ini jelas bahawa ditujukan kepada Pak Lah yang menggunakan sewenang-wenangnya wang Ehsan untuk kepentingan puak-puak mereka.

Sesiapa yang tak menyokong kumpulan mereka, mereka akan sekat daripada menjadi JKKK dan kuasa untuk mengagihkan wang ehsan akan ditarik dan ada yang tidak diberikan sama seperti orang Pas.

Najib berkata Umno seharusnya memberi perhatian di peringkat akar umbi dengan menyelesaikan apa juga kelemahan dalam kepimpinannya. Beliau berkata hakikat bahawa masyarakat menolak Umno pernah berlaku dalam pilihan raya umum sebelum ini dan perkara tidak harus berulang. Najib menunjukkan rasa sedih kerana perkara yang tak sepatutnya masih berlaku dengan kepimpinan UMNO Terengganu sekarang.

Bidi
Dungun, Trg







______________________
Terbitan : 9 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com