Mana-mana negara yang berdaulat akan menyediakan kekuatan persenjataan
yang
ampuh bagi menjaga kepentingannya dari dicerobohi. Biasanya juga
doktrin
peperangan diambilkira sebagai asas bagi merencana dan melakukan
pembelian
senjata.
Sesetengah negara sudah jauh kehadapan dalam proses memajukan
ketenteraannya. Ada yang menubuhkan syarikat persenjataan samada secara
usahasama mahupun dengan membeli terus syarikat terbabit. Singapura
adalah
antara negara yang terawal dengan strategi bijak ini..
Rantau Asia tenggara adalah sebuah kawasan yang secara bertulisnya
adalah
kawasan bebas nuklear. Secara politiknya negara yang mengamalkan
demokrasi
bertahap (kecuali Burma) lengkungan ini menganggotai ASEAN suatu
pakatan
wilayah yang bukannya bercorak militer walaupun seringkali negara
sesama
anggota mengadakan latihan ketenteraan.
Negara yang berteras Melayu yang ramai ialah Malaysia dan Indonesia
yang
antaranya terletak Negara Pulau Singapura yang memang sejarahnya adalah
sebuah negeri dalam Tanah Melayu dahulunya. Setelah pembentukan
Malaysia,
Singapura dibenarkan menarik diri demi menjaga keharmonian kaum ketika
itu.
Mengikut pandangan Almarhum Tunku ketika itu, Singapura wajar
dilepaskan.
Demikianlah sejarah tercatat.
Dibawah dua pemerintahan yang berbeza, Singapura dan Malaysia memacu
negara
mengikut haluan dan acuan masing-masing. Dengan segala kekayaan hasil
bumi
dan juga kepintaran pemerintahan kedua-dua Negara berkembang, namun
secara
fizikalnya Singapura tentu sahaja meninggalkan Malaysia kerana ia
adalah
sebuah kepulauan berbanding Malaysia yang luas kawasan pentadbirannya.
Dari
seawal kemerdekaan sehingga sekarang senantiasa sahaja berlaku
pertelingkahan politik yang biasanya juga mudah dipadamkan tanpa perlu
Malaysia dan Singapura beradu kekuatan. Tetapi persengketaan wilayah
seperti
yang berlaku di Yugoslavia, Palestin dan Kuwait wajar diajdikan
iktibar.
Anihnya dan menimbulkan semacam prasangka rakyat marhaen terhadap
kerajaan
tunjang Umno ini apabila kebanyakan penyelesaian itu pula kelihatannya
merugikan Malaysia. Tahap kepimpinan sekarang yang menjadikan seolahnya
Perbendaharaan sebagai pusaka mak bapak dan berahsia benar dengan
rakyat ,
amat wajar bagi rakyat Marhaen mencurigai. Parlimen di Malaysia
terkenal
dengan panggilan Rubberstamp yang menyukarkan sekali rakyat Marhaen
mengetahui sesuatu dengan telus!!
Sejarah bagaimana pembahagian destinasi penerbangan semasa MAS dan SIA
wujud
dari perpecahan mampu menimbulkan kelucuan kepada rakyat sekarang.
Mungkin
ada muslihat sebaliknya, namun itu adalah antara alasan kenapa SIA
terus
cemerlang, tambahan lagi dengan penyelewengan pengurusan MAS semasa di
bawah
Tajudin Ramli yang meninggalkan beban hutang yang amat besar.
Kelengkapan tentera negara jika dibandingkan dengan negara jiran
seperti
Singapura, Thailand dan Indonesia amatlah menyedihkan. Ada sebuah
majalah
informasi ketenteraan keluaran dalam negara pernah membuat perbandingan
sepintas lalu. Kedudukan pertahanan negara kita amat lemah bagi
ketiga-tiga
cabang tentera.Jika kita menyedapkan hati dengan mengatakan negara
punya
perlatan canggih yang dirahsiakan, negara lain juga punya
kerahsiaannya.
Secara jelasnya memang sistem pertahanan negara agak terbelakang Dalam
dunia
tanpa sempadan dan sumber maklumat ini fakta yang penting bukan lagi
auta
yang sering ditaburkan pemerintah di dada akhbar.
Belanjawan dan peruntukan sesebuah negara merdeka bagi menguatkan
sistem
ketenteraannya tidak pernah dikuasai dan dipengaruhi oleh mana-mana
negara.
Pembelian peralatan ketenteraan juga tidak boleh dianggap mengancam
negara
lain apatah lagi bagai daerah istimewa ASEAN ini.Sekiranya perbelanjaan
Singapura yang selama ini tinggi untuk ketenteraan dan tidak pernah pun
pemimpin negara merungut, apahal pula yang kita nak ambil pusing
rungutan
mereka. Lagipun semua negara bebas mengeluarkan pendapat. Janganlah
pemimpin
cuba memutarbelit dan berkelentong kepada rakyat Marhaen akan sesuatu
perkara yang tidak sepatutnya menjadi isu.
Dengan mengenepikan pembelian terkini dan juga tempahan peralatan yang
bakal
dihantar negara pengeluar,secara mudahnya kita boleh katakan bahawa
Tentera
kita terdedah dan tidak dilindungi oleh kemajuan ketenteraan seperti
yang
sepatutnya. Usahlah dibandingkan dengan tentera Amerika Syarikat,
dengan
negara jiran Singapura pun kita sudah jauh ketinggalan. Semua berpunca
dari
tiada ketelusan dan juga fungsi Parlimen yang dipenuhi oleh kelompok
pengampu dan penjilat kerajaan memerintah. Keselamatan anggota sering
diperjudikan apabila pemerintah hanya gemar membeli sekiranya ia
memberi
pulangan secara PERIBADI.Penguasaan Dewan yang melebihi 2/3 telah
disalahguna tanpa pengawasan yang sepatutnya. Itu yang menjadikan
Mahathir
Raja Kelentong dan Raja Penyangak.
Kemelut terbaru Malaysia dan Singapura adalah tentang penambakan laut
sekitar Pulau Tekong Besar, Pulau Tekong Kecil dan Pulau Ubin. Ini
dikaitkan
pula dengan kesan negative terhadap Pelabuhan Pasir Gudang dan
Pelabuhan
Tanjung Pelepas akibat kecetekan laluan ekoran penambakan laut. Alasan
lain
ialah dari strategi ketenteraan yang merbahaya kepada keselamatan
negara.
Beberapa isu yang tidak kurang sensitifnya telah pun berlaku seperti
pendudukan Pulau Batu Putih, Tanah KTM, imigresyen dan pelbagai lagi
yang
rakyat Marhaen hanya diberitahu sambil lalu- tanpa detailnya. Lihat
juga
bagaimana tentang perjanjian air ke Singapura yang tidak dibincang
dengan
terbuka di Parlimen.
Kenapa perlu bagi seorang Menteri Pertahanan Malaysia untuk memujuk
Singapura supaya tidak perlu takut dengan pembelian persenjataan kita?
Untuk
mententeramkan pemimpin Singapura atau untuk menipu rakyat Marhaen akan
hakikat sebenar persenjataan negara?? Singapura tidak pernah gentar
kerana
mereka telah pun terkehadapan apatah lagi mengambilkira faktor ia
menggunakan khidmat nasihat ketenteraan dari Israel.Dengan peralatan
ketenteraan negaranya yang sofistikated dan tercanggih rantau ini,
adalah
sesuatu yang melucukan serta memalukan Najib sendiri apabila demi
kepentingan politik hapraknya beliau bersandiwara di hadapan wartawan.
Menyoroti perkembangan pembelian terbaru peralatan tentera, kita
merasakan
kejadian malang pembelian pesawat cosair dari Amerika akan berulang.
Sebaik
sahaja termeterai janji mulut pembelian keretakebal PT 91 dari Poland
dengan
harga sekitar RM1 bn, rakyat Marhaen meragui pembelian itu. Kita
menyentuh
tentang sebuah syarikat bernama Anzzar Warisan AWSB, yang rakyat
Marhaen
rasa ada kepentingan pemimpin Negara di belakangnya. Kita juga meragui
tahap
prestasi keretakebal itu serta kemungkinan ianya adalah kitar semula
tenteraNegara Poland Semuanya kita rasa berasas memandangkan mentaliti
pemimpin negara…
Akhbar Utusan kelmarin ada dikeluarkan pendapat seorang Kolonel (B)
Mohd
Kamal Omar AC,bekas Pengarah Kor Amor Diraja. Pendapat rakyat Marhaen
berasaskan pembacaan melalui internet dan majalah ketenteraan, manakala
pendapat Bekas Kolonel ini pula adalah sebagai pegawai yang pernah
mengendalikan ketumbukan Armor, tentulah ada kebenarannya. Tak tumbuh
tak
melata, kalau tiada angin masakan pohon bergoyang.
Hujah Bekas Kolonel tadi sewajarnya dipertimbangkan dengan teliti dan
ahli
Pembangkang Dewan harus memanjangkan ia ke dalam perbahasan.
Memandangkan
Poland yang akan menganggotai NATO dan dikehendaki menukarkan
persenjataan
yang berkiblat Blok Barat, maka ia terpaksa mengeluarkan segala
peralatan
termasuk keretakebal dari simpanan atau inventorinya. Tambahan lagi ia
adalahsebuah negara yang miskin. Kita tidak mahu negara yang sedang
berbangga dengan Putrajaya dan Menara Kembar H menggunakan keretakebal
usang
teknologi terkebelakang bertaraf besi skrap yang hanya membahayakan
nyawa
anggota tentera.
Kemampuan keretakebal berasas model T72 ini dimedan tempur juga diragui
sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh kegagalannya dalam peperangan
Balkan, Chehnya dan juga Afghanistan. Ia dikatakan dengan mudah sahaja
dimusnahkan oleh gerila Chehnya dan juga tentera Amerika di
Afghanistan.Fakta ini adalah benar yang menjadi pengetahuan umum dalam
dunia
ketenteraan. Kehebatan dalam hiasan majalah saja tidak mencukupi.
Kemungkinan masalah sokongan alatganti pula akan menjelma kemudian
hari.
Almaklumlah sekurang-kurangnya tempoh penggunaan adalah 20 tahun.
Menyusul kemudiannya adalah respon oleh Timbalan Menteri Pertahanan
Datuk
Shafie Afdal yang mengatakan kerajaan membeli peralatan itu setelah
menerima
nasihat dan pandangan dari pakar senjata Tentera dan bekas Tentera.Ia
seolah-olah meletakkan sebarang kesilapan atau kekurangan pembelian itu
ke
atas kepala Pegawai Tinggi Tentera yang terbabit. Ini satu lagi
kelentongan
dari ahli Kabinet Mahathir. Sebenarnya keputusan membeli adalah mutlak
hak
kerajaan walaupun tentera memberi pendapat. Sekiranya betul pandangan
itu
tentu sahaja Malaysia tidak membeli pesawat Corsair yang khabarnya
terus
tersadai di Padang Pasir Nevada!!!
Marhaen pernah diberitahu bagaimana suatu tender membekalkan peralatan
menyelam bagi tugas penyelamat dari helikopter dibuat. Satu syarikat
menawarkan dengan harga RM3500 sepasang siap dengan latihan telah
menarik
perhatian penilai.Akan tetapi tender telah dimenangi oleh sebuah
syarikat
lain dengan harga tawaran RM8000 TANPA latihan!! Pemberian tender itu
dilakukan oleh Kerajaan walaupun penilai dari pegawai Tentera telah
memilih
syarikat lain bagi bahan yang sama mutunya. Itulah sebenarnya yang
berlaku
dalam negara. Kegiatan rasuah memang berleluasa dalam Negara kita hatta
dalam pembekalan peralatan Tentera. Bukanlah sesuatu yang amat
mengejutkan
memandangkan ketua Negara sendiri adalah PELINDUNG PERASUAH Negara.
Tidak mungkin selamanya kerajaan Mahathir mampu berbohong lagi kepada
rakyat
tatkala Marhaen sudah pun celik IT dan semakin meluas pengetahuan
mereka
sebagaimana saranan Tan Sri Muhammad Taib semasa konvensyen Melayu
Nusantara
di Thailand baru-baru ini.Aii..takkanlah Kerajaan dan Kementerian
Pertahanan
sendiri nak berpatah balik kebelakang dari segi teknologi peralatan
ketenteraan?
Dan lagi usahlah membabitkan isu lain ketika mengulas bab ketenteraan
dan
peralatannya. Rakyat Marhaen memerhatikan anda….samada anda seorang
patriot
atau hanya seorang penderhaka sepertimana Raja Kelentong??
Dr Nologareng
______________________
Terbitan : 22 April 2002
Ke atas
Home