Beberapa minggu lalu Menteri Pelajaran yang merupakan ahli Majlis
Tertinggi
Umno MT yang dilantik Mahathir telah menyatakan secara terbuka kepada
rakyat
bahawa kerajaan tidak mampu memberi pelajaran percuma kepada rakyat
disebabkan oleh masalah kewangan. Melalui akhbar yang dikuasai mereka,
minda
rakyat dicatur untuk sekian kalinya supaya menerima sahaja apa
penerangan
kerajaan walaupun ia bertaraf haprak dan kelentongan semata!
Wartawan yang sepatutnya membangkitkan isu itu dan menghubungkaitkan
dengan
keadaan sebenar Negara beserta menjadikan contoh Negara lain yang mampu
memberikan pelajaran percuma, telah menjadi seperti abdi yang hanya
mencatat
tanpa ada soaljawab yang membina. Inilah dia tahap kewartawanan
sekarang
yang begitu ingusan jika dibandingkan dengan zaman kemuncak era Rahim
Kajai
Bapa Kewartawan Malaysia. Tahap wartawan kini jika berada sezaman Rahim
Kajai harus biru mata dan telinga dipertontonkan pelir beserta buahnya
dan
maki hamun loghat Penang oleh Pak Kajai.(Sila baca memoir Said Zahari
dan
Samad Ismail!!)
Negara kini diwarwarkan sebagai antara negara Umat Islam yang paling
maju
dan hebat prasarananya. Malah untuk menarik pelancong, pemerintah telah
membina berbagai bentuk bangunan pencakar langit. Ini amat memukau
sesetengah wartawan luar sepertimana seorang bernama Tim Colebatch yang
menjadi tetamu kerajaan tempohari.
Pembinaan berbagai projek yang tidak produktif itu telah dibuat dengan
mengenepikan kewajipan menyediakan perkhidmatan kebajikan kepada rakyat
Marhaen yang merupakan penduduk terbanyak di bumi ini, sekaligus adalah
pengundi yang membentuk sesebuah kerajaan dalam Negara demokrasi!
Dengan berbagai alasan yang seringkali dinilai rakyat sebagai ‘lesen
mengkhianat’ kerajaan di bawah teraju Raja Kelentong telah menganiayai
rakyat Marhaen di sebalik slogan yang patriotik dan berbaur ketuanan
Melayu.
Inilah rupa sebenar kepimpinan Mahathir yang akhirnya menjadikan masa
depan
Marhaen Melayu tidak menentu dan di awangan.
Semasa Negara dalam kemewahan akibat boom ekonomi dahulu, Mahathir
telah
mengambil kesempatan membina dan merencana secara sendirian dalam MT
Umno
dan mesyuarat kabinet tanpa perbahasan yang mendalam. Parlimen yang
dikuasai
2/3 hanya dipenuhi para Barua yang bertaraf rubberstamp. Tiada ruang
untuk
pembangkang berperanan sebagai ‘check and balance’ yang berkesan.
Kemaruk
dan serakahnya kerajaan UmnoBn ini sehinggakan membina dua bangunan
menara
dalam satu masa. Bukanlah fungsi untuk meletakkan alat pemancar
komunikasi
itu sangat melainkan untuk mengenyangkan para kroni.
Dalam kelekaan dan kealpaan yang yang dihamburi kemewahan wang ringgit
dan
projek pemimpin Tertinggi dan pertengahan Umno juga terlupa akan
tanggungjawab mereka yang sebenar- menjadi suara dan juara untuk rakyat
di
dalam Dewan.Mereka tidak berasa menjadi khadam untuk rakyat melainkan
‘tuan-tuan’ yang jika diamati tiada bezanya dengan Tuan Robert mahupun
Tuan
James di zaman penjajahan Inggeris dahulu.Pergi orang Putih bermata
biru
datang pula penjajah bermata kelabu!!
Pemimpin Umno yang diletakkan rakyat Marhaen ke dalam Dewan sudah
terlupa
untuk membicara dan merencana demi kebajikan dan kesenangan rakyat di
dalam
Dewan. Mereka berebutan untuk mengampu dan menjunjung kasih seorang
keturunan Kerala yang jelas dan terang-terangan merugikan Melayu.
Kesenangan
yang sepatutnya menjadi milik rakyat telah mereka rampok dengan
memiliki
segala kereta mewah- Mercedes Biji Kacang, BMW mahupun Proton Perdana.
Pemimpin Umno menjadikan kuasa yang diamanah rakyat sebagai lesen untuk
mereka membuat harta. TENTU sahaja secara haram!!
Ketika Mahathir sebok berkelentongan tentang projek-projek Mega yang
kununnya akan menarik pelancong dari luar Negara, UmnoBn melupakan pula
tentang prasarana dan projek yang berorientasi kebajikan. Pemimpin Umno
terlupa dan melupai akan nasib Marhaen yang memberi undi kepada mereka.
Mereka mengkhianati dan bersekongkol dengan pemimpin atasan menghakis
HAK
rakyat.
Selain dari pendidikan yang sepatutnya diberi percuma sebagai tanda
terimakasih kerajaan kepada rakyat yang menjadi pembayar cukai,
perkhidmatan
kesihatan pula menjadi fokus mereka untuk diniagakan. Pemimpin Umno
bukan
lagi menitikberatkan perlindungan kebajikan untuk rakyat selayaknya.
Mereka
menjadikan rakyat sebagai lembu tenusu bagi mereka memerah mengumpulkan
kekayaan peribadi.
Mahathir melalui anaknya menguasai sebahagian besar perkhidmatan yang
diswastakan dalam hospital kerajaan. Ya..tentu sahaja ianya akan
dihalalkan
dengan alasan meningkatkan mutu kesihatan dan menyediakan peluang
pekerjaan
untuk rakyat. Bagaimana pula tentang anaknya yang mengkhianati pekerja
Melayu Kilang Tongkah Seberang Perai yang tidak mencarum KWSP? Adakah
KWSP
mengambil tindakan selaras dengan peruntukan yang ada? Adilkah mereka
apabila menyekat kemasukan ubatan yang harganya lebih kompetetif
semata-mata
kerana syarikat anaknya sudah pun mengimpot ubat yang serupa dengan
harga
yang lebih tinggi?
Lihat bagaimana anaknya menolak perkhidmatan percuma kepada rakyat
melalui
BAKAS, suatu cabang dalam perkhidmatan kesihatan yang diberi percuma
kepada
marhaen yang tidak berkemampuan. Anak Mahathir hanya mahu perkhidmatan
yang
menjana wang dan boleh memperkayakan diri mereka ssahaja. Slogan
‘Meningkatkan Mutu Kesihatan’ hanyalah mainan lidah dan putarbelit
kemunafikan diri yang mendarahdaging perwarisan genetic juga.
Kita lihat siapakah golongan yang nantinya tersepit dan merana apabila
Perkhidmatan Kesihatan diwastakan. Siapakah pula yang mengaut
keuntungan
perniagaan bertaraf MENAHAN LUKAH DI GENTINGAN ini?
Pengalaman seorang rakan yang pernah berkhidmat di Hospital Awam
sedikit
masa dahulu dapat dijadikan iktibar dan pembuka mata rakyat Marhaen.
Ini
adalah pengalaman hidup bukannya dongeng atau rekaan. Kenapakah kita
lihat
banyak pesakit di hospital Umum terdiri dari orang Melayu? Kemanakah
perginya pesakit berbangsa Tionghua? Berjumpa senseikah mereka bagi
menyelesaikan masalah kesihatan?
Rakan tadi memberitahu bagaimana cepat dan biasanya orang Tionghua
mendapatkan rawatan. Majoriti orang Tionghua mendapatkan rawatan
hospital di
Pusat Pakar Swasta. Bahkan ada yang masuk sekejap sahaja ke Rumah Sakit
Awam, kemudiannya diminta rujuk ke hospital Pakar berhampiran.Kenapa?
Manakala orang Melayu pula majoritinya mendapatkan rawatan di Hospital
Awam
yang sering pula menjadi tempat mereka menghembuskan nafas terakhir.
Kenapa
ke situ sahaja orang Melayu pergi untuk rawatan?
Jawapannya ialah ketidakmampuan Marhaen bagi menanggung biaya
rawatan.Memang
benar dan tepat itulah alasannya. Sedangkan bil yang tak seberapa oleh
hospital Awam pun tak mampu diselesaikan, ini kan pula jumlah yang
mencapai
ribuan Ringgit di hospital swasta. Rakan tadi sentiasa sahaja
menandatangani
surat pelepasan dari membayar bil yang jumlahnya tidaklah besarpun!
Bukannya
rakyat marhaen tidak mahu membayar, melihat kepada pakaian mereka yang
lusuh
kita dapat bayangkan tahap ekonomi mereka.Siapakah pula mereka secara
politiknya??
Tidak lain tak bukan adalah penganut fahaman UmnoBn yang totok jiwanya.
Begitu sekali mereka setia dan taat kepada kepimpinan parti tanpa
menyedari
pemimpin mengkhianati kepercayaan dan amanah yang mereka berikan.
Mereka
masih terpesona dan terpaut dengan dasar Tun Razak yang memberi
penumpuan
kepada rakyat marhaen. Kini mereka bergantung harap dan menyerah nasib
kepada pemimpin haprak si Raja Penyangak.
Yang membuat keuntungan atas kesusahan dan bala rakyat Marhaen juga
adalah
anak pemimpin tertinggi parti yang sering melaungkan Ketuanan Melayu.
Memang
mereka menjadi TUAN dengan memperhambakan ahli Umno. Buruk laku dan
rakusnya
mereka dapat dilihat dari segi tender yang direbut. Hatta bahagian
mencuci
persekitaran hospital pun mahu dimonopolinya. Kerja bertaraf pariah itu
pun
hendak juga!! Sepatutnya diberi saja kepada Rakyat Marhaen yang kais
pagi
makan pagi ini untuk mereka membina kehidupan yang selesa.
Sekarang jelas kerajaan pemerintah mengkhianati tanggungjawab serta
peranan
mereka sebagai pemegang kuasa bagi mentadbir amanah rakyat. Pemimpin
bersekongkol sesama sendiri bagi membahagi-bahagikan tender dan projek
sedang marhaen Melayu hanya mampu memandang dengan mata yang
bening.Akan
tetapi dalam kebeningan itu dendam dan kebencian terhadap kerajaan dan
dasarnya menumbuh dengan pantas.
Sekiranya Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan berjaya dikenakan dengan
alasan
yang memukau, Bekalan Air tentu sahaja menyusul kemudiannya dengan
Syarikat
YTL pasti akan mendapat sebahagian perkongsian itu. Selepas itu apa
agaknya
yang akan diswastakan kerajaan atas alasan ia tidak berkemampuan?
Dr Nologareng
______________________
Terbitan : 29 April 2002
Ke atas
Home