Seminggu lalu Mahathir telah melakukan lawatan ke beberapa negara Arab
dan
juga Libya dalam lawatan kerjanya yang terbaru sebelum berlepas pula ke
Rumah Putih bagi menemui Tuannya GW Bush pada 13 Mei depan. Lawatan itu
dikatakan sebagai program yang telah lama dirancangkan tetapi telah
tertunggak oleh beberapa sebab.
Dalam suatu mesyuarat Menteri Luar OIC di Kuala Lumpur beberapa minggu
lalu,
Mahathir telah menjadi barua dalam meluahkan buah fikiran Presiden
Amerika
dan juga Ariel Sharon apabila tergamak melabelkan ‘pengebom relamati’
Palestin sebagai pengganas. Tanpa rasa bermaruah Mahathir cuba
memutarminda
pemimpin Islam negara-negara Arab dengan alasan dan ide yang berbaur
Zionis.
Ia akhirnya mengundang kemarahan rakyat Arab dengan membahaskan
pandangan
Zionis Mahathir itu di akhbar negara mereka selama beberapa
hari.Malangnya
akhbar tempatan tidak menyiarkan ulasan akhbar terbabit.
Dalam majlis tersebut seorang peserta negara Arab telah menempelak
pandangan
songsang yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar
Wira
Dunia ketiga. Akan tetapi itulah tahap pemikiran dan apa yang bersarang
dalam jiwa Mahathir selama ini.Ianya juga adalah selari dengan
kebimbangan
pemimpin Pas yang sering mempertikaikan corak pemikiran Islam Mahathir
yang
suatu ketika mengumumkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Bagaimana boleh Mahathir hendak menjaguhi Islam dan prinsip Agama itu
sedang
dia sendiri bersifat pagar yang merosakkan padi.
Mahathir adalah seorang Perdana Menteri Malaysia yang sangat celupar
dan
jelabas mulutnya dengan segala nilai Islam sebenar yang kelihatan
bercanggah
dengan pendapat dan pemerintahannya. Beliau menghalalkan Rasuah dan
melindungi pelakunya. Mahathir menyimpan ramai pemimpin Umno yang buruk
salah laku mereka dan mempunyai rekod jenayah. Kelompok bermasalah ini
akhirnya akan pula turun ke gelanggang sebagai BARUAnya apabila keadaan
memerlukan.
Lawatan Mahathir ke Libya
Jamarhiyah Libya adalah sebuah negara Utara Afrika yang bersempadankan
Mesir, Sudan,Chad,Niger dan Algeria. Negara tersebut kaya dengan bahan
sejarah samada Tamadun Islam mahupun Rome dan Byzantium. Mempunyai
kawasan
subur hanya sebanyak 5 persen dari keluasan sebenar dengan bahagian
Selatan
yang terdiri dari padang pasir yang amat luas.Kebanyakan penduduk
seramai 4
juta orang itu bertumpu di kawasan pesisir laut di Utara dengan
bandar-bandar besar seprti Tripoli dan Benghazi.
Pentadbiran Muammar Ghadafi telah menyedari masalah pengairan yang
meruncing
apabila kawasan takungan air di kawasan Utara telah terlebih sedut
dengan
airlaut pula menyusup masuk. Dengan menggunakan wang negara hasil
minyak,
Kolonel Muammar telah melancarkan program saliran yang terbesar dengan
perbelanjaan US$ 25 Billion sehingga digelar Keajaiban Kelapan di
dunia.
Kerajaan Libya memulakan projek Mega itu dengan syarikat kontrek dari
Korea
dengan menggunakan Teknologi terkini.
Projek berteraskan kebajikan rakyat ini digelar Sungai Terhebat Buatan
Manusia yang menggunakan potensi air bawah tanah di bahagian Selatan
sebagai
sumber. Ia membabitkan pembinaan saluran paip selebar 12 kaki diameter
sepanjang 4000 Km dengan saliran terbuka pula sejauh 1000 Km.
Keseluruhan
saliran itu akan mengairi kawasan Utara yang merupakan 80 persen dari
jumlah
kawasan pertanian negara. Dengannya juga kawasan baru pertanian akan
dibuka
bagi meningkatkan hasil pertanian.
Kerajaan Libya juga mengundang rakyat Mesir untuk bertani di negaranya
itu.
Projek Libya ini secara tidak langsung telah menempelak projek
pengairan
Mesir selama 20 tahun yang telah disabotaj berulangkali oleh Bank Dunia
dan
IMF serta instrumen kewangan di belakangnya.Libya juga menempelak
Amerika
yang menuduh ia sebagai sebuah negara pengganas dengan menghadiahkan
projek
itu kepada Dunia Ketiga sebagai penguat hujahnya bahawa Libya adalah
sebuah
negara yang cintakan perdamaian dan menggunakan segala kemampuannya
untuk
memajukan negaranya yang serba kekurangan itu.
Pernah suatu ketika pentadbiran Amerika pernah mengancam untuk mengebom
Nuklear kawasan pembinaan berbukit yang menempatkan stesen pam sistem
saliran itu!!(Kununnya mengesyakki sebagai kilang senjata
biokimia.Bagaimana
pula tentang senjata nuclear yang ia bekalkan kepada Israel yang
ternyata
sebuah Negara pengganas dengan membantai rakyat Palestin?! Itupun
Mahathir
nak pergi merafak sembah berjumpa Bush!? Apanamaa….nak berbincang
tentang
krisis Palestin-Israel)
Para pegawai Libya mengatakan sejumlah besar hasil air itu akan
digunakan
bagi faedah ladang-ladang yang sedia ada dan juga bagi membuka ladang
baru
dari kawasan padang pasir dengan kaedah teknologi terkini.
Kolonel Muammar Ghadaffi telah mengatakan kepada ratusan hadirin di
Benghazi
pada tahun 1991, “Libya telah menyempurnakan projek ini dalam suasana
serba
payah, ia menyempurnakan kerja-kerja itu ketika negaranya dikenakan
sekatan
ekonomi oleh Negara Imperial (Amerika Syarikat) yang anti kemajuan dan
anti
rakyat Libya.Kerja-kerja ini diselesaikan tanpa bantuan dari mana-mana
negara Maju dan juga bantuan Pinjaman Bank Dunia”.Seterusnya beliau
menambah, “Selepas pencapaian ini ancaman Amerika pasti akan
berlipatganda……Amerika akan mencipta helah (tetapi) alasan sebenarnya
adalah
untuk menghentikan pencapaian negara Libya, untuk terus menindas rakyat
Libya”
Begitulah serba ringkas bagaimana pentadbiran Kolonel Muammar Ghadaffi
yang
telah menubuhkan Revolusi Hijau 22 tahun yang lalu membelanjakan
sebahagian
besar pendapatan negaranya yang berasaskan minyak demi kemakmuran
rakyatnya.Yang menariknya tempoh itu hampir sama dengan tempoh
bersemayam
Raja Kelentong di Negara kita. Menarik juga untuk diperhatikan
bagaimana
secara kebetulan Negara kita juga mempunyai pendapatan yang banyak dan
mewah
dari hasil minyak yang dimonopoli oleh Petronas sebagai syarikat
kerajaan
dalam mengusahakan carigali emas hitam itu.
Bagaimana pula Mahathir di Malaysia?
Apakah yang telah Mahathir peruntukkan demi kebajikan rakyat dalam
ertikata
yang sebenarnya di Malaysia berbanding dengan Kolonel Ghadaffi?Ini
adalah
soalan yang menarik untuk direnungi.Usah kita berpolemik soal parti
yang
telah pun dicemari Mahathir sehinggakan dimomoknya Ulamak dengan
pengkelasan
otak masamnya-Ulamak Politik!!Jika begitu bagaimana pula Ulamak Barua
belaan
dalam parti UMno? Begitu juga tentang Nabi yang juga seorang Ketua
Negara di
samping seorang Agamawan.Apa komen Mahathir agaknya??....
Ghadaffi tidak pun peruntukkan sejumlah wang yang besar untuk projek
kediaman Pemimpinnya sepertimana Mahathir dengan Putrajaya.Beliau hanya
menghabiskan kebanyakan masanya di dalam khemah Badwi yang sering
berubah-ubah kedudukannya tanpa pola yang tetap.Ini difahami sebagai
strateginya bagi mengelakkan kejadian haprak pengeboman secara haram
oleh
tentera Amerika dahulu.Namun sebelum kejadian itupun kerajaan Ghadaffi
tidak
pernah membelanjakan wang dalam projek mega sebagaimana Mahathir bapa
Mirzan
ini.
Sebaliknya Mahathir bersubahat dengan kelompok musibat dalam
‘think-tank’
untuk mengadakan berbagai projek mega bertaraf gajah putih yang jelas
terang-terangan membelakangkan kepentingan rakyat.Ada juga projek
membazir
yang saling bertindih fungsinya seperti Menara KL dan Menara H
Petronas.
Manakala KLIA pula dilihat lebih kepada memperkayakan beberapa kerat
manusia
(tentu ada saham untuk dirinya!?) dalam pengambilan tanah projek
berbanding
keperluannya. Sepatutnya Lapanganterbang Subang hanya memerlukan
penambahan
landasan dan pembesaran kawasan menunggu. Ini dengan mudah boleh dibuat
dengan mengambil kawasan sekitaran dan lebih menjimatkan kos.
Lihat pula pembinaan Litar F1 Sepang yang jelas membazir dan menyeret
berbagai Syarikat milik kerajaan sebagai penanggung ‘biawak’
ini.Setelah MAB
yang tenat, kini dikhabarkan Petronas pula menanggung dengan memiliki
Litar
itu. Ini antara kaedah mudah pentadbiran Mahathir dalam menyelesaikan
masalah- korek lubang tutup lubang!!
Beberapa urusniaga saham termasuklah penglibatan Danaharta, hampir
kesemuanya adalah kerja gila Mahathir bagi melindungi kecacatan
pentadbiran
dan juga ketenatan kewangan Negara.Selama manakah lagi Mahathir mampu
menutup bangkai gajah dengan silapmata bersifat sehelai daun itu??
Seandainya Mahathir mempunyai jiwa yang besar dan mencontohi pemimpin
bertaraf Ulamak seperti Umar Abdul Aziz, tentulah keutamaan rakyat
miskin
dan keperluan asas marhaen dititikberatkan.Tiada yang lebih penting
sepertimana keperluan air dalam Negara.Kenapakah masalah air dalam
Negara
tidak pernah putus-putus dan sering menjadi isu politik kerajaan
Mahathir
dalam menghentam kerajaan PAS di Kelantan??Anihnya kini bukannya
Kelantan
sahaja yang menderita rakyatnya dengan masalah air, melainkan negeri di
bawah Umno seperti Negeri Sembilan dan juga Melaka.Kenapa rakyat
Malaysia
lebih menderita dengan masalah air sedangkan Singapura lebih selesa
walaupun
bekalan utamanya dari Johor? Dimanakah silapnya?
Bayangkan sekiranya Mahathir mendahului Libya dalam soal pembekalan air
ini
dengan merangka suatu sistem yang efektif dan mesra alam sifatnya.
Tentu
sahaja belanja ynag diperlukan sedikit berbanding dengan jumlah yang
Libya
belanjakan kerana air di permukaan kita cukup banyak dan bersih untuk
kegunaan.
Apakah perasaan Mahathir apabila dibawa Ghadaffi melawat porojek
kebajikan
untuk rakyatnya yang digelar keajaiban kelapan Dunia itu? Bukankah
selain
dari berdaya menarik pelancong, projek sebegitu juga menyumbang kepada
ekonomi secara peningkatan hasil makanan melalui pertanian??
Tidakkah Mahathir merasa malu dan kerdil apabila membandingkan kejayaan
projek Mega untuk memperkayakan rakyat Libya itu dengan projek
memperkayakan
kroninya seperti Bakun,Menara Petronas,Putrajaya dan KLIA itu? Tergamak
mahathir meneruskan projek ‘jambatan Isfahan’ di Putrajaya yang menelan
Jutaan ringgit di bawah seliaan anaknya itu?
Yang lebih hebatnya Ghadaffi ialah kemampuan ia menjalankan projek Mega
itu
dalam keadaan disekat ekonomi dan tanpa bantuan kewangan dari
luar.Sedang
Mahathir dalam keadaan yang bebas dan kekayaan yang melimpah sempat
pula
berhutang bukannya untuk kepentingan rakyat Marhaen melainkan lebih
kepada
mengisi tembolok sekerat dua manusia yang rapat dengannya.
Alangkah kerdilnya Perdana Menteri Malaysia, Mahathir jika dibandingkan
dengan Kolonel Ghadaffi!
Dr Nologareng
______________________
Terbitan : 29 April 2002
Ke atas
Home