Rakyat marhaen ternanti-nanti tarikh 1haribulan Mei yang akan menjelang
tidak berapa hari lagi. Bukan bagi menyambut hari kebesaran negara atau
tarikh pemujaan Dr Mahathir, melainkan satu tarikh dengan rasminya
Polis
Malaysia menjadi BARUA bagi mengutip denda yang dikenakan keatas rakyat
yang
melanggar kesalahan jalanraya- dalam kes ini adalah melebihi hadlaju
yang
ditetapkan.
Dua minggu ke belakangan ini, Pegawai Tinggi Polis yang bertapa di
Bukit
Aman telah memberi amaran dan peringatan kepada rakyat supaya
menjelaskan
saman yang tertunggak yang dikatakan hampir RM 500 juta.Suatu angka
yang
mengatasi perolehan pendapatan sebuah ejensi kerajaan. Apatahlagi
dengan
hanya bermodalkan alat perangkap halaju. Tenaga kerja adalah percuma-
anggota polis yang diBARUAkan serta terlacur pula etikanya.Ini adalah
suatu
sumber yang kerajaan Mahathir semakin sedar untuk diputarbelitkan bagi
kepentingannya.
Penghantaran notis saman yang suatu masa dahulu diikuti oleh operasi
WARTA 1
telah menggemparkan negara dan menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit
dari
rakyat yang merupakan pengundi dan pembayar cukai. Akhirnya ia
ditangguhkan
sementara pendekatan baru diambil.Kini ia sudahpun lengkap dan Kerajaan
menggunakan PDrM sepenuhnya bagi menjana wang bagi menampung
perbendaharaan
yang kering kontang.
Adalah dikatakan bahawa mana-mana pemandu yang bersalah berjaya
ditahan,
bayaran kompaun akan digandakan sebagai denda engkar melambat-lambatkan
pembayaran.Ini katanya perlu sebagai pengajaran buat mereka. Pengguna
bertanggungjawab menyelesaikan denda atas kesalahan yang mereka
lakukan.
Mereka perlu mematuhi undang-undang negara!!
Sekali imbas memang cantik dan wajar bagi Polis mendapatkan kompaun
bagi
kesalahan lalulintas yang telah dilakukan pengguna. Apabila diteliti
lebih
mendalam kita akan mengetahui dengan lebih tepat kenapakah langkah ini
diambil. Pemerhatian yang seterusnya akan mengarah kita kepada fakta
sebenar
yang cuba disembunyikan oleh Kerajaan Mahathir dari pengetahuan rakyat-
NEGARA MENUJU KEARAH KEMUSLISAN!!! Negara kini tidak lagi mempunyai
wang
yang cukup bagi mengongkosi pentadbirannya. Penggunaan wang Petronas
secara
haram sudah tepu. Kejadian yang menimpa rakyat Argentina sekarang wajar
kita
jadikan iktibar.
Denda yang dikenakan memanglah tidak besar pun bagi seorang Menteri,
hanya
sekitar RM100 bagi satu kesalahan. Bayangkanlah nilai itu untuk rakyat
yang
terpaksa berhempas pulas siang dan malam bagi mencari nafkah sesuap
nasi.Bayangkan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat yang terpaksa
melakukan
2-3 jenis pekerjaan untuk menyara keluarga.Bayangkan pula beban dan
musibah
yang ia terpaksa tanggung jika menerima saman saban hari!!
Mustahil seseorang akan kena sampai berkeping-keping. Itu pada
logiknya.
Hakikatnya beberapa jalan yang menjadi laluan utama Rakyat marhaen
untuk ke
tempat kerja telah dipilih sebagai genting bagi polis menahan lukah.
Ada
marhaen yang malang mendapat sehingga 6 keping saman dalam satu bulan.
Lebihan kelajuan hanyalah sekitar beberapa kilometer sejam. Ketika itu
pula
bukanlah waktu sebok persekolahan atau sebagainya. Alasan hadlaju ialah
bagi
mengelak kemalangan.Tiada mana-mana pemandu yang berkeinginan untuk
terlibat
dalam kemalangan walaupun kelajuan nya melebihi hadlaju.Jika bukan
untuk
mencegah kemalangan untuk apa operasi itu??Tentu kita faham muslihat
sebaliknya
Dalam negara kita sekarang pemimpin perogol,perasuah,perompak,pembunuh
dan
pelindung keatas semua kesalahan tadi dipuja dan didewakan oleh
kerajaan
UmnoBn yang memerintah. Manakala pejuang Hak Asasi, pembela rakyat
marhaen
hatta Mantan TPM akan ditindas,difitnah dan dihina semaunya oleh
kerajaan
melalui institusi yang telah terlacur etikanya-PDrM.
Kini mereka menjadi perompak berlesen di jalanraya dan lebuhraya
mengintai
peluang dan menganiayai rakyat marhaen.Jika dahulunya mereka mencuri
secara
berahsia meminta rasuah, kini berbekalkan peralatan Pengesan Hadlaju
rakyat
ditindas. Kepada rakyat yang sudahpun terhimpit kehidupannya ditekan
pula
sedemikian rupa oleh anggota PDrM. Memanglah alasannya munasabah, siapa
yang
bersalah mesti bertanggungjawab.
Rakyat marhaen yang tidak membaca undang-undang ni hendak bertanya
sedikit,
bagaimana pulak tentang kerja jenayah pemimpin UmnoBn dan para kroni
yang
menggelap dan melarikan wang rakyat yang berjuta-juta ringgit itu??
Tiadakah
tindakan yang diambil keatasa mereka? Eric Cheah,Mahathir,Rafidah
Aziz,Tajudin Ramli, Halim Saad,Ting Phek Khiing dan Ananda Krishnan
adalah
sekadar beberapa nama yang sepatutnya dalam senarai siasatan dan buruan
Polis- sekiranya mereka terikat dengan profesionalisma dan etika
kerja?!!……Lainlah sekiranya mereka hanya menjadi BARUA dan berlagak
sebagai
kumpulan Militia Umno!
Kita ada terdengar tentang syarat baru baru kenaikan pangkat bagi ‘top
brass’ di Bukit Aman untuk menjadi Superitenden ke atas,Pegawai Trafik
terbabit mestilah memenuhi kuota pencapaian denda trafik keatas
pengguna
jalanraya sehingga berjuta ringgit untuk sebulan! Bukan lagi tahap
kelayakan
menjalankan tugas mencegah jenayah atau menyelesaikan kes akan tetapi
keupayaan mereka menjana WANG untuk kerajaan Mahathir!!Inilah dia
kaedah
terbaru perkongsian pintar antara KERAjaan dan PDrM. Mereka saling
berkonspirasi mengena dan menganiaya rakyat marhaen.
Itulah wangnya yang kerajaan Mahathir akan belanjakan untuk bonus dan
elaun
anggota PDrM. Tidak cukup selama ini wang cukai pendapatan rakyat
diguna
untuk pakaian anggota Polis,kini rompakan berhemah di jalanraya pula
kerajaan kenakan sebagai satu sumber pendapatan.
Jika bukan menjadi barua kepada kerajaan zalim, apanamaaaa yang kita
nak
panggil??
Dr Nologareng
______________________
Terbitan : 30 April 2002
Ke atas
Home