BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

MAHATHIR TERUS BERKELENTONG

Apakah agaknya perasaan anda apabila seorang Perdana Menteri yang disanjung rakyat sebagai Wira Dunia Ketiga telah dicemuh kerana menyelewengkan fakta demi menyelamatkan diri dan kroni kesayangannya. Konsul Switzerland di Kuala Lumpur telah menelanjangi pembohongan Mahathir yang membebek dan menipu isu Perwaja semasa di London baru-baru ini. Alangkah hinanya apabila seorang pemimpin yang kununnya hebat dan disanjung dengan pelbagai gelaran telah pun diaibkan di buminya sendiri!!

Pehak kerajaan Mahathir sebenarnya tidak pernah pun meminta kerjasama secara serius malah BPR sendiri dikatakan seolah tidak proaktif dalam tindakannya berkenaan akaun tersebut. Kalau akaun itu tidak pun diminta oleh BPR supaya dibekukan, apakah transaksi pengeluarannya masih dan boleh berlaku?? Bagaimana pula ketika Mahathir bercuti kesana baru-baru ini apabila tiada agenda rasminya? Kenapakah musibat ini sanggup berbohong kepada rakyat dengan alasan yang menjerat diri dan kerajaannya sendiri?

Mahathir @ Raja Kelentong memanglah seorang ‘Pathological Liar’ kelas pertama yang semulajadi. Memang itulah resamnya. Itulah keperibadiannya yang memang membaka dari dahulu lagi. Almarhum Tunku Abdul Rahman telah mengesan ciri-ciri kebajingan itu selepas tercetus kejadian 13 Mei. Penghasilan buku kontroverSIAL ‘Malay Delima’ juga merupakan kerja-kerja Kelentongan kerana ia merupakan cedokan dari penulis Barat.(hehe Mahathir tak usah tipulah……)

Akibat sikap Perdana Menteri yang begitu sekali ketrampilan songsang nya, ia seumpama seekor musang yang berbulu ayam. Dia adalah pengkhianat dan penjenayah kepada bangsa Melayu dan negara walaupun seringkali disolek dengan gelaran Wira Dunia Ketiga, penyelamat Melayu dan Tokoh Maal Hijrah Rusia. Mahathir tidak pernah berasa bersalah ataupun malu dengan tingkahlaku hodohnya yang tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu Islam dan antarabangsa. Perdana Menteri sebenarnya adalah seorang yang penuh ego tanpa kemaluan .

Apa jalan keluar mu wahai Raja Kelentong??

Kalau di negara yang telus pengamalan Demokrasi dengan konsep polis yang menjaga keamanan dan pertahankan kedaulatan undang-undang tanpa rasuah, Mahathir sudah lama terperosok menghitung bilangan jeriji di kamar penjara Sungai Buloh atau mungkin juga dikenakan tahanan rumah sementara proses pengadilan boleh berjalan bagi kerajaan merampas semula Harta Negara yang dikebasnya.

Jika Demokrasi Malaysia tersohor dan berada di kemuncaknya, Mahathir beserta sekongkol samada secara politik mahupun perniagaan akan menjadi tumpuan pendedahan media dan rakyat dalam menyaksikan perbicaraan yang berkisar tentang Nepotisma, Kolusi dan korupsi.

Atau setidak-tidaknya seperti di Jepun, pemimpinnya akan meletakkan jawatan sebaik sahaja kepimpinan mereka dipertikai. Lebih dahsyat lagi apabila mereka sanggup melakukan harakiri atau seppuku bagi menutup malu yang bukan kepalang!

Kekejian kes Perwaja timbul semula dengan membawa dimensi yang lebih menarik dan menyuluh terang serta jelas akan kebajingan dan kuntau lidah Mahathir yang menjijikkan selama ini. Kenapa hanya akhbar Malay Mail dan akhbar Cina sahaja yang menyiarkan majlis akhbar Konsul Switzerland?!! (Utusan Meloya dan Berita Hairan pigi cari berita khalwat Mat Sabu pulak kot?) Kenyataan yang ringkas serta berterusterang tanpa berbelit fakta dan begitu profesional itu meyakinkan kita rakyat marhaen betapa keji dan tidak layaknya si Raja Kelentong itu memimpin negara dan berada di puncak kuasa lagi.

Apabila terpandang nama Allahyarham Nurain Zulkifli sebagai salah seorang pegawai kerajaan yang pergi menyiasat di Switzerland, kita tertanya-tanya apakah sudah berlaku lagi peristiwa pembunuhan Jalil Ibrahim semasa skandal Bank Bumiputra di HongKong dahulu?? Kenapa pulak Abd Ghani Patail dengan cepat berada di tempat kejadian dan menyelia gerakan mencari mayat Allahyarham? Ada pula khabar angin (biasanya betul!!) yang mengatakan beliau telah pun beberapa hari berada di situ menghabiskan cuti bersama si mati!!

Apakah apabila penyiasatan sampai ke kemuncaknya dengan berjaya membariskan senarai nama pesalah lakunya, maka pegawai yang tidak berdosa perlu dikorbankan? Nurain adalah salah seorang Pegawai yang menemui pegawai Pejabat Kehakiman Switzerland semasa siasatan akaun kes Perwaja. Kejayaan proses siasatan telah pula dibangkitkan oleh Pengarah BPR ketika itu, Datuk Mohd Zaki Hussein yang akhirnya telah dilucutkan dari tugas dengan digantikan dengan seorang Pegawai Tinggi Polis!! (anak buah Raja Pasembor juga yang sering menjadi BARUA!!!)

Sebaik sahaja ada jalan keluar bagi menyelesaikan kes, Mahathir melalui tangan ghaibnya akan mengganggu dan melambatkan siasatan!! Kemudian ia akan menggunakan kemahirannya yang tiada tolok banding dalam menipu dan terus menipu rakyat terutamanya orang Melayu yang begitu terhad sekali sumber maklumatnya.

Tanyalah kepada orang Melayu apa persediaan mereka seandainya Mahathir disapa Malaikat maut? (Raja kelentong pun tak terkecuali oiiii…!!) Apakah mereka tahu akan kecelaruan yang timbul sebaik saja Raja Kelentong terlucut kuasanya? Tahukah mereka pemimpin besar UmnoBn semuanya telah pun mempunyai tempat berteduh dan akaun yang mengembong di luar negara seandainya malapetaka tiba??

Rakyat marhaen menunggu dengan penuh minat akan apa pula kelentong Mahathir sekali ini apabila pehak berwajib Switzerland telah membuka pekungnya yang sentiasa dilindungi ucapan retorik itu?! Apa pula komen para Badut, anjing dan segala jenis belaannya? Apa Pak Ungku pun nak tumpang sekaki ka?!….

Dr Nologareng







______________________
Terbitan : 1 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com