Kenyataan Presiden PRM
KEKALAHAN DAP DI KETARI
Beberapa orang wartawan telah meminta komen saya mengenai kekalahan
DAP di Ketari. Walaupun agak keberatan , saya penuhi juga permintaan
mereka dengan memberi komen ringkas seperti berikut:
"Calon pembangkang boleh mendapat keputusan lebih baik sekiranya
beliau mempunyai hanya 5 peratus daripada jumlah wang yang
dibelanjakan oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil itu,
dan jikalau beliau mendapat hanya 5 peratus daripada masa yang
diberikan oleh televisyen kepada BN untuk menyebar propaganda mereka."
Namun begitu saya berharap kini DAP akan mengambil peluang untuk
mengkaji semula pendiriannya terhadap kerjasama dengan Barisan
Alternatif (BA).
Dr Syed Husin Ali
31hb Mac 2002
______________________
Terbitan : 1 April 2002
Ke atas
Home