ANTARA GHADAFFI DAN MAHATHIR
Bagai Sang Dewa dan si Ketot
Saya tertarik untuk mengulas sedikit penulisan rakan
kita Dr Nologareng yang menyentuh lawatan Mahathir ke
Libya baru-baru ini.Pendekatan yang lebih bebas dan
terbuka dapat membuka minda rakyat dalam mencerna apa
yang dilihat dan dibaca.Penulisan sedemikian
menyingkap tirai pemalsuan oleh Mahathir dan
kerpimpinannya terhadap rakyat marhaen negara kita
yang ironisnya adalah penganut parti Umno!!
Akhbar media perdana hanya menyentuh sambil lalu
sahaja tentang lawatan tersebut dengan masih lagi cuba
menonjolkan imej Mahthir sebagai pemimpin Agung Dunia
ketiga.Fokus lebih kearah meningkatkan harga diri
Mahathir yang diseranahi dengan gelaran Mahafiraun
oleh rakyat negaranya sendiri- suatu gelaran yang
orang Islam amat faham dan jauhi.Media cuba
menyogokkan ide songsang seolah-olah pemimpin negara
Arab dan Afrika berminat mempelajari cara Mahathir
mentadbir negara!!
Kenapa akhbar tidak meneroka yang tersirat di sebalik
projek gagah Kolonel Muammar Ghadaffi bagi kebajikan
rakyat sekaligus meningkatkan pendapatan
mereka.Pandangan jauh Ghadaffi yang memahami bahawa
minyak bukanlah suatu yang kekal dan akan tiba
penghujungnya, telah membina sungai Buatan itu sebagai
sumber kekuatan ekonomi bagi meningkatkan penghasilan
pertanian dalam negaranya. Ini sekaligus mengurangkan
pergantungan kepada negara luar. Suatu pemikiran jauh
dan tajam yang nilainya lebih tinggi dari wawasan 2020
yang kini telah pun menjadi was-was 2020.
Seperti kata Dr Nologareng, seandainya Mahathir
berjiwa ikhlas seperti Muammar Ghadaffi sudah tentu
negara kita tidak lagi menghadapi masalah air
terutamanya di kawasan kampong. Malaysia tidak
memerlukan ongkos pembinaan sepertimana Libya yang
terpaksa menggunakan pam dan mengorek telaga yang
besar bagi menyedut air bawah permukaan.Negara kita
Allah beri kelebihan dengan bersepahnya air permukaan
yang dengan mudah boleh diempang dan disalurkan ke
seluruh negara untuk keperluan rakyat jelata.Malaysia
hanya memerlukan saluran paip dan sedikit prasarana
lain bagi menjayakan projek itu. Ini mungkin terlalu
hina dan lekeh bagi seorang pemimpin bertaraf dunia
seperti Mahathir!
Kerajaan Kolonel Ghadaffi telah secara tidak langsung
berjaya menjadikan projek itu sebagai tarikan
pelancong. Ianya menjadi terkenal sebagai Benda Ajaib
Kelapan di dunia. Kelebihan itu tidak akan tenggelam
kerana binaan yang hebat berikutnya menjadi yang
kesembilan. Satu soalan untuk Mahathir, apa sudah jadi
dengan Menara Kembar H Petronas yang sedikit masa
dahulu dibanggai sebagai yang tertinggi di dunia??
Keuntungan seterusnya ialah berjaya menyuburi kawasan
pertaniannya dengan menambah lagi kawasan baru secara
penebusan semula padang pasir.Secara sejarahnya negara
Libya adalah kawasan yang subur dengan beberapa
kerajaan lampau yang terkenal dengan pertanian dan
hasil taninya.Dengan projek yang berorientasikan
kebajikan rakyat itu, kegemilangan pertanian dengan
tanah yang subur akan berulang dengan izin Allah.
Ini secara tidak langsung menempelak negara kita yang
beriklim khatulistiwa dengan hujan dan panas yang
mencukupi telah mensia-siakan kelebihan itu.Akibat
tamak dan pengurusan yang tidak cermat, Mahathir lebih
menumpukan kepada Industri sebagai kegiatan ekonomi
dengan memberi kelonggaran yang akhirnya merugikan
negara dan rakyat yang menjadi tenaga buruh. Bagaimana
dengan nasib pekerja yang kehilangan pekerjaannya
akibat pemodal menutup kilang tergesa-gesa lari ke
China? Apakah pembelaan kerajaan Mahathir untuk mereka
selain dari program-program yang kelihatannya bagai
melepaskan batuk di tangga?
Apa agaknya perasaan Mahathir apabila syarikat Tongkah
milik anaknya gagal dan engkar dalam mencarum wang
KWSP pekerja yang kebanyakannya adalah orang
Melayu??Sebagai seorang pemimpin yang katanya membela
ketuanan Melayu, Mahathir wajar menghabiskan banyak
masanya dengan meninjau permasalah rakyat dengan rajin
turun ke kampong-kampong. Adalah tidak patut untuk ia
mengulas permasalahan orang Melayu dengan hanya
meninjau kawasan sekeliling Putrajaya dan tasik
sekitarnya……
Ghadaffi telah memperuntukkan sebesar US$ 25 billion
bagi menjayakan projek pengairan yang termaju dan
terhebat di dunia. Wang itu adalah dari penghasilan
minyak tanpa bantuan dari Bank Dunia mahupun
IMF.Adalah mengkagumkan sekali bagaimana Muammar
Ghadaffi berupaya menjayakan projek Mega dalam keadaan
ia disekat ekonominya oleh Amerika.
Mahathir patut merasa malu sebagai seorang pemimpin
negara Malaysia. Sepanjang tempoh 20 tahun lalu,
beliau hanya pandai berkata-kata dan berkelentong
sahaja. Mahathir sebenarnya berdosa keatas setiap jiwa
dan pengorbanan Pejuang kemerdekaan dahulu.Mahathir
mengkhianati apa yang telah Perdana Menteri dahulu
lakukan untuk rakyat dan negara secara umumnya.Nasib
rakyat marhaen terus tidak terbela dan bebanan
kewangan mereka senantiasa meningkat tanpa hentinya.
Mahathir GAGAL segagal-gagalnya dalam memberi khidmat
yang cemerlang kepada rakyat dan negara dalam erti
kata yang sebenarnya.
Seandainya Mahathir mendahulukan kemudahan prasarana
seperti Muammar Ghadaffi tadi, Malaysia akan
mengungguli aktiviti pertanian dan pembekalan
air.Namanya akan menjadi besar dan harum ke merata
dunia. Malangnya itu bukan pilihan Mahathir.Beliau
lebih suka kepada pembinaan projek mega yang ‘ter-ter’
di dunia.
Lantas ia menjadi seperti seorang kanak-kanak yang
gemar melebihkan diri berbanding orang lain. Walaupun
ditertawa dan dipermainkan orang, kanak-kanak seperti
itu tetap merasa puas dan bangga diri. Begitulah
kelaku Mahathir dalam memegang amanah rakyat.
Pandangan sarjana Ekonomi tempatan dan luar negara
tentang negara kita dapat disimpulkan dengan rangkap
yang mudah- Malaysia adalah negara bertaraf PARIAH
dalam dunia kewangan antarabangsa. Ini pernah ditulis
oleh Prof Jomo yang menghuraikan panjang lebar tentang
kegawatan ekonomi negara dan penyebabnya. Mahathir
sanggup berhabisan wang rakyat dalam membina projek
mega yang tidak produktif tanpa segan dan silu.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana hebat dan makmurnya
Malaysia sekiranya Mahathir memulakan langkah awal
pemerintahan dengan mencontohi projek Mega Muammar
Ghadaffi itu. Tentu sahaja tanpa bantahan ia akan
digelar Bapa Kemakmuran Negara!!!
Apakan daya Mahathir hanya berpuas hati untuk digelar
Bapa Mirzan!!
Ehek2001
______________________
Terbitan : 30 April 2002
Ke atas
Home