Penulis Marhain Tua pernah menulis perihal kelompok
ini dalam arena politik negara yang diterajui UmnoBn.
Mereka ini sering tenggelam timbul mengikut keperluan
dan rentak yang dimainkan oleh Tok Dalang DK
(Kelantan) yang bersemayam di Putrajaya.
Mengikut adat dan tradisinya, kehadiran badut akan
menghiasi cerita dan memberi ruang pula bagi Tok
Dalang untuk mencari idea dan buah akal baru bagi
meneruskan cerita agar tampak menarik dan memukau.
Begitu jugalah rentak yang berlaku dalam politik
tanahair kita.
Badut ini pula mengambil berbagai rupa dan
latarbelakang yang kesemuanya adalah Umno totok secara
pegangan parti dan kefahaman politiknya. Sebarang isu
atau rekacipta yang diatur oleh para pemikir BARUA
belaan Mahathir akan diulas dan disolek bagi memenuhi
matlamat dan juga kehendak seorang dictator yang
berhati Syaitan. Ringkasnya mereka mencemar dan
memalukan ilmu serta rakan sejawat dengan komen-komen
yang bertaraf pandir dengan mencelahkangkangkan segala
kepingan ijazah daya intelek yang dimilikinya.
Beberapa orang dari dunia akademik yang bergelar
Professor dan Professor Madya seringkali bersilih
ganti muncul di kaca TV bagi berbincang tentang topik
yang dirancang. Prof Ramlah, NC UIA dan beberapa lagi
ilmuan kangkung ini sering membadutkan diri bagi
memuja seorang Perdana Menteri. Kerapkali niat serong
mereka tercium dengan mudah oleh orang kebiasaan
apatah lagi golongan cerdik pandai.
Baru-baru ini Prof Diraja Ungku Aziz telah merelakan
dirinya tergolong dalam kelompok badut apabila ia
memberi komen ‘gila’ tentang anugerah Nobel Keamanan
apabila nama DS Anwar Ibrahim dicadangkan oleh panel
terbabit di Norway. Tidak mahu ketinggalan atau
mengejar emas sebahara Sasterawan Negara A. Samad Said
yang bersara dari berkarya tiba-tiba bangun
mempertikaikan tentang pencalonan anugerah berprestij
itu.Komen yang mencemar martabat dan bertaraf Barua
itu telah dijawab pula oleh SN Shahnon Ahmad dalam
edisi Harakah terbaru.Persoalannya apa perlu untuk ia
mengomel begitu sedangkan tugas utamanya ialah
berkarya bagi memperkayakan Sastera Negara?
Seorang Menteri yang bergelar Doktor Falsafah
Perundangan kini dengan bangga pula mengumumkan bahawa
apa sahaja tesis yang telah ditulisnya hanyalah
bersifat ilmiah untuk mendapatkan sekeping
pengiktirafan sahaja. Pegangan dirinya bebas dari
perahan akal tatkala ia menulis tesis itu dahulu. Atau
dalam bahasa mudahnya, tesis dan gelaran Doktornya itu
bertaraf haprak yang wajar dilubangjambankan sahaja.
Tradisi dalam parti itu adalah berebutan bagi
meletakkan gelaran dan penghormatan di pangkal nama,
bukan sebagai lambang keilmuan akan tetapi untuk
menggerun dan menonjolkan hebatnya sahaja. Dia juga
adalah seorang badut yang ditugaskan mengulas tentang
masalah perundangan Negara yang timbul. Ulasan dan
juga olahan ‘pembakar jambatan’ ini mampu membuatkan
para Hakim menitiskan airmata dan tersedak ketawa .
Menyedari akan imejnya yang berterusan terperosok,
Mahathir dengan penguasaan media melalui Badut bernama
ZAM masih juga tak termampu berbuat sesuatu. Orang
Melayu yang menyayangi Agamanya melihat Mahathir tidak
ubah sebagai Abdullah Ubai walau pun ada suara nakal
dalam Umno yang menggelarkan ia sebagai Ulamak
juga!!(pengikut dan pemimpin sama jahil) Kini ZAM
menggunakan segala kebijaksanaan dan helah yang
sepadan dengan kelulusan darjah enamnya itu bagi
memurtabakkan Mahathir dan Umno. Begitulah hasilnya
yang sering kita tonton di kaca TV yang sebenarnya
memberi lebih keuntungan kepada PAS dan Barisan
Alternatif. Senjata makan tuan…..
Ibrahim Ali yang senyap seketika setelah sandiwara BBM
dengan symbol keris telanjangnya gagal, kini muncul
kembali sebagai pakar sejarah Raja-raja Kelantan.
Patong burung Petalawati yang mereka dewa-dewakan akan
memakan diri dan perjuangan palsu itu akan menemui
jalan buntu. Berbangga dengan gelaran Katak dan pernah
pula menjulang dan menabal sepupu Sultan Kelantan
sekarang iaitu Tengku Ibrahim sebagai pewaris sebenar
takhta, kini menjadi hamba sahaya yang kununnya setia
pula kebawah Paduka Raja.
Sekiranya kuasa mutlak berada di tangan Raja
sebagaimana zaman silam, tentu sahaja Ibrahim Ali
telah ‘dibuang’ oleh Paduka Tuanku!! Dialah orangnya
yang menjadi Pengerusi sambutan hari lahir Sultan yang
ke 52 tahun (berapa pulak gamaknya duit peruntukan
yang berjaya disonglapnya) Badut Pantai Timur ini juga
dahulunya adalah pemimpin kelompok muda yang
menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan semasa zaman Mohamad
Asri di tahun 1978 dengan membuat ‘rusuhan’ secara
membakar tayar dan mengkucalanakan system sampah di
Kota Bharu.
Sanusi Mat Jenin baru-baru ini bangun dari pertapaan
politiknya dengan menganjurkan Perhimpunan Bersama
Rakyat bagi mengucapkan Terimakasih orang Langkawi
terhadap jasa-jasa Mahathir bagi memajukan Pulau
Lagenda itu. Kemajuan bagaimana untuk Marhaen apabila
yang mengecapnya boleh dibilang dengan jari? Sedangkan
kerosakan terhadap anak bangsa boleh digambarkan oleh
pepatah baru- PADANG ARAK PADANG ROKOK!! (evolusi dari
Padang jarak padang tekukur)
Tidak berpuas hati dengan Majlis Pendewaan Mahathir di
Langkawi, Sultan Kelantan pula diguna sebagai
pemangkin imej Mahathir. Selepas Sultan Johor yang
terpalit dengan kes Prebet Adam dahulu, anak Lelaki
Yahaya Petra pula menganugerahkan Darjah KERAbat DK
Kelantan kepada Mahathir. Ternyata Sultan Kelantan @
Badut Diraja yang dahulunya pernah dibongkarkan
serakahnya oleh pemimpin UMno dengan isu kereta
Lamborghini telah sekali lagi merelakan dirinya
dipergunakan untuk memperaga Mahathir di kalangan
orang Melayu Kelantan yang secara total menolak Umno
dan pemimpinnya.
Begitulah meriahnya para badut menunjukkan kecekapan
masing-masing yang hanya mengundang perasaan gelihati
dan ketawa memanjang orang Melayu melihatkan telatah
mereka.
Memang betul kata Allahyarham P. Ramlee, “Alif, min,
nun, wau = sarkas”
Sudah tentu penghiasnya adalah para badut!!..
Ehek2001
______________________
Terbitan : 30 April 2002
Ke atas
Home