Di mana wujudnya Parti Komunis UMNO, maka pasti akan timbul 1001 macam
permasalahan. Terkini, selepas tidak puas dengan lagak komunis mereka
di tanahair, UMNO melalui kadet-kadet mereka membuat kacau pula di
United Kingdom.
Beberapa peristiwa yang berlaku di UK membuktikan bagaimana UMNO
melatih kefahaman dan tindakan komunis di kalangan kadet-kadet mereka. Dalam
kesibukan masyarakat Malaysia yang lain mengejar ilmu di sana, lagak
kadet-kadet kelab UMNO bukan sekadar mengiyakan kata-kata Presiden mereka
bahawa 'UMNO mudah lupa', malah lagi dahsyat, mereka memang sudah
tertutup minda dan lupa tujuan dan matlamat mereka ke bumi asing.
Kejadian di Newcastle sebagai contoh jelas menunjukkan kadet-kadet UMNO
ini lemah dalam ilmu matematik mereka. Sejak Kelab UMNO di sana membuat
kacau di sana, sambutan masyarakat Malaysia kepada program-program
anjuran Balai Malaysia (yang diambil alih mereka dalam satu mesyuarat agung
tergempar) mulai diboikot oleh ahli-ahli masyarakat setempat. Bukan
kerana mereka semuanya ahli Barisan Alternatif, tapi kerana meluat dan
hampir muntah dengan tindakan kebudak-budakan kadet-kadet UMNO. Sudahlah
menjadi penganjur kepada aktiviti-aktiviti berunsur budaya kuning dan
tak berfaedah di mana terakhir telah dianjurkan 'Battle of the Band'.
Sepatutnya kerajaan mengambil tindakan ke atas mereka ini kerana telah
membazirkan masa dan juga duit rakyat dengan melibatkan diri dengan
aktiviti-aktiviti yang tidak akan menyumbang kepada kemajuan negara.
Mungkin menyedari permasalahan di atas, maka minggu lepas cuba pula
dianjurkan satu program Kolokium Antarabangsa tentang Isu Negara Islam
Malaysia dan Palestin. Malangnya, kalau sudah komunis maka komunislah juga
perangainya. Tidak cukup dengan pengedaran leaflet dari rumah ke rumah,
masyarakat diganggu pula dengan panggilan telefon dari rumah ke rumah
hingga lewat malam, diungkit juga kisah-kisah kebajikan lampau seperti
jasa mengambil di airport, tolong mencarikan rumah sewa dan sebagainya
dengan tujuan mendapatkan kehadiran masyarakat dalam program tersebut.
Panel-panel jemputan pula adalah Dato Dusuki Ahmad (Setiausaha Politik
Perdana Menteri) dan Dato Noh Omar (Setiausaha Parlimen Perdana Menteri)
serta Prof. Dr Abdullah Muhd Zin (Timbalan Rektor Kolej Universiti
Islam Malaysia) dan Datuk Rais Zainuddin (Lawyer). Namun begitu, disebabkan
perangai meluat dan taktik komunis kadet-kadet UMNO, maka program
tersebut bermula lewat dan khabarnya dibatalkan kerana kekurangan peserta.
Apabila terjadi demikian, kadet-kadet komunis UMNO ini menganggu pula
program masyarakat dengan cara yang biadap dan akhirnya sekolah balai
malaysia (kelas belajar anak-anak) pula diminta untuk dirasmikan. Maka
dilawati dan dirasmikanlah sekolah yang punya 3 kelas itu dan selepas itu
jadilah rombongan setiausaha-setiausaha perdana menteri itu berkeliaran
seperti pelancong sesat di Newcastle.
Kadet Komunis UMNO yang menjawat Ketua Penerangan UMNO yang mungkin
malu dan dimarahi oleh setiausaha-setiausaha mahathir itu menambahkan lagi
kemarahan masyarakat dengan menghantar email berbentuk amaran dan
ugutan sebagaimana di bawah:
-----
Assalamualaikum wbr.,
Saya sekali lagi ingin menarik perhatian rakan-rakan Balai Malaysia
untuk
menghadirkan diri ke Kolokium Islamisasi khasnya bagi rakan-rakan
PEGAWAI
dan PEMEGANG BIASISWA KERAJAAN. Tujuan sebenar kedatangan Dato'
Setiausaha
Politik PM adalah untuk melihat situasi sebenar masyarakat Malaysia
Newcastle, khasnya PEGAWAI dan PEMEGANG BIASISWA KERAJAAN. Kami
sebagai
rakan yg berada di dalam UMNO Bahagian Newcastle hanyalah sebagai
medium
dalam mengendalikan majlis seperti yg diminta oleh pihak JPM. Saya
berharap
selepas daripada ini tidak timbul soal tidak tahu atau pun
tidakdiberitahu.
Sekiranya tidak berkelapangan, hadirlah pada majlis forum yg
berlangsung
pada pukul 5.30 pm bertempat di Hersyel Building. Jamuan istimewa
telah
disediakan.
Hafizan Hj. Juahir
Ketua Biro Penerangan UMNO Newcastle
-----
Tidak cukup dengan itu, mereka bertindak ala P-DrM dengan mula pergi
dan mengetuk dari rumah ke rumah dan memaksa ahli-ahli masyarakat ke satu
program pada sebelah malam, kononnya untuk membincangkan masalah
pelajar. Mereka juga menggunakan taktik menipu dengan menelefon dan mengajak
mengambil makanan yang tidak habis kerana program yang dibatalkan.
Hasilnya, anggota masyarakat yang terpaksa dan tertipu telah terpaksa
menghadiri program tersebut. Program dimulakan selepas solat Maghrib yang
diimamkan oleh Presiden UMNO UK, Kamarul Rashdan. Ada jamaah yang selepas
itu mengulangi solat kerana tidak yakin dengan solat Presiden UMNO yang
tidak membaca dengan betul.
Program yang kononnya untuk membincangkan masalah pelajar akhirnya
menjadi program Ceramah Politik UMNO. Penceramah (Dato Noh Omar) yang
kempunan untuk berceramah akhirnya membentangkan kertas kerja tentang isu
Negara Islam Malaysia. Dato Noh Omar si penceramah ini akhirnya cuba
memperbodohkan hadirin dengan satu soalan berbunyi:
Siapakah yang membuka Pulau Pinang ? jawapannya ialah Francis Light
Siapakan yang membuka Singapura ? jawapannya ialah Stamford Raffles
Dan siapakah yang membuka Kuala Lumpur ? jawapannya ialah Yap Ah Loy
Mana ada melayu pernah buka bandar ? Maka itulah sebabnya Dr Mahathir
membuka Putrajaya supaya satu hari nanti, sekiranya Malaysia tidak lagi
diperintah oleh Melayu akibat dari perpecahan Melayu sekarang, maka
kita bolehlah beritahu yang melayu penah memerintah Malaysia dan adalah
yang membuka Putrajaya.
Begitulah cuba diperbodohkan dan menggambarkan betapa teruk dan bangang
perangai komunis-komunis UMNO ini. Saudara-saudari netters sekelian,
adakah masyarakat kita masih belum nampak ?
Salam Perjuangan
e-pejuang@uk
______________________
Terbitan : 24 April 2002
Ke atas
Home