BANTU MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Plot To Kill Mahathir : Raja Komando Saman The Sun

SHAH ALAM : Timbalan Ketua KeADILan Shah Alam, Raja Kamaruddin Abd Wahid, yang lebih dikenali sebagai Raja Komando mengemukakan saman berjumlah RM 9.5 juta terhadap akhbar harian berbahasa Inggeris, The Sun.

Saman tersebut dikemukakan melalui peguam Sankara N Nair di Mahkamah Tinggi Shah Alam 5 April lepas.

Raja Komando mendakwa akhbar tersebut pada 25 Disember tahun lepas telah menyiarkan berita palsu yang merosakkan nama baiknya.

Berita bertajuk ‘Plot To kill Mahathir’ tersebut menamakan seorang yang dikenali dengan Raja Komando sebagai orang yang merancang pakatan mambunuh Dato’ Seri Mahathir Mohamad dan timbalannya Dato’ Seri Abdullah Badawi.

Raja Komando menamakan Sun Media Corporation, ketua pengarangnya, Hng Hung Yong, pengarang, Robert Ho, wartawan, R Manirajan serta jurugambar, Anita Mohd Nasir sebagai defendan.

-ER







______________________
Terbitan : 13 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com