Di dalam surah ini, Allah swt telah mengajar kita;
sebagai satu rahmat buat kita iaitu bagaimanakah cara
memohon perlindungan dari syaitan manusia dan syaitan
jin. Menerusi 3 sifat Allah iaitu Rububiyyah, Penguasa
dan Uluhiyyah, Allah telah melindungi mereka yang
memohon perlindungan dari tipudaya syaitan dan
bahayanya terhadap agama, kehidupan dunia dan
kehidupan akhirat. Maksud Rububiyyah menunjukkan
jagaan yang lebih dan keprihatinan yang cermat seorang
penjaga.
Allah menyebut bahawa Dia adalah "Tuhan manusia",
sedangkan Allah merupakan Tuhan bagi semua makhluk
kerana 2 sebab :-
1. kerana Allah mahu memuliakan manusia. Maka Allah
mengisytiharkan dengan menyebut nama mereka bahawa Dia
adalah Tuhan kepada mereka meskipun mereka dimuliakan.
2. kerana Allah memerintahkan manusia agar memohon
perlindungan daripada kejahatan manusia. Lantaran itu
Allah mengisytiharkan dengan menyebut nama mereka baha
Dialah yang melindungi manusia dari kejahatan manusia.
Kemudian Allah menyebut 2 sifat iaitu Penguasa dan
Uluhiyyah bagi menjelaskan kepada manusia bahawa Dia
adalah raja (pemilik) mereka yang sebenarnya, meskipun
mereka juga memiliki raja-raja lain. Bahawasanya
Dialah Tuhan mereka dan yang patut dipuja oleh mereka.
Tiada tempat pengabdian diri melainkan kepadaNya.
KepadaNya manusia patut minta pertolongan. Naungan
Allah yang semestinya diharap. Bukannya raja-raja,
pemimpin dan penguasa yang lain.
Surah ini menjelaskan bahawa pembisik itu samada
syaitan jin atau syaitan manusia. Hassan berkata
:"Kedua-duanya adalah syaitan. Samada syaitan jin yang
menimbulkan bisikan di hati manusia atau syaitan
manusia yang menggoda manusia secara terang-terangan."
Qatadah berkata : "Di kalangan jin dan syaitan. Dari
kalangan manusia juga ada syaitan. Maka hendaklah kamu
memohon perlindungan dari syaitan manusia dan juga
jin."
Rujukan : Tafsir Al-Munir oleh Dr. Wahbah Al-Zuhaily
w.n.afinaz
______________________
Terbitan : 2 April 2002
Ke atas
Home