BANTU MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Dimanakah iman kau dan aku?

Dimanakah iman kau dan aku?
pabila maksiat berlegar
di seluruh pancaindera
mata
telinga
hidung
kaki
tangan
rambut
malah semuanya
tanpa ada rasa terdetik
dalam hati
aduuhhh...berdosakah kau dan aku
pada Allah?

Dimanakah dia iman?
yang kau dan aku mengaku
'aku orang yang beriman'
sedang maksiat sekitar pancaindera
tidak mampu diterjah
malah hanya diam
bisu...bisu seribu bahasa

Mana dia iman?
dalam diri kau dan aku
ketika ulama' dihina dina
dicerca dicela
hingga biadap mengusik
suri teladan yang agung
Baginda Rasullullah s.a.w.
dalam bicara dan kata
oleh lidah yang satu
tanpa tulang

Masihkah ada iman?
pada kau dan aku
kalau airmata tidak bisa menitik
kerana Allah
kerana Rasulullah
kalau hati tidak bisa
terhiris lagi pedih
kerana Allah
kerana Rasullullah

tapi...
mudah sangat menitis
kerana
kisah kehidupan artis
lakunan drama yang tragis
oleh para pelakun yang
oppotunis
berfikiran komunis

kau dan aku
hanyalah pelakun di atas
pentas dunia
yang punya had waktu
esok atau lusa
untuk kembali berjumpa semula
dengan Yang Maha Pencipta
Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang
memberikan iman
pada kau dan aku
untuk dijaga dan dibajai
sebagai bekalan
pedagang hina
di dunia yang fana ini

w.n.afinaz
27 Muharram 1423H







______________________
Terbitan : 13 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com