MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Perbicaraan kes Memali didengar semula hari ini

ALOR SETAR, 24 April (Hrkh) - Perbicaraan Kes Memali yang tertangguh sejak 17 tahun lalu, akhirnya akan mula didengar semula di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada jam 10.30 pagi hari ini.

Menurut peguam kepada 14 balu dan keluarga kepada mangsa pembunuhan kejam polis dalam Tragedi Hitam, Kampung Memali, Baling 19 November 1985, Muhyeddin Kader, Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Dato' Abdul Kadir Musa telah menetapkan tarikh tersebut semasa menjalankan Perbicaraan Dalam Kamar di sini, semalam. Dua balu mangsa tragedi Memali iaitu balu kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, Solehah Hussain dan balu kepada As-Syahid Mat Arop Hashim hadir ke mahmakah, bersama beberapa pimpinan PAS Kawasan Baling dan tidak ketinggalan orang paling kanan, Ustaz Ibrahim, Yusuf Husin.

Perbicaraan dalam kamar ini berlangsung selama lebih sejam dan peguam, Mohd. Taulan Rasul yang juga Bendahari PAS Kedah memaklumkan beliau dan peguam, Hanippa Maidin juga akan bertindak membantu Muhyeddin sepanjang perbicaraan berlangsung.

Muhyeddin ketika ditemui memberitahu, kes ini melibatkan tuntutan saman 14 balu dan keluarga mangsa Memali terhadap Polis DiRaja Malaysia, Kemeterian Dalam Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu pimpinan PAS Negeri Kedah mengalu-alukan keputusan Dato' Abdul Kadir kerana ini melibatkan kebajikan serta tanggapan masyarakat terhadap keluarga mangsa Memali itu.

Ketua Penerangan PAS Kedah, Ir. Haji Phahrolrazi Zawawi berkata, dengan bermulanya perbicaraan, rakyat seluruhnya akan mendapat gambaran sebenar mengenai kes ini, apabila saksi-saksi memberi keterangan di mahkamah nanti.

"Selama ini, segala tuduhan hanya berat sebelah, kerajaan yang memburukkan imej keluarga mangsa tanpa ada satu pun bukti kukuh, dan setelah perbicaraan ini berlangsung, tidak ada satu pun fakta yang dapat disembunyikan lagi."

"Saya juga berharap media massa dapat menyiarkan sepenuhnya perjalanan perbicaraan dengan adil, jangan memihak kepada mana-mana pihak dan jangan menyembunyikan fakta," tegasnya.

Sehubungan itu beliau berharap, keadilan dapat ditegakkan sehingga selesai perbicaraan dan satu keputusan yang terbaik akan dapat diterima oleh rakyat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Haji Mustaffa Long juga bersependapat, katanya, biarlah mahkamah yang menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku di Memali, dan bukannya dari cerita-cerita yang hanya direka oleh TV dan seumpamanya.

Balu As-Syahid Ustaz Ibrahim turut melahirkan rasa syukur kerana akhirnya kes ini akan dibicarakan dan ia sekaligus akan mengelak pelbagai lagi andaian oleh mana-mana pihak.







______________________
Terbitan : 25 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com