MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Ugut dan tangkapan ISA: GMI Perak buat laporan polis

IPOH, 24 April (Hrkh) - Bimbang penangkapan 14 orang dibawah ISA baru- baru ini dan dan ugutan 100 orang lagi sedang dicari untuk ditahan dibawah akta itu boleh mendatangkan kesan negatif dalam masyarakat, Gerakan mansuhkan ISA (GMI) Perak bersama beberapa NGO bertindak membuat laporan polis.

Kesan negatif yang digariskan dalam laporan itu berdasarkan tangkapan dan ugutan itu adalah menakutkan orang awam untuk bersuara membantah penyelewengan serta amalan rasuah dan penyelewengan kuasa akan berterusan. Selain itu, hak rakyat juga akan tersekat kerana wujud suasana takut dan tertekan kepada ISA di samping amalan profesional pasukan polis dilemahkan dengan pemakaian ISA untuk sebab-sebab politik.

Laporan itu telah dikemukakan oleh Dr Jayakumar, Setiausha GMI Perak, Fauzi Muda, Ketua Penerangan KeADILan Perak dan Mr Hui yang mewakili PRM. Mereka disertai oleh lebih 20 orang lagi telah membuat laporan di Balai Polis Ipoh.

Menurut Fauzi yang menjadi jurucakap kumpulan itu, laporan tersebut bertujuan mendesak pihak polis supaya semua yang ditangkap mesti didakwa di mahkamah sebelum dijatuhkan hukuman.

Katanya, negara mempunyai undang-undang yang ketat dan pasukan polis yang cekap sepatutnya mencari bukti terlebih dahulu.

"Sebelum ini 10 orang kepimpinan keADILan dan aktivis reformis telah ditangkap dibawah ISA dengan alasan mempunyai bom, molotof coktail, rocket launcher dan senjata lain untuk mencetuskan huru hara, tetapi sampai sekarang pun tidak dihadapkan ke mahkamah.

"Begitu juga dengan berpuluh-puluh lagi ditangkap dengan alasan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) bahkan ada yang didakwa membunuh tetapi masih juga belum didakwa,"kata Fauzi.

Di samping itu jika tiada bukti yang benar-benar kukuh berhubung kesalahan mereka, semua yang didakwa hendaklah dibebaskan tanpa sebarang syarat.







______________________
Terbitan : 25 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com