MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Balu Ibrahim Libya ceritakan kisah sebenar di mahkamah

ALOR SETAR, 26 April (Hrkh) Kisah sebenar dari pandangan balu As-syahid Ustaz Ibrahim Libya, Saleha Husin mengenai bagaimana peristiwa berdarah Kampung Memali, pada 19 November 1985 lalu telah diterima oleh mahkamah melalui kenyataan bertulis beliau.

Menurut Saleha, pada tarikh itu, dia dan Ustaz Ibrahim selepas selesai menunaikan solat Subuh bersama kira-kira 50 orang anak murid Ustaz Ibrahim yang terdiri dari lelaki dan perempuan telah sama-sama mendengar kuliah subuh yang disampaikan hampir setiap hari oleh Allahyarham. Berikut adalah petikan dari kenyataan bertulis Saleha, yang telah diterima oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar di hari perbicaraan 24 April lalu dan telah difailkan oleh Tetuan Mohideen & Partners, peguamcara bagi pihak plaintif-plantif.

Pada 19-11-85 suami saya telah selepas sembahyang Subuh mengadakan/menyampaikan kuliah Subuh yang dihadiri oleh lebih kurang 50 orang yang terdiri dari lelaki dan perempuan. Yang ramai adalah lelaki.

Selepas kuliah masing-masing balik. Pada ketika itu budak-budak sekolah cerita ada polis di Sekolah Siong dalam perjalan ke Memali. Maka pengikut Ustaz telah kembali ke rumah Ustaz apabila mendengar cerita bahawa polis sedang menuju ke rumah Ustaz untuk menahan beliau.

Lebih kurang jam 8.00 pagi polis ada di keliling rumah, ramai polis yang tembak gas tuju ke dalam kawasan rumah, penghuni rumah telah rasa pedih mata, pada ketika itu ada penghuni rumah yang baca Yassin dan sembahyang hajat. Tidak dapat keluar dari rumah.

Pihak polis lengkap dengan senjata di luar rumah, anak saya yang berusia 10 bulan pada ketika kejadian telah pengsan akibat tembakan gas dan suami saya telah membaca Yassin sambil pangku anak itu.

Kemudian kena botol gas pada kepala Nazihah Hassan berusia 13 tahun, dia pengsan dan berdarah. Pada Ketika ini Cikgu Shafie keluar dari rumah dan membawa parang. Apabila sampai satu rantai dari rumah beliau ditembak dan Cikgu Shafie telah jatuh. Tiada siapa dari polis menolong Cikgu Shafie dan apabila orang kampung ingin menolong Cikgu Shafie, tidak dibenarkan oleh pihak polis.

Kemudian Datuk Yahaya panggil Mat Piah untuk berunding. Ada rundingan. Datuk Yahaya minta Ustaz serah diri. Ustaz enggan serah diri kerana pada pendapat beliau, beliau tidak bersalah. Lepas itu polis telah masuk ke kawasan rumah dengan sebiji kereta perisai.

Tolak pintu pagar rumah dan ketika itu keadaan menjadi kelam kabut dan tembakan oleh polis telah bermula dan beberapa orang telah ditembak mati oleh polis. Mereka tidak memegang apa-apa senjata. saya pangku suami saya dan pada ketika ini datang dua orang polis dan ugut nak tembak saya kalau tidak menyerah diri.

Pihak polis telah sambil minta yang lain serah diri sedang maki hamun, mencaci dengan mengatakan ikut ajaran sesat.

Polis telah menahan saya di Bali Polis Tanjung Pari, Siong, Baling Kedah selama sehari semalam kemudian Polis Hutan Sungai Petani selama 2 minggu dan selepas itu di Penjara Wanita Alor Setar selama kira-kira 53 hari.

Dalam tahanan pihak polis telah memfitnah Ustaz mengajar ajaran sesat seperti mengajar mengucap dua kalimah syahadah dengan menyebut nama Ibrahim Rasulullah dan bukan Muhammad Rasulullah dan menuduh bahawa para syuhadah semua mengucap kalimah dengan menyebut nama Ustaz dan bukan nama Nabi Muhammad S.A.W.

Saya telah menafikan tuduhan-tuduhan tersebut, yang adalah fitnah belaka.







______________________
Terbitan : 30 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com