TASEK GELUGOR, 29 April (Hrkh): Setiausaha Agung PAS Pusat, Ustaz
Nasaruddin Mat Isa menyifatkan, pindaan Akta Parlimen bertujuan
melumpuhkan PAS dalam jangka masa panjang.
Ketika ditanya reaksi PAS berhubung pindaan akta tersebut beliau
berkata, walaupun ianya adalah halang besar namun jentera PAS harus
berhadapan dengan tabah bagi mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam
pilihanraya umum akan datang.
"Usaha menyulitkan PAS kini terserlah dengan pindaan terbaru akta
parlimen dengan harapan PAS akan berkubur selepas piliharaya umum
nanti.
Sebagai jentera parti pembangkang yang bergerak bersama Barisan
Alternatif (BA) apa yang perlu dilakukan ialah jatuhkan kerajaan yang
ada untuk selamatkan rakyat, " tegasnya lantang.
BN sengaja menaikan deposit calun piliharaya dun dan parlimen ke
angka yang tidak lojik, peti undi terjamin, tempat mengundi yang
boleh diubah, semakan buku daftar terakhir kekal dan seumpamanya.
Bagi menghalang gejala yang tidak sihat ini tambah beliau, tidak lain
hanya dengan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya
akan datang.
"Walaupun kita terpaksa melalui pindaan akta itu kali ini tetapi
pastikan ianya tidak lagi pada pilihanraya umum selanjutnya. Jika
tidak BN akan merancangkan beberapa cara lain untuk menghancurkan
pakatan BA, " ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Yan, Kedah menjelaskan, jika satu
kawasan parlimen ada tiga dun bermakna wang yang mesti disediakan
hampir RM80 ribu.
Namun begitu, PAS tidak takut pada kenaikan tersebut kerana yakin
akan memenangi pilihanraya akan datang memandangkan sokongan yang
padu dari semua kaum.
"Yakinlah ada yang orang akan menyumbangkan wang itu untuk melihat
kemenangan BA. Oleh itu, semua Majlis Tindakan Dun (MTD) harus
bergerak dan mengenal pasti mana-mana kelemahan sebelum menyertai
pilihanraya yang paling tinggi deposit dalam dunia, " kata beliau.
______________________
Terbitan : 30 April 2002
Ke atas
Home