Kepada,
Seluruh Rakyat Malaysia Yang Cintakan Keamanan dan Kedamaian
HIMPUNAN RAKYAT ANTI KEGANASAN ISRAEL
Kami mewakili rakyat Malaysia dengan ini mengajak seluruh rakyat untuk
turut
menyatakan pendirian tegas mereka terhadap apa yang sedang diperlakukan
oleh
regim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Keprihatinan rakyat harus
dijelmakan dalam bentuk tindakan tegas agar pihak-pihak yang
bertanggungjawab mendalangi perbuatan ganas yang tidak
berperikemanusiaan
ini faham dan ingat bahawa rakyat Malaysia bencikan keganasan,
kezaliman dan
penindasan.
Apa yang sedang dideritai oleh rakan kita rakyat Palestin turut dirasai
oleh
kita rakyat Malaysia. Justeru itu kami menyeru agar seluruh rakyat yang
bencikan keganasan, kezaliman, penindasan, penganiayaan agar bersatu
mengembeling tenaga membantah keras perbuatan terkutuk itu. Oleh yang
demikian kami menjemput seluruh rakyat untuk menyertai perhimpunan aman
ANTI
KEGANASAN ISRAEL yang akan dianjurkan seperti berikut;
Tarikh: 12 April 2002 (Jumaat)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat
(Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji,
Jln Tun Razak, untuk muslim)
Acara Kemuncak: Penyerahan Memorandum Rakyat
Oleh: YB Dato’ Hj Fadzil Mohd Noor
YB Datin Seri Dr Wan Azizah
Ybhg Dr Syed Husin Ali
Kehadiran rakyat Malaysia membantah tindakan ganas dan zalim Israel
terhadap
rakyat Palestin akan membuka mata dunia bahawa rakyat Malaysia cintakan
keamanan dan kesejahteraan. Kita harus bersatu menyatakan sikap dan
pendirian kita bahawa kita prihatin terhadap penderitaan mereka yang
tidak
berdosa dan dizalimi.
Sekian, terima kasih
“STAND-UP AGAINST TERRORISM”
t.t
DR HATTA RAMLI
Pengerusi
______________________
Terbitan : 10 April 2002
Ke atas
Home