BANTU MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

KINI BERJIHAD MENJADI FARDU AIN

HARI ini saya terbaca dalam Harakah teks khutbah Jumaat Ulama tersahur Sheikh Yusof Qardhawi di Masjid Doha, Qatar sempena sambutan Maal Hijrah. Hati dan jiwa saya tersentuh dengan isi khutbahnya yang menyatakan JIHAD KINI BUKAN LAGI FARDU KIFAYAH MALAH MENJADI FARDU AIN.

Saya jadi hairan mengapa khutbah daripada ulama tersahur dunia dan pernah datang ke Malaysia yang membawa mesej penting kepada seluruh umat Islam di dunia ini tidak mendapat tempat dalam media tempatan yang mana Perdana Menterinya, Datuk Seri Dr. Mahathir telah mengisytiharkan bahawa MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM?

Saya juga terfikir, mungkin kerana dunia yang semakin maju dan canggih manjadikan manusia malah orang Islam sendiri lupa dan lalai kerana masing-masing sibuk mengejar kebendaan dunia bagi membuktikan mereka maju. Dan sebagai manusia kita lupa tanggungjawab kita kepada manusia lain malah sebagai orang Islam kita terlupa tanggungjawab terhadap saudara seagama dengan kita.

Kita lihat disekeliling kita, bagaimana masyarakat tidak kira samada Islam mahupun bukan Islam rosak dalam usaha mengejar kebendaan dunia untuk diiktiraf sebagai maju. Masing-masing akan bergaya dan bermegah dengan pencapaian kebendaan yang dimiliki sehingga lupa terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Malah ada dikalangan kawan yang sudah lupa kawan lamanya yang terus dilanda kesusahan dan kemiskinan.

Malah kita dengan bangga mengatakan kejayaan yang kita kecapi hari ini hasil daripada pahit jerih usaha kita dan sahabat handai, saudara mara dan anggota masyarakat lain yang terus mengalami kesusahan adalah disebabkan diri mereka yang segan beruseha. Sedarkah kita! Siapa yang hendak mengundang kesusahan dan penderitaan dalam hidupnya? Inilah lumrah kehidupan dunia khususnya yang melanda masyarakat dunia hatta Islam kita hari ini.

Sedangkan sanak-saudara dan sahabat handai dan masyarakat banyak yang berada disekeliling kita pun, kita lupa mana mungkin kita akan merasa penderitaan rakyat Afghanistan yang dibom Amerika kita akan rasa, dan tak mungkin juga kekejaman Yahudi terhadap rakyat Palestine dapat mencuit hati dan sanubari kita.

Jadi isi kandungan SHEIKH YUSOF QARDHAWI wajar dan tepat pada masanya untuk mengejutkan masyarakat Islam seluruh dunia akan tanggungjawab untuk berjihad. Menurut SHEIKH YUSOF QARDHAWI bahawa tuntutan berjihat hari ini bukan lagi sebagai fardu kifayah malah sudah menjadi fardu ain.

Katanya, umat Islam diseluruh dunia yang dianggarkan lebih satu billion perlu bersedia berjihad dengan mengorbankan apa saja yang termampu hatta jiwa dan raga demi untuk membela agama Allah yang semakin ditindas dan diperlekehkan oleh golongan Yahudi dan sekutu kuat mereka Amerika dan British.

SHEIKH YUSOF QARDHAWI juga telah mengkritik negara-negara Arab dan dunia Islam lainnya yang meninggalkan konflik Arab -Israel hanya mampu menjadi orang tengah. Ulama ini juga membidas pemimpin yang mengabaikan kepentingan umat Islam sebaliknya memfokuskan kepentingan peribadi. Beliau juga mengutuk tindakan Amerika yang menjadikan umat Islam Amerika sebagai sasaran tidndakan. Pihak berkuasa Amerika telah menyerbu dan merampas buku-buku, peralatan intitusi dan Universiti Islam malah mereka telah menahan lebih 1000 orang Islam termasuk Dr. Taha Jaabir Al'Adawani.

Beliau juga telah mengkritik pendakwah dan Imam yang memfokuskan tindakan-tindakan individu dan kejayaan sesaorang dan mengabaikan keadaan umat Islam lainnya. Ulama ini juga menyelar sikap mereka yang beranggapan perjuangan mempertahankan tanah air sebagai penganas.

Katanya, kini Amerika sedang memaksa dunia khususnya dunia Arab dan negara Isllam lain bagi membenarkan mereka menyerang Iraq yang telah dicap sebagai paksi kepada keganasan. Jika dunia Arab dan umat Islam bersetuju dengan llangkah ini beliau telah menyifatkan mereka sebagai PENGKIANAT.

Jadi setelah mengamati isi kandungan khutbahnya, dimana pendirian kita? Dimana pula pendirian pemimpin negara kita yang dikatakan sebagai negara Islam? Dan apa tindakan kita bagi menjayakan JIHAT YANG DIISTIHARKAN OLEH SHEIKH YUSOF QARDHAWI YANG MEMANG TERSAHUR DISELURUH DUNIA?

Sebagai rakyat kita hanya mampu meminta pemerintah kita memutuskan segala bentuk hubungan dengan Isreal dan sekutunya seperti Amerika dan British sehingga Isreal keluar daripada bumi Palestine dan Palestine berjaya membentuk sebuah negara dan kerajaan sendiri yang berdaulat bebas daripada sebarang gangguan Isreal. Kita juga hanya mampu meminta pemerintah kita membantah rancangan Amerika untuk menyerang Iraq dengan apa jua alas an yang diberikan.

Saya yakin ini hanya akan menjadi igauan kita umpana angan-angan mat jenin kerana tindakan kepimpinan negara, Datuk Seri Dr,. Mahathir sendiri telah menyokong tindakan Amerika menyerang Afghanistan dan yang terbaharu Perdana Menteri tellah menyifatkan tindakan pejuang Palestine yang meletupkan diri sendiri sebagai penganas malah telah disamakan tindakan pejuang Palestine dengan Harimau Tamil Eelam di Sri Lanka.

Dan sebagai rakyat biasa yang sudah tentu tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan dasar negara, maka mulai hari ini, saat ini kita wajib membiokot semua barangan keluaran Isreal, Amerika dan British. Bagi yang mempunyai pengetahuan mengenai barangan keluaran negara-negara ini dalam negara kita tolong senaraikan kerana kita perlu bertindak bagi menyahut seruan ulama besar ini demi menegakkan agama Allah.

Kita perlu ingat setiap ringgit yang dibelanjakan untuk membeli produk ini, mereka akan menggunakan wang itu untuk menyerang kembali orang Islam. Ingat…………………!

JEBAT ALAF BARU : BERJIHATLAH DEMI MENEGAKKAN AGAMA ALLAH DI BUMI ALLAH INI.







______________________
Terbitan : 13 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com