jika saudara tidak suka/ setuju anwar ibrahim di tuduh
GAY dan/atau bisexual, atas alasan "kita tak nampak
kejadian tersebut dgn mata sendiri" / atau "fitnah"
/tiada saksi yg adil, maka apa hak saudara melabelkan
Azalina sebagai LESBIAN? Adakah kerana saudara tidak
suka dengan UMNO baru, maka saudara layak melabelkan
sesiapa tanpa sebarang bukti yang nyata - iaitu
saudara nampak dengan mata saudara sendiri yg azalina
sedang "fucking with another woman / women"?
Kekadang saya berpendapat saudara dan teman
seperjuangan agak celupar juga. Dewasa kini, untuk
menang dlm perjuangan, kita perlukan bukti yg nyata,
bukan air liur atau keyboard komputer sahaja.Tulisan
-tulisan (berita-berita) yg dipaparkan tanpa bukti
sama seperti berita di Utusan Malaysia. Polisi
sekarang tiada bukti - semua berita tak betul.
Ditambah pula dengan tuduhan sensasi seperti "AZALINA
LESBIAN" akan lebih memburukkan keadaan terutama
kepada sebuah web news spt tranung. Diharap saudra
sekelian tidak terlalu celupar. Silap hari bulan,
termakan diri sendiri. Sepatutnya tapis dgn baik
sebelum mensiarkan dlm web.
Sekian, selamat berjuang.
kbdarus@yahoo.com
.....................................................
PENJELASAN :
Saya membaca semula sekali artikal tersebut untuk mendapat gambaran lebih jelas, manalah tahu
mungkin ada kesilapan penyiaran telah dibuat.
[Sila rujuk artikal sdr Reformis Muda GEMPAR !!! Sah AZALINA seorang L******* !!! yang telah diarkan pada 14 April di laman ini]
Pada pandangan saya sdr Reformis Muda tidak membuat tuduhan, tetapi meminta pihak Azalina
menafikan kerana perkara telah
di siarkan oleh akhbar 'PERDANA SARI' sebanyak dua kali dan merupakan Headline akhbar berkenaan.
Sdr Reformis Muda juga ada mengirim salinan 'scanner'
akhbar tersebut, walaupun akhbar berkenaan ada dalam pasaran. [Sila rujuk Gambar Akhbar]
Bagi kami (Tranung Kite), politik UMNO memang kotor, bayangkan dalam keadaan sekarang akhbar BA
sukar mendapat permit dan yang beroperasi hanya akhbar tak berkala tanpa permit. Ada akhbar
yang mendapat permit dengan mudah boleh menyiarkan cerita-cerita memburukkan musuh politik
dengan sewenang-wenangnya sebagai mereka menuduh Sdr Anwar Ibrahim.
Apakah kita tidak sedar bahawa ini adalah permainan politik murahan UMNO.
Kita sebagai penyokong BA ingin penjelasan daripada pihak berkenaan. Walaupun kami tidak sama pendekatan dengan sdr
Reformis Muda tapi penulisan beliau bagi saya sendiri tidaklah lari drp apa yang kami mahukan.
Kita juga ingin memperingatkan kepada Azalina bahawa kemasukkan dia kedalam UMNO sebenarnya
tidak membantu hasrat murni yang pernah dilaungkan, tapi menghidupkan semula kisah silam dia
yang penuh dengan duka tersebut.
Semoga Allah menyelamatkan kita daripada fitnah ini, walahualam.
- Webmaster
______________________
Terbitan : 19 April 2002
Ke atas
Home