Saya ingin mencadangkan agar diadakan satu halaman khas yang menganalisa penerimaan masyarakat terhadap kegiatan "CETAK ROMPAK".
Terus terang saya menyokong 100% kegiatan Cetak Rompak ini kerana:
1) Harga kaset atau CD Original yang dijual terlalu MAHAL. Manalah mampu untuk saya dari golongan sederhana membelinya. Lagipun bagi kami, KUALITI bukanlah utama...
2) Kalau beli mahal-mahalpun bukan hendak dimainkan berulang-ulang kali...
Oleh itu saran saya kepada Kerajaan, turunkanlah harga kaset atau CD Original. Jangan utamakan KEUNTUNGAN sangat... Saya yakin dan pasti ramai diantara kami dari golongan sederhana akan membelinya...
--
Keranamu Malaysia
______________________
Terbitan : 30 April 2002
Ke atas
Home