MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Komen

A'kum semua. Tujuan saya menulis kali ini bukanlah untuk memburukkan sesiapa, termasuk Saudara Jamil sendiri, tetapi biarlah ia menjadi satu nasihat, kalau nak terimalah.. Agak berat pada mulanya bagi saya untuk menghantar penulisan ini, tetapi kerana memikirkan betapa open-mindednya orang-orang dalam BA, jadi saya gagahkan juga menghantar.

Penulisan-penulisan Saudara Jamil yang lepas terlalu banyak berbau perkauman. Ini sangat bertentangan dengan perjuangan parti saudara. Mengapa perlu memburukkan kaum lain jika semua ini secara tradisinya berpunca dari Umno? Betul tak? Tidak dinafikan kaum Cina memang hebat berniaga, kalau tidak tiadalah 'Tamadun China'. Cuma dari perspektif kita orang Islam mungkin tidak bersetuju dengan cara mereka berniaga seperti tidak menghiraukan riba, hendak untung saja, atau taktik 'the end justifies the mean'.

Kepada website ini pula saya rasa tidak sesuai untuk menyiarkan penulisan sebegini. Musuh utama kita sekarang ialah BN, bukan sesuatu kaum. Kalau nak ikutkan kemelayuan sangat, Dolah Bedawi pun boleh kira Melayu. Baik kita sokong Dolah Bedawi daripada kita sokong Tian Chua. Untuk makluman webmaster, saya pernah dengan mata sendiri melihat rakan di dalam DAP melayari website tuan. Jadi dengan adanya penulisan sebegini tentu kecil hati mereka. Bukan maksud saya untuk 'memberi muka', bagi saya kes sekarang lain dengan kes 'beri muka' yang dikatakan oleh Saudara Jamil.

Cuba fikirkan sejenak, sampai bila konfrontasi antara kaum ini akan berakhir jika kaum-kaum lain juga mempunyai pemikiran yang sama seperti saudara Jamil kita? Tidak dinafikan sesetengah orang Cina memang dah berlebih seperti yang saudara tuliskan sendiri, tapi bagi saya website seperti ini bukanlah platform yang terbaik untuk meluahkan isi hati saudara itu. Adalah lebih baik jika saudara menulis terus ke rakan kita yang dalam DAP untuk membantu (tu pun dalam sesetengah isu, seperti isu jual babi salai di tepi jalan). Masalahnya sekarang penulisan saudara lebih berbentuk provokasi walaupun pada masa yang sama menghentam Umno. Mengapa menyalahkan harimau menggigit jika kawan kita sendiri yang membuka pintunya?

Saya rasa sekarang tiada jalan lain lagi untuk mengatasi masalah- masalah yang diketengahkan oleh saudara Jamil kecuali dengan memangkah BA pada pilihanraya akan datang. Itulah satu-satunya harapan kita. Cuba kita bayangkan suatu hari nanti jika orang macam Tian Chua, Gobalakrishnan atau individu lain yang agak condong kearah perpaduan antara kaum, tentu ada jalan penyelesaiannya. Bukankah perkara seperti peradaban antara kaum juga merupakan antara agenda yang diutamakan oleh tokoh pujaan saudara Jamil kita? Saudara Jamil, saya tidak berniat untuk memusuhi saudara, malah saya sendiri meminati cara penulisan saudara yang agak straight forward. Saya tidak kisah dengan soal 'moral' penulisan saudara, mencarutlah apa pun, as long as kena pada tempatnya.

Something has to be moved otherwise the next generation will experience the same, endless racial tension.

teringat suatu ketika dahulu kes mahathir tuduh Nik Aziz kata Tuhan mencarut. Hoho. Sekarang Barua pulak. Memang depa barua pun.

Pada penulisan saya sebelum ini 'Formula-1', ada saya sisipkan juga satu lagi penulisan bertajuk 'Pasukan Bolasepak Hijau Kuning', tetapi mungkin kerana terlalu sibuk, pihak webmaster telah lupa untuk menyatakan bahawa penulisan tersebut bukanlah hasil saya, tetapi hanya saya ambil dari satu website yang pro-Umno. Harap maklum.

Kampung Kid







______________________
Terbitan : 29 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com