MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Siapa Sebenarnya Pengkhianat Umno Selangor; Khir ataupun Tiga Exco Kanannya?

Oleh PAK TEH

1. Isu pergeseran MB Selangor dengan tiga Exco kanannya, Dr Zainal Abidin Ahmad, Shariff Jajang dan Mokhtar Dahalan kembali ditimbulkan oleh salah satu laman yang menjilat Khir Toyo, oleh penulis penjilat, Pukat Tunda.

2. Memang bagi Khir Toyo, dia mahu membuang semua Exco-exco yang disyakki sebagai dalang memberi maklumat kepada Ahmad Lutfi, yang membocorkan rahsia penyelewengan, salahguna kuasa dan segala amalan rasuahnya yang menjijikkan itu.

3. Khir tahu, tanpa maklumat daripada orang dalam sendiri, yang hadir dalam mesyuarat Exco, Lutfi tidak akan dapat maklumat yang begitu terperinci, walaupun banyak pihak berpandangan maklumat rasuah Khir itu sebenarnya boleh diperolehi daripada kerani pejabat tanah, pegawai PKNS, jurutera kanan JKR Selangor. Sebab itu, melalui Setpolnya, Karim Mansor, ditawarkan habuan yang lumayan untuk seorang bekas kakitangan Penerbitan Pemuda, syarikat milik Ahmad Lutfi, supaya didedahkan siapakah Exco yang memberi maklumat kepada Lutfi. Peliknya, Karim langsung tidak berminat bila diberitahu bahawa yang banyak membocorkan rahsia rasuah dan salahguna kuasa MB Selangor ialah pegawai-pegawai kerajaan negeri sendiri, termasuk pegawai kanan di SUK Selangor.

4. Soalnya, bukan Khir tak mahu memecat tiga orang lama ini. Khir telahpun berjumpa sebanyak tiga kali dengan Pak Lag, TPM, mencadangkan supaya dirombak keanggotaan Exconya. bagaimanapun Pak Lah tidak senaif itu untuk menerima cadangan orang yang kelemasan seperti Khir. Isunya sekarang adalah Khir Toyo bukan exco-exconya. Khir yang dituduh, mengapa pula Exconya patut meletakkan jawatan ataupun disingkirkan. Khir berani mencadangkan kepada Pak kerana dia tahu Mahathir dan Sultan Selangor mesti akan mempertahankannya, khususnya selepas beliau dilantik Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

5. Setakat ini belum ada bukti konkrit menunjukkan anggota Exco itu yang membocorkan kebusukan amalan MB tetapi tindakan agresif sudah diambil. Bukan saja segala kertas penting mesyuarat Exco yang diadakan pada setiap Rabu tidak diberikan sehari lebih awal, seperti kelazimannya, tetapi segala kertas termasuk minit mesyuarat akan dikutip semula selepas meeting selesai. Benar, bermula daripada November 2001 hingga kini, Exco Selangor masuk meeting berlenggang, keluar meeting pun berlenggang. Bukan itu saja, segala kertas dan minit mesyuarat yang disimpan oleh setiap anggota Exco, sejak Khir menjadi MB pada pertengahan Ogos 2000, yang selama ini disimpan oleh Exco berkenaan, telahpun dikutip dan disimpan oleh MB. Tapi, yang peliknya, semua Exco Selangor yang dijadikan lembu dicucuk hidung itu tidak seorang pun yang membantah. Semuanya tunduk akur kepada seorang budak muda yang kemaruk kuasa.

6. Apa yang dilakukan Khir ini adalah amalan yang menunjukkan kebimbangannya terhadap bayang-bayang sendiri. Khir takut segala senarai nama pemohon dan syarikat yang mendapat durian runtuh daripada mesyuarat Exco yang dipengerusikannya akan dapat kepada Lutfi, dan dari situ segala-galanya akan terbongkar. Beliau rasa apa yang dibuatnya itu dapat menudung kebusukan amalan rasuannya, tetapi masakan sehelai lalang dapat menudung bangkai gajah yang mati berbulan lamanya. Baunya akan terhidu juga. Tapi Khir yang sudah hilang nilai moral dan akauntabiliti sebagai pemimpin yang telus tidak hiraukannya.

7. Sebenarnya tidak banyak pilihan yang ada di tangan Khir. Beliau yakin benar penggal perkhidmatannya pasti tidak disambung selepas pilihan raya akan datang. Sebab itu, Khir dan pembantu kanannya sibuk sekali mencari peluang baru bagaimana untuk mengaut segala khazanah kekayaan negeri secepat mungkin. Dan kita difahamkan simpanan tunai kerajaan negeri Selangor merosot dengan begitu teruk sekali akibat perbelanjaan yang tidak munasabah, seperti sengaja meningkatkan kos projek berkali ganda.

8. Kesimpulannya, Khir tetap mengintai peluang untuk menukar keanggotaan Exconya, tetapi selepas penjilatnya membuat tuduhan rambang, rombakan itu hanya akan mengheret Umno Selangor ke lembah kebinasaan yang tertunda selama ini. Memang tiga Exco kanan itu patut tidak dilanjutkan lagi selepas pilihan raya akan datang, tetapi membuang mereka dalam keadaan tuduhan dibuat, ia hanya akan mengesahkan bahawa mereka sebenarnya pengkhianat kepada parti, walhal orang yang sebenarnya pengkhianat kepada Umno Selangor adalah Khir Toyo sendiri.







______________________
Terbitan : 29 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com