Oleh PEMERHATI LUARAN
Budak-budak penjilat Toyo dan pencacai Umno yang berkubang di laman fitnah KMU teruk kena maki hamun oleh kroni MB Selangor yang kini kelemasan dengan tuduhan mega rasuah itu.
Nak tahu apa sebabnya?
Mudah saja, tapi itulah realiti pahit yang terpaksa ditempuh budak-budak penjilat Toyo spt Jebon, Kuntakinte dan Tepak Bersulam. Tiga pencacai ini sudah tersilap langkah.
Bermotifkan rasa dengki dan dendam dengan Harakahdaily yang membuat poll mengenai bakal pengganti Mahathir (yang diulas tak henti-henti selama tiga minggu berturut-turut) dan juga poll mengenai MB/ Ketua Menteri BN yang anda hormati, KMU pun nak tunjuk terer juga.
KMU buat poll siapa MB yang makan gaji buta. Maka disenaraikannya nama MB umno dan dua MB PAS. Maka tentulah semua orang arif bahawa MB PAS akan diundi di tempat teratas, tetapi itu semua pengunjung KMU tak kisah kerana sebagai sifatnya sebuah laman Umno yang ditubuhkan untuk memfitnah pembangkang, maka tentulah yang buruk adalah ditujukan kepada pembangkang.
Orang mahu lihat siapakah di antara Menteri-menteri Besar Umno yang turut disenaraikan itu mendapat undi tertinggi sebagai MB terhebat makan gaji buta. Tup-tup, nama Khir Toyo, orang yang selama ini memberikan dana yang banyak kepada KMU dan Selangordaily untuk membersihkan namanya daripada pelbagai tuduhan rasuah diundi sebagai MB Umno yang paling tak guna makan gaji buta.
Maka riuh sekampung pencacai dan penjilat Toyo mendakwa pengunjung PAS sengaja mengundi Khir Toyo sebagai MB makan gaji buta. Pelik ya, kenapa sibuk pula, kerana itu adalah pendapat pengunjung KMU yang tentunya kebanyakan mereka adalah ahli-ahli Umno.
Tapi apa yang sebenarnya berlaku lebih teruk dari itu. Kroni Toyo yang sudah habis beratus ribu kepada penjilat-penjilat MB Selangor ini tentu tak puas hati dengan result itu. Maka dihamburlah segala makian dan kata-kata kesat sehingga membuatkan budak-budak pencacai KMU terpaksa ubah fakta dan angka pengunjung poll. Tup-tup dari seribu lebih meningkat kepada lebih enam ribu, pada hari minggu pula tu. Maka tertinggal jauhlah Khir Toyo daripada Nik Aziz dan Hadi Awang. Tapi budak-budak penjilat ini lupa, di kalangan MB Umno, tokoh yang diundi sebagai MB Umno makan gaji buta terhebat masih Khir Toyo.
Maka nampak sangatlah kebodohan penjilat Toyo ini. Nak buat macam mana, takkan nak diubah lagi keputusan poll itu. Nanti apa pula kata MB2 Umno yang lain. Masakan laman KMU hanya untuk pertahankan Toyo yang rasuah di sana sini itu. Bayangkan, MB Umno lain pun bagi geran tanah kepada rakyatnya juga tapi taklah sampai beli iklan Utusan Malaysia dua muka penuh, yang nilainya lebih RM62,000 dan duit iklan itu adalah duit kerajaan negeri. Tapi bila terdedah dalam aduan Ahmad Lutfi kepada BPR bahawa ada budak-budak 20 tahun sudah dapat 50 ekat seorang, dan seorang kroni taukeh Puncak Niaga, Rozali Ismail dapat tanah 400 ekar di Bukit Cherakah, maka sibuklah Khir mencari siapa dalang dalam Econya yang membocorkan rahsianya itu.
Perangai buruk Khir tak boleh ditutup lagi. yang terdekat bagaimana Khir mempengerusikan mesyuarat Exco menawarkan untuk dirinya sendiri kereta rasmi Merc S320 yang harga pasaran lebih kurang RM300,000 hanya dengan harga RM35,000 tanpa merujuk kepada penilai harga di JKR dan Perbendaharaan. Dan banyaklah lagi cerita tentang kebusukan rasuahnya itu yang tersebar luas hingga ke seluruh negara.
Benda-benda busuk itu tentulah tak akan dapat ditutup oleh mainan silap mata pencacai dan penjilatnya di KMU dan laman Selangordaily.
______________________
Terbitan : 30 April 2002
Ke atas
Home