MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

WALHASIL BALIK ASAL

Akhirnya Mahathir memutuskan untuk menjalankan hukum sebatan di khalayak ramai ke atas pesalah-pesalah sumbang mahram. Sebatan di depan umum adalah satu kaedah Islam untuk mengurangkan kalau pun tidak dapat menghapuskan peratusan jenayah dalam masyarakat Islam. Tetapi seringkali manusia tetap mencari penyelesaian cara lain selain dari yang Islam ajarkan kepada manusia. Ini adalah di antara kedegilan manusia sejak dulu lagi.

Qabil dan Habil bergaduh dan berbunuhan menyanggah hukum Allah kerana didorong hawa nafsu inginkan kecantikan. Akhirnya berlaku malapetaka yang menimpa mereka.Banyak kisah-kisah lain yang dicatat dalam tinta emas sejarah Islam,bahawa apabila manusia itu membelakangkan hukum Tuhannya,maka lambat laun mereka akan ditimpa bala bencana.

Begitulah hal yang sama berlaku di negara kita ini, khususnya dalam kes sumbang mahram ini.Mengapa sekarang baru Mahathir melihat hukum sebatan di depan ramai itu? Mungkin ia melihat bahawa hukuman yang ada samada dalam enakmen undang-undang syarak,kanun prosedur jenayah dan kanun kesiksaan sudah tidak lagi mampu untuk membendung gejala sosial yang melanda masyarakat Melayu kini.

Kalaulah Barisan Nasional benar-benar Ikhlas untuk memperbaiki mutu masyarakat Malaysia,khususnya masyarakat Islam, kenapa tidak terus saja melaksanakan kanun-kanun yang terdapat dalam Islam yang sememangnya diakui bukan sahaja ianya dapat membendung jenayah di kalangan manusia, tetapi hukuman yang terdapat dalam perundangan Islam itu sendiri adalah bersifat melemahkan/mengalahkan hukum-hukum-hukum yang lain yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Ia juga melemahkan manusia untuk melakukan kesalahan jenayah atau moral jika perundangan Islam itu di"kanunkan" sebagai perundangan negara.Inilah i'jazulQuran,atau mukjizat AlQuran dan hukum-hukum yang terdapat di dalamnya.

Sayangnya manusia hanya kembali ke pangkal jalan apabila sudah tidak ada jalan lagi termasuklah dalam menghadapi persoalan mati.Kita pun dapat menduga apa yang Mahathir ingin laksanakan itu bukanlah ikhlas atau memilih jalan Islam, tetapi ia melaksanakannya apabila jalan lain kelihatan hampir tertutup baginya.

Wallahu a'lam.

AlKundangi,
23.4.2002.







______________________
Terbitan : 25 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com