MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

KASIHAN AZLINA/TEORI DSAI

ASSALAMUALIKUMWM WBT SALAM SEJAHTERA;

Kasihan Azlina, teori DSAI memakan diri dengan penulis dan penerbit yang sama si Khalid Jefri. Siapa agaknya di balik bayang bayang Khalid yang melambakkan duit kepada Khlaid untuk mebenam dan mengkambing hitamkan Azlina? Tidak ada peliknya bila Azlina tidak mahu menyaman Khalid kerana suis penggerak berada di tangan Dr Mahathir Mohamed dan itu yang Azlina nak buat, jumpa PM! Siapa yang berselindung di sebalik PM? Semua orang tahu dan boleh buat andaian walaupun dia pakai tudung gajah sekali pun.

Begitulah budaya dalam UMNO bila hendak menjatohkan kawan kawan sendiri. Aapabila gula sudah habis semua semut semut mesti lari kuat kuat. Yang dah gemuk kenyang duduk diam diam, tunggu dan lihat nak ngap yang lain pula!. Yang jadi dibodohkan ialah rakyat yang tidak mahu berobah diri dan tidak mahu di sedarkan walaupun ianya menjadi korban tuannya sendiri. Sampai undang undang yang zalim pun mereka sudah tidak dapat membezakannya. Terutama Pak Lah dan Polis Polisnya sudah terlalu over acting dalam menghukum rakyat yang tidak terbela nasib mereka bila telah di ISA kan. Adakah Chomel dan suaminya akan di serahkan kepada USA, secara diam atau secara terang benderang?

Cakap tentang Islam dan hendak di adakan sebatan di kelayak ramai adakah bagi kes kes rogol saja dalam Kanun Keseksaan? Bagaimana dengan kes jenyah syariah? Selagi tidak ada pindaan undang undang secara resmi, janagn mimpi ianya hendak di laksanakan. Kita tahu jalan raya utama telah di tar semula, sampai jalan kat Kelab Cinta Sayang semuanya telah di tar semula. Untuk apa kalau cakap cakap itu untuk penyedap dan untuk memancing undi bagi pilihanraya ini kelak! Tugas UMNO supaya semua orang kampong pangkah KATI, sebab tuu mereka tidak ganas bercakap tentang agama, sampai Astora Jabat pun dah pandai nak berlapik bila sembang tentang agama.

Kita tunggu dan lihat. Potong semua keratan akhbar yang mereka hari ini bercakap tentang sebatan awam dan adakah ianya hanya akan di pinda bagi Kanun Kesekasaan sahaja atau melibatkan undang undang jenayah syariah UMNO! ( Bukan undang undang Allah!)

Bagi kes Azlina sama sama kita nantikan kesudahan ending cerita hindustan ini. Semoga Allah menjauhklan kita dari fitnah terhadap Azlina ini kerana kita sendri tidak mengetahuinya. Waallahhualam.

WASSALAM

laduniseven







______________________
Terbitan : 25 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com