ASSALAMUALAIKUMWM WBT
SALAM SEJAHTERA;
Kita terlalu di hebohkan dengan kes Azlina dan sumbang
mahram yang sekali gus menegelamkan kes Khir Toyo dan
Lufti. Juga akhbar hari ini yang memetik Dr Mahathir
Mohamed terhadap penyalah gunaan Islam bagi individu
dan bagi tujuan politik.
Sebenarnya kita mesti meneliti isu isu ini satu
persatu. Adakah di wujudkan untuk mengalihkan
pandangan daripada isu isu lain, supaya kita lupa
sebentar atau akan lupa terus isu tersebut seperti kes
Tabong Haji dan Perwaja dan kes ISA! Apa tujuan
sebenar ianya di lagakan di media massa. Adakah untuk
kepentingan rakyat atau untuk melalaikan kita daripada
setiap masa bersedia untuk menghadapi pilihan raya
yang tidak jauh lagi.
Juga terus menghentam PAS yang memerintah Kelantan dan
Trengganu bagi menanamkan rasa kebencian rakyat
terhadap pemerintahan PAS yang berdasarkan kepada
undang Islam mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah.
Kita tidak perlu terpedaya dengan hela UMNO ini yang
mengembur gemburkan hukuman di kelayak dalam sumbang
mahram kerana hukuman ini kata UMNO kena minta
pandangan rakyat dahulu. Malah yang hendak di pinda
ialah undang undang sekular bagi Kanun Keseksaan. Jadi
bila di laksanakan sebatan di kelayak ramai, kata UMNO
"tengok kami dah sebat macam dalam yang di suruh oleh
Islam!" Kita mesti sedar yang di pinda itu adalah
undang undang yang sedia ada, yang di buat oleh
manusia dan bukannya undang undang yang telah di
tentukan oleh Allah SWT kepada manusia untuk di
patuhi! Hak wajib tetap ti tinggalkan oleh UMNO! Mana
berani UMNO nak laksanakan hak Allah! Malah ulama UMNO
macam mulut terkunci, kenapa tidak di katakan dan
tidak di canang; sepatutnya sebat di khalay ramai
mestilah mengikuti hukum Al-Quraan, kenapa mereka UMNO
UMNO niii tak berani kata? Kemudian tuduh PAS salah
guna Islam. Haji Dasuki kata PAS itu Islam dan Islam
itu PAS! BUkan orang PAS yang kata! Yang kata ialah
orang orang dan ulama' UMNO yang di cucuk hidong macam
Hj Dasuki yang sampai tidak tahu beza hak Islam, hak
Allah dan hak manusia! Mengaji apa tinggi tinggi
tentang Islam tapi masih jahil dan angkoh tentang
Islam!
Kita jangan lupa terdekat sungguh pilihanraya akan
mengetuk sampai. Isu isu di kreatkan adalah untuk kita
jadi cempara sesama sendiri. Parti Keadilan sendiri
telah di katakan sedang ranap di landa krisis untuk
tutup kedai. Mengapa kita tidak menyerang balas isu
isu yang di wujudkan sampai ke lubang cacing! Apa
sudah jadi dengan dewan Mellinium dan market besar di
Kepala Batas. Cuma jadi gajah putih. Selenggara letrik
saja kat dewan Mellinium itu sehari RM2800.00, kenapa
orang UNO tak hebo? Malah berebut rebut habuan nak
dapatkan projek dari Pak Lah!
Yang demikian kita hendaklah sentiasa bersedia setiap
masa dan jangan lupa tanggong jawab kita demi bangsa
dan tanah air dan agama kita.
wassalam
laduniseven
______________________
Terbitan : 29 April 2002
Ke atas
Home