MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Sumbang Mahram: Pemimpin Umno tidak yakin hukum Allah

Media arus perdana terus menyiarkan pendapat dan pandangan sebahagian warga Islam yang prihatin terhadap hukuman yang perlu dilaksanakan terhadap pelaku sumbang mahram yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Sebelum itu Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, ada menyatakan rasa sedih dan malu dengan sikap ayah atau datuk yang sanggup memperkosa darah dagingnya sendiri. beliau merasa setuju dan mahukan pesalah laku sumbang mahram disebat dikhalayak ramai.

Reaksi dari pelbagai pihak termasuk dari Ulama’ Umno nampaknya hangat tetapi cadangan yang dikemukakan masih lagi dibayangi fobia tidak yakin dengan hukum Allah s.w.t mengenai pesalah zina yang sudah termaktub di dalam al-Quran. Apa yang orang ramai khususnya umat Islam nyatakan tentang hukuman sebat di khalayak ramai adalah “selaras dengan kehendak Islam”.

Persoalan yang timbul, apakah hukuman sebat yang di kenakan terhadap salahlaku sumbang mahram yang sudah berkahwin itu selaras dengan kehendak Islam? Sedangkan

Islam menghukum mereka dengan rejam sampai mati. Hukuman rotan hanya dikenakan kepada pelaku zina yang belum berkahwin, itu pun bilangannya mesti menurut perundangan syariah bukan diubah menjadi enam atau lapan kali rotan atau 12 tahun penjara.

Mengapa kerajaan di bawah pimpinan, Dr Mahathir Mohamad mahu minta persetujuan dahulu daripada masyarakat sedangkan mandat rakyat telah diberikan setiap lima tahun sekali, pisau sudah ada ditangan kanan manakala timun sudah di tangan kiri, apa yang mahu ditungu lagi? Berapa ramai lagikah agaknya mangsa sumbang mahram akan menerima nasib yang malang? Hilang maruah dan harga diri akibat nafsu rakus saudara atau orang yang tidak berakal waras merogol dan memperkosa mereka!. Untuk melaksanakan hukuman terhadap pelaku zina mengapa perlu bertanya kepada orang ramai?, apakah jika orange ramai tidak bersetuju termasuk Karpal Singh yang mengecam hukuman sebat di khalayak ramai macam “Taliban” maka kerajaan akan segera mengubah agenda dan tidak jadi melaksanakan undang-undang menurut syariat Islam.

Apabila rakyat menunjuk reaksi yang positif terhadap pesalah sumbang mahram agar disebat di khalayak ramai kini kelihatannya seolah-olah pemimpin Umno sendiri tidak yakin dengan hukum Allah apabila asakan demi asakan dari orang ramai supaya laksanakan hukuman sumbang mahram menurut hukum hudud kini menjadi igauan ngeri pemimpin Umno khususnya Dr Mahathir yang telah menghalang dan menolak Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, bagi melaksanakan hukum hudud di negeri Kelantan.

Mahdi Moin







______________________
Terbitan : 29 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com