Isu yang dibangkitkan oleh RTM1 dalam berita jam 12:30 tgh, hari ini 6 April 2002 ialah mengenai replika Penyu Bulatan Ladang yang telah dibuang manakala Udang/Sotong Bandar Marang masih dikekalkan oleh kerajaan pimpinan PAS Terengganu.
Bagi majoriti rakyat Terengganu perkara ini adalah amat mudah difahami kerana budaya ilmu mengenai Islam terutamanya perkara-perkara halal/haram dan pahala/dosa amat mudah diperolehi hasil dari ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah ugama yang diadakan di masjid-masjid dan surau-surau yang digalakkan oleh kerajaan pimpinan PAS.
Tidak seperti orang-orang UMNO ( Baru(a) ), akibat daripada pemimpinnya sendiri menyekat ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah ugama, maka menuntut ilmu mengenai Islam tidak dipentingkan oleh pengikut-pengikutnya dan jadilah mereka ini jahil dan akibatnya keluarlah kenyataan daripada RTM dan orang-orang-orang UMNO ( Baru(a) ) yang mengatakan kerajaan pimpinan PAS tidak merobohkan replika sotong/udang di bandar Marang kerana ianya berjanggut.
MAKA TERSERLAH KEJAHILAN DAN KEBODOHAN ORANG-ORANG UMNO ( Baru(a) )!!!!!!!
Kebodohan UMNO ( Baru(a) ) khasnya yang di Terengganu tidak dapat dipertikaikan kerana ianya telah mendapat pengiktirafan daripada YAB Perdana Menteri sendiri!
______________________
Terbitan : 7 April 2002
Ke atas
Home