MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Sajak Pukul Lima

Sila Lawat :
Suara Anum

Sajak Pukul Lima
Nik Nazmi Nik Ahmad

Mereka pahlawan-pahlawan rakyat,
Darah kebebasan mengalir deras,
Dikorbankan demi nusa bangsa.

Ketakutan pemerintah zalim tampak jelas,
Apabila mereka ditangkap,
Ditahan,
Tanpa bicara,
Seluruh negara,
Seluruh dunia,
Bertempik
"Ini zalim namanya!"

Tetapi diktator bergelar doktor,
Tidak hiraukan tempik lolongan rakyat,
Tidak hiraukan tangisan anak-anak,
Tidak hiraukan kerinduan syahdu isteri,
Mereka yang bergelar
Pahlawan rakyat

Kini hampir genap setahun,
Dua belas purnama sudah beredar,
Pahlawan-pahlawan rakyat,
Terus ditahan tanpa bicara
Masih gah,
Masih berani,
Tidak mengalah,
Walau sejengkalpun sekali.

Tika pemerintah pimpinan doktor menyangkakan,
Mereka sudah patah semangat,
Rakyat sudah melupakan,
Gerakan mogok lapar dimulakan.

"Ah tak mungkin mereka bertahan,"
Rejim korup itu sangkakan.
Perut mereka mungkin kosong,
Tetapi kekosongan itu menjangkau tembok tahanan,
Hingga ke sini,
Di Taman Melewar,
Rakyat turut mengosongkan perut mereka,
Kekosongan penuh makna,
Buat keadilan,
Demokrasi
Dan persaudaraan,
Tanda sokongan,
Tanda solidariti tak berbelah bagi.

"Jangan,
Jangan buat begini,"
Getus pembesar-pembesar doktor.
"Mengapa?"
Rakyat bangkit menyoal,
"Kerana kalian ketakutan?
Conscience menggamit fikirian?
Kebuncitan perut menagih harta rakyat menghalang?

Rakyat takkan mengalah,
Rakyat akan terus gah,
Hingga pahlawan rakyat,
Dapat menyanyi lagu merdu kebebasan!"

Petaling Jaya
5.00 petang,
11 April 2002

Puisi ini dibacakan pada hari sama ia ditulis di Markaz Tarbiyyah PAS Tama Melewar oleh Nurul Izzah Anwar sempena kempen mogok lapar oleh Gerakan Mansuhkan ISA.

----------------------------------------------------------------------
NIK NAZMI NIK AHMAD sebenarnya lebih cenderung kepada penulisan fiksyen dan bukan fiksyen dalam bentuk prosa, bukan pemuisi. Laman webnya ialah http://n3a.9599.org







______________________
Terbitan : 20 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com