BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Ahmad Lutfi, Khir Toyo Dan Support System

Oleh Abu Syabab At-tabani

Gempur Khir Toyo....mengamati senario kegelojohan Khir Toyo dalam mengaut hasil mahsul dan mengumpul kekayaan seakan Qarun yang begitu tamak. Dia nampaknya seakan selesa. Keselesaan beliau dan kengkuhan beliau kerana tidak ramai sebenarnya yang hendak "mengetuk kepala beliau."

Maaf...sebenarnya Ahmad Lutfi Othman agak keseorangan. Maka menjeritlah beliau ke serata tempat."Support System" seakan tidak ada. Bukan niat untuk meletakkan Lutfi sebagai juara. Pada pengamatan saya "now is the right time"....Pemuda dan seluruh jentera parti pembangkang wajar sekali ditumpukan ke Negeri Selangor. Memberi penerangan dalam apa jua bentuk bagi menyedarkan rakyat Negeri Selangor. Laporan polis besar besaran, laporan kelembapan BPR, ceramah isu rasuah Khir Toyo. Tak dapat permit, buat juga. Biar FRU datang... rakyat akan buka mata. Jadi tak jadi, tak apa. Poster ceramah banyakkan. Biar rakyat tahu. Adakan demonstrasi.....ya demontrasi,...kita mahu polis menangkap kita. Untuk apa? Supaya rakyat celik mata. Gemparkan isu ini segempar-gemparnya. Apa yang kita lihat...serangan lebih tertumpu di dewan undangan negeri, itupun cuma 15 minit. Apa yang boleh diharap dengan 15 minit.

Agak terharu juga, bila membaca surat Ahmad Lutfi kepada Rais Yatim...antara katanya,..... akhbar MEMO tidak dapat dikeluarkan kerana kerugian semasa rampasan MEMO..yang lepas.

Saya faham, beliau bukan meminta simpati. Cuma saya yang membaca, merasa empathy. Apakah teman-teman tidak terasa untuk membantu? Sedangkan sejarah sumbangan beliau dalam menjatuhkan Abu Hassan telah terbukti. Tidak mustahil dengan terbit MEMO terbaru, kemungkinan besar dapat menghasilkan kesedaran rakyat dengan lebih bertenaga.

Wallah hua'lam bagi saya, Tabung TKH Harakah lebih aula dihulurkan kepada Lutfi sekarang. Hakikat bantuan kita sebenarnya bukan kepada Lutfi, tetapi kepada rakyat seluruhnya. Kalau bukan tabung TKH pun, mungkin sudah sampai masanya dermawan memikirkan bagaimana untuk membantu menerbitkan MEMO. Kemiskinan rakyat Selangor akan datang, adalah kerana perompak seperti Khir Toyo ini.

Dalam pengajian ilmu Qawaid Fiqhiah ada menyebut..."Al wiqayah khairul minal ilaj" (mencegah lebih baik dari mengubat ). Jika kita derma kepada seorang miskin, kita hanya dapat meringankan seorang yang miskin tetapi kalau kita menghulurkan bantuan kepada seorang yang berkualiti. Insyaallah dia akan dapat menyelamatkan jutaan manusia yang lain. Dengan apa? Dengan pendedahan skandal dari seorang perompak besar seperti Khir Toyo.

Saya mohon maaf kepada Ahmad Lutfi kerana mengutarakan perkara ini. Ini adalah pandangan peribadi saya. Seorang yang berjiwa kental dan terdidik dengan pengorbanan seperti Lutfi tidak sekali-kali meminta bantuan. Kerana beliau bagi saya adalah pahlawan yang tidak sekali-kali akan menagih simpati walau dari siapa pun.

Kepada teman-teman ....beramallah nescaya amal kita akan dilihat oleh Allah, Rasul dan orang-orang beriman.







______________________
Terbitan : 10 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com