BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Dr Mahathir istihar orang Palestine sebagai pengganas di sidang OIC di KL

Assalamualaikum wm wbt,

Bahawa Dr Mahathir dan kerajaan UMNO-BN adalah boneka Amerika Syarikat dan Yahudi telah terbukti dengan jelas di sidang tiga hari Menteri Luar OIC mengenai keganasan yang telah bermula di Kuala Lumpur pada hari ini, 1 April 2002. Dalam ucapan beliau merasmikan sidang OIC itu, Dr Mahathir telah mengistiharkan rakyat Palestine sebagai pengganas.

Pada minggu lepas Presiden Bush telah mengistiharkan rakyat Palestine sebagai pengganas. Maka tidak hairan bila Dr Mahathir sebagai anjing belaan Bush telah turut mengistiharkan rakyat Palestine sebagai pengganas.

Pengistiharan Dr Mahathir itu telah dibantah keras oleh Menteri Luar Qatar, Sheikh Hamad Jassim yang telah memberitahu akhbar AFP bahawa beliau tidak setuju dengan Dr Mahathir. Menteri Luar Qatar itu menegaskan, “Tidak. Mereka bukan pengganas. Israel yang sebenarnya pengganas dan bukannya rakyat Palestine kerana mereka (rakyat Palestine) berjuang untuk tanah mereka”

Tujuan kerajaan Malaysia dalam mengistihar rakyat Palestine sebagai pengganas mudah dibaca. Ianya adalah langkah “pre-emptive” untuk memintas diperingkat awal ini lagi cadangan dari mana-mana pihak untuk membantu rakyat Palestine yang sedang diserang dan dibunuh oleh tentera Israel. Dr Mahathir dan kerajaan beliau ingin memastikan supaya sidang OIC tersebut tidak mengeluarkan resolusi yang mengesa agar negara-negara OIC menghantar tentera untuk mempertahankan rakyat Palestine.

Kita sudah melihat pada minggu lepas bagaimana Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab telah mencari jalan keluar dari membantu rakyat Palestine. Sidang kemuncak Arab tersebut mengambil keputusan tidak akan campurtangan di Palestine atas helah ingin memberi peluang kepada cadangan damai yang diketarakan oleh Arab Saudi untuk dicapai.

Atas alasan ingin memberi peluang kepada proses perdamaian yang dicadangkan oleh Arab Saudi itu, maka negara-negara Arab kini hanya memeluk tubuh dan membiarkan Israel mengganas di Palestine dengan sewenang-wenangnya. Jelas bahawa cadangan damai Arab Saudi sebenarnya punyai motif jahat yang terselindung, iaitu untuk memintas mana-mana pihak dikalangan negara Arab yang ingin mencadangkan bantuan ketenteraan kepada Palestine.

Sudah kelihatan jelas kerajaan Malaysia juga mempunyai ajenda jahat yang terselindung dalam menganjur sidang Menteri Luar OIC mengenai keganasan. Atas helah untuk menemui definasi ‘keganasan’ yang tidak disinonimkan dengan Islam, kerajaan Malaysia sebenarnya ingin memulakan proses untuk mendapat kata sepakat OIC untuk mengistiharkan rakyat Palestine dan lain-lain gerakan dan kumpulan pembebasan Islam sebagai ‘pengganas’.

Ajenda jahat Mahathir senang dibaca. Sekiranya OIC bersetuju mengistihar gerakan Islam, parti Islam dan kumpulan-kumpulan pembebasan Islam sebagai pengganas, maka negara kufar seperti India, Filipina dan Russia boleh menggunakan resolusi OIC itu dalam memerangi dan menghapuskan gerakan-gerakan Islam serta kumpulan-kumpulan pembebasan Islam di negara masing-masing.

Sekiranya OIC sendiri yang mengizinkannya, maka tidak akan nampak sangat bahawa umat Islam sedang diperangi dan dibunuh oleh negara-negara kufar. Dengan demikian juga tidak akan kelihatan sangat bahawa kesemuanya ini – iatu serangan yang telah dilakukan oleh Amerika Syarikat ke atas orang Islam di Afghanistan dan Mindanao serta serangan yang dirancangkan terhadap Iraq, Iran, Libya, Sudan dan lain-lain negara Islam - adalah detik detik permulaan Perang Salib millenium ini. Begitulah ajenda jahat terahadap Islam yang terselindung yang ingin dicapai oleh Dr Mahathir dan kerajaan UMNO-BN dari sidang OIC yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur mulai hari ini 1 April 2002.

Semoga Allah SWT melindungi umat Islam diseluruh dunia ini dari dijadikan April Fools oleh Dr Mahathir dan kerajaan UMNO-BN.

Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!

Tarabulsi
1 April 2002.






______________________
Terbitan : 3 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com