MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Siapa Tepak nak tuduh Erma lesbian

Oleh : Ahli Umno Selayang

Tepat sekali jangkaan saya, apabila Tepak Bersulam terpaksa tutup ruangan komen dalam Selangordaily apabila banyak respons yang mengkritik tindakan Tepak yang bukan saja mempertahankan habis-habisan Azalina Othman, ketua Puteri Umno yang dituduh mempunyai hubungan seks songsang dengan isteri seorang kenamaan, tetapi dalam masa sama menuduh orang lain, khususnya Erma Fatima (bekas Exco Puteri Umno) dan Mastina (bekas Ketua Penerangan Puteri Umno), adalah lesbian.

Tepak tentu takut segala kerja busuknya, dulu membela Khir Toyo yang rasuah itu, dan kini Azalina, akan diketahui oleh pembaca melalui ruangan dalam laman kelolaannya sendiri.

Orang sudah tahu betapa Tepak melakukan kerja-kerja yang tidak bermaruah itu hanya untuk mendapat projek, tanah dan wang, satu perkara yang lumrah dilakukan oleh balaci-balaci Pemuda Umno sekarang ini.

Tetapi melalui ruangan komen yang boleh dimanfaatkan oleh pengunjung Selangordaily, pelbagai kritikan yang Tepak terima. Mulanya, mungkin untuk menunjukkan sikap terbukanya terhadap kritikan orang, Tepak membiarkan, tetapi apabila Tepak sudah tersilap membuka aib Puteri Umno dan ada kecaman langsung kepadanya, Tepak terpaksa menutup ruangan komen itu.

Saya syorkan kepada Tepak, janganlah Sdr cuba mengaibkan lagi suasana yang ada. Kalau dulu Sdr mengheret sekali tiga Exco kanan Kerajaan Selangor yang dituduh berkonspirasi dalam usaha menjatuhkan Khir Toyo, sekarang, sudahlah imej Puteri Umno tercemar teruk dengan tulisan Khalid Jafri (Perdana Sari), Tepak, konon-kononnya untuk membela Azalina dan apa yang dikatakan teman seksnya, Sabrina, semakin mengeruhkan lagi keadaan.

Apakah semua yang ada dalam Puteri Umno lesbian belaka, tak boleh tengok anak-anak gadis yang cantik comel? Masakan tidak, Azalina langsung tak dapat pertahankan dirinya walaupun tuduhan Khalid dah dibuat lebih dua minggu lalu. Bila ditanya oleh wartawan Agendadaily, Azalina kata takkan semua benda nak dibawa ke mahkamah?

Aiiikk, bukannya semua benda, kita hanya mahu Azalina membersihkan dirinya. Tuduhan ini dibuat oleh orang yang jelas, akhbar yang jelas, macam juga tuduhan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman kepada Khir Toyo melalui akhbar yang jelas, ada alamat penerbit dan pencetaknya.

Apa yang dituduh kepada Azalina adalah soal kehormatan diri dan maruah yang mesti dipertahankan. Ia soal yang tiada kompromi atau boleh diselindung atau hendak disenyapkan begitu saja. Maruah diri mesti dijaga dan dilindungi, tidak boleh dicemarkan dengan begitu mudah. Walhal Khalid Jafri telahpun membuat tuduhan dengan jelas, menyatakan nama dan gambar pasangan lebian Azalina.

Pelik saya memikirkan bagaimana Azalina boleh memandang rendah perkara ini. Persetankan siapa Khalid Jafri yang membuat tuduhan itu, tetapi lebih penting ialah maruah Puteri Umno yang ditanggungnya. Dan keadaan menjadi lebih buruk bila Tepak Bersulam (dulunya penjilat rasuah Khir Toyo, sekarang dah jadi penjilat Azalina dan Sabrina pula) membuat tuduhan baru yang mengheret Erma Fatima dan bekas Ketua Penerangan Puteri dalam gaung yang hitam dan ngeri ini.

Lalu, siapakah Azalina untuk bercakap soal sumbang mahram? Siapakah Tepak Bersulam untuk mempertahankan Azalina sedangkan dia sendiri terpalit dengan pelbagai perkara buruk apabila tak henti-henti menjilat Toyo? Sungguh jijik dan keji sekali permainan dalam politik Umno ini







______________________
Terbitan : 23 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com