MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Khir dan Azalina patut bawa Lutfi dan Khalid Jafri ke mahkamah

Oleh Puteri Kebenaran

Tindakan undang-undang bagi seorang ahli politik kepada pihak yang membuat kritikan terhadapnya memanglah merupakan antara langkah terakhir yang patut dibuat. Hujah sewajarnya dilawan dengan hujah, bukannya dengan menutup mulut pengkritik melalui gertakan undang-undang.

Oleh itu, saya tidak memandang pelik jika Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo memilih pendekatan menjawab di sidang DUN Selangor bagi menangkis dakwaan rasuah kepadanya, meskipun Ahmad Lutfi telah mencabarnya, jika dakwaan rasuah itu fitnah, bawanya ke depan mahkamah. Tetapi, memandangkan serangan kepada Khir berterusan hebatnya, ditambah satu demi satu pertuduhan baru, seolah-olah MB Selangor ini begitu pelahap dan rakus sekali membolot kekayaan untuk diri, keluarga dan kroninya, saya rasa Khir patut bertindak lebih drastik.

Daripada projek jalan termahal diserahkan kepada penyumbang dana pilihanrayanya, hinggalah kepada tuduhan adik iparnya mendapat puluhan juta dari projek membekal dan memasang paip air di Semenyih hingga ke Banting. Daripada memberikan tanah 400 ekar kepada seorang pemohon hinggalah kepada meluluskan permohonan empat budak berumur 20 tahun dalam masa tidak sampai sebulan bagi mendapatkan tanah di Kuala Langat.

Dan kini timbul pula kes Khir menawarkan untuk dirinya dan anggota Exconya, kereta rasmi kerajaan dengan harga terlalu murah, tanpa melalui prosedur lazim digunakan. Keretanya yang berharga lebihkurang RM400,000 hanya ditawarkan kepada dirinya dengan harga RM35,000 sahaja. Lutfi pula membuat tuduhan melalui akhbar yang boleh dipertanggungjawabkan, bukannya menerusi internet ataupun surat-surat layang. Jadi, tidak sukar untuk Khir mengambil tindakan undang-undang kepada Lutfi jika benar segala tuduhan rasuah kepadanya adalah dusta dan fitnah. Membiarkan diri dibelenggu tuduhan rasuah hanya akan menjejaskan kewibawaan Khir saja. Begitu juga dengan apa yang menimpa Ketua Puteri Umno, Azalina Othman. Tuduhan bahawa dia adalah lesbian, dengan disertakan nama pasangan seksnya, Sabrina (terpampang fotonya dalam Perdana Sari), adalah sesuatu yang sukar diterima akal. Maruah dan kehormatan diri tidak boleh dijual beli, ia wajib dipertahankan, hatta dalam Islam, jika kita mati sewaktu mempertahankan kehormatan diri, ia dikelaskan sebagai mati syahid.

Sekurang-kurangnya masyarakat dapat menilai yang Khir dan Azalina adalah mangsa fitnah dan segala tuduhan kepada mereka adalah pendustaan yang keji. Mendiamkan diri bukan langkah terbaik menghadapinya. Pihak yang menuduh, iaitu Ahmad Lutfi dan Khalid Jafri, tidak berselindung lagi. Dan mereka rasanya bersedia untuk mendetailkan dakwaan itu di mahkamah. Segala-galanya berada di tangan Khir dan Azalina. Tidak semua perkara harus dibawa ke mahkamah. Tetapi isu yang dihadapi Khir dan Azalina tidak wajar dibiarkan begitu saja, terdedah kepada perbincangan yang tak ada hujung pangkalnya. Mahkamah bukan medan terbaik, tetapi orang ingin melihat seriusnya Khir dan Azalina mempertahankan maruah mereka dari diceroboh sesuka hati.







______________________
Terbitan : 25 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com