Saya berbincang dengan beberapa rakan sekerja iaitu pengurus-pengurus bank dari kaum China, mereka memberi pandangan ikhlas mereka bahawa ramai kaum china khasnya golongan peniaga memberi pengharapan penuh kepada Dr Mahathir untuk memulihkan ekonomi negara. Mereka berpendapat PM mempunyai visi dan bijak dalam membangunkan negara. Misalnya ketika dunia Islam ditekan oleh sekutu Amerika, PM dikatakan telah melobi- menawarkan ruang kpd pemodal arab untuk melabur ke negara ini. Sebab itu kita melihat beliau sekarang cenderung untuk menarik perhatian asia barat. Kalau perkara ini membuahkan hasil, negara mendapat faedah. Biarpun PM ada sedikit kezaliman tetapi jasanya kepada negara banyak. Ambillah yg positif kata mereka.
Mereka berpendapat p/raya kali ini mungkin memihak kpd BN spt tahun 1995. Saya berharap perkara ini dapat diberi perhatian oleh semua pihak BA. Kelantan khasnya sedang ditekan bertubi-tubi, BA kini berada di pihak yang bertahan dan tiada isu-isu yang boleh menggugat UMNO. Saya hairan kenapa isu patong khurafat di K'tan tak dijadikan isu besar, misalnya Harakah atau Detik tampil temubual mufti-mufti dan ulamak-ulamak terkemuka. Cuba hubungi Dr Yusof al Qardawi atau PAS bawa beliau ke sini. Ketika heboh sumbang mahram sekarang, kenapa PAS tak mainkan isu hudud ? sekarang ini rakyat panas dgn isu ini dan semua mengharapkan hukuman berat dijatuhkan.. inilah masa kita tunjukkan hudud itu perlu. Saya kira ini ketentuan Allah kerana mereka menolak hudud, nah kenapa kita gunakan isu ini?
Saya dengar banyak Kawasan PAS tertentu malah negeri ada masalah kepimpinan. Ada kawasan yg digantung? ketika ceramah disekat, ramai hilang berita dan semangat ada yg luntur. Saya berharap sdr gunakan medan ini untuk menegur kepincangan dalaman BA.
Pemerhati.
______________________
Terbitan : 25 April 2002
Ke atas
Home