MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Beza Besar Antara Lutfi dan Khalid Jafri

Oleh PEMINAT BUKU LUTFI

Ada orang kata, dari segi menjatuhkan orang, Khalid Jafri sama hebat dengan Ahmad Lutfi. Hujah mereka, Khalid tumbangkan Anwar Ibrahim, Lutfi singkirkan Abu Hassan Omar.

Sebelum Khalid bantai Anwar, Lutfi sudah menulis hampir sepuluh buah buku tentang Anwar, kebanyakannya mengkritik dan menegur bekas TPM itu. Tapi Anwar tak jatuh kerana tulisan Lutfi, Anwar jatuh kerana buku 50 Dalil Khalid Jafri.

Tapi saya tak setuju dengan pandangan yang menyamakan Lutfi dengan Khalid Jafri.

Lutfi mahu menjatuhkan Abu hassan selepas menerbitkan suratkhabar Kritik yang mendedahkan sumbang mahram Abu Hassan dengan adik iparnya. Lutfi nak jatuhkan seorang MB Umno yang dipertahankan Mahathir. Mahathir tak ada sebab nak buang Abu Hassan, orang yang dipilihnya sendiri sehingga terpaksa adakan satu pilihan raya kecil.

Dan bila Lutfi bantai Anwar dulu, Anwar ketika itu boleh dikatakan dalam musim berbulan madu dengan Mahathir. Mereka pasangan yang intim.

Tapi bila Khalid Jafri tulis 50 Dalil, ia di bawah perancangan rapi Mahathir. memang Mahathir mahukan Anwar dibuang dan PM mencari jalan yang sesuai. Dan Khalid Jafri terbabit dalam konspirasi untuk buang Anwar, yang ketika itu sudah jadi seteru paling ketat Mahathir.

Begitu juga bila Lutfi tulis macam-macam hal dan naik turun pejabat BPR tentang kes rasuah Khir Toyo. lepas satu, satu lagi kes dibawa dengan bukti-bukti dan dokumen yang sahih.

Tapi Lutfi berlawan dengan kehendak Mahathir. PM mahu Khir Toyo dikekalkan di situ. Apa pun yang Lutfi bawa sebagai bukti, semuanya tak dapat mempengaruhi Mahathir. Ini kerana Lutfi mahu perasuah hebat macam Khir dibuang tapi bagi PM, Khir lepas ini boleh dipergunakan semahu-mahunya di Selangor.

Selangor adalah lombong emas di negara ini. Menjadi MB Selangor jauh lebih hebat dan boleh mengaut banyak duit berbanding menjadi menteri pusat, kecuali menjadi PM dan Menteri kewangan. Jadi TPM pun tak ada apa kelebihan, sebab itu Pak Lah rapat dengan Khir kerana banyak keuntungan bila rapat dengan MB Selangor.

Sekarang bila Khalid hentam cuku-cukup Azalina Othman Said sebagai lesbian dan ditunjukkan pasangan lesbiannya seorang datin kaya, orang tertanya-tanya, apakah sikap Mahathir ke atas Azalina.

Kalau PM mahu Azalina kekal sebagai Ketua Puteri Umno, seperti PM nak kekalkan perasuah Khir Toyo sebagai MB Selangor, Azalina akan kekal seperti kekalnya Khir Toyo. Tapi kalau PM pun tengah cari idea nak lempar ke longkang si Azalina, maka akhbar Khalid Jafri banyak membantunya.

Inilah bezanya antara Khalid dengan Lutfi. Khalid adalah sebahagian daripada jentera PM untuk menjayakan hasrat politiknya sedangkan Lutfi bertindak bertentangan dengan apa yang dimahukan PM. Dan Lutfi pula tidak menggunakan fitnah dan caci maki untuk jatuhkan Abu Hasan dulu, berbanding cara Khalid. Begitu juga dalam kes rasuah Toyo, hujah dikemukakan berdasarkan fakta dan keterangan yang jelas.

Tapi tidak pula bermakna Lutfi tidak akan dapat jatuhkan Khir walaupun PM mahukan Khir. Jika PM tengok, dengan kekalkan Khir boleh sebabkan BN Selangor hadapi masalah besar, Khir juga akan terpelanting. Atau tidak terpilih semula sebagai calon BN pada pilihan rayah akan datang.

Duit beratus juta Toyo-Karim Mansor sudah lebih dari cukup untuk Khir meninggalkan politik. Tapi ketika itu maruah Khir sudah hancur.







______________________
Terbitan : 29 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com