Oleh Pena Hijau
Enakmen jenayah syariah atau lebih dikenali dengan Hudud yang
termaktub di dalam manifesto PAS Negeri Terengganu yang dijanji akan
dilaksanakan selepas mendapat tampuk pemerintahan di negeri Darul
Iman itu sehingga kini masih belum terlaksana. Adakah benar dakwaan
kerajaan Barisan Nasional bahawa Hukum Hudud yang dijanjikan itu
adalah hudud PAS semata-mata ?!..Bukannya hukum yang datang daripada
Allah yang maha Bijaksana sebagaimana yang tersebut secara qot'ie
dalam Al-Quran ?.
Justeru itu pihak kerajaan Negeri Johor Darul Takzim telah menubuhkan
satu pasukan jawatankuasa khas untuk mengkaji apa sebenarnya yang
dikatakan Hudud menurut Islam. Pasukan itu yang diketuai oleh mufti
kerajaan Negeri Johor baru-baru ini telah dihantar ke beberapa buah
negara di timur tengah dalam usaha mereka bagi menjayakan misi
tersebut. Rombongan pasukan itu bertujuan untuk menemui seterusnya
berbincang mengenai isu hukum Hudud dengan mufti-mufti dan ulama-
ulama tersohor di negara yang mereka lawati.
Tetapi, daripada maklumat yang diperolehi dan juga daripada majlis
penerangan dan ramah mesra para mahasiswa bersama rombongan pasukan
itu mendapati bahawa misi sebenar yang terselindung di balik
rombongan pasukan itu tak lain tak bukan adalah semata-mata untuk
mencari kepincangan serta helah bagi sesebuah kerajaan untuk tidak
melaksanakan hukum Allah tersebut.
Rombongan pasukan itu juga telah menjatuhkan air muka serta
mengaibkan Negara Malaysia yang sebelum ini dikenali oleh negara Arab
sebagai sebuah negara Islam yang maju dan perlu dicontohi. Ini
disebabkan kerana mufti yang mengepalai rombongan itu tak pandai
berintraksi dengan menggunakan bahasa Arab. Sampaikan hendak baca
muqaddimah ucapannya di depan perwakilan mahasiswa pun terpaksa
tengok kertas, itu pun salah sebutan. Adakah orang yang sebegini
layak menjadi mufti ?!..Macamana kerajaan dapat memilih orang macam
ni jadi mufti dalam negeri ?!..Kerana hukum-hakam yang terdapat dalam
Islam perlu dipelajari dalam bahasa Arab. Kitab-kitab yang masyhur
mengenai aqidah, perundangan, ekonomi, sosial, mu'amalat dan lain-
lain semuanya dikarang menggunakan bahasa Arab. Mereka yang layak
digelar mufti ini sepatutnya bukan sahaja sekadar hanya pandai
berbahasa Arab, bahkan mereka perlu mengetahui dan memahami kaedah di
dalam bahasa arab seperti ilmu Nahu, Sorof, Balaghoh, Mantiq, Qias
dan banyak lagi untuk menangani permasalahan semasa yang ditimbulkan
oleh masyarakat.
Oleh itu, marilah sama-sama kita membuka mata dan sedar betapa
penipuan dan pembohongan yang banyak dilakukan oleh kerajaan Barisan
Nasional khususnya Umno. Sesiapa saja yang menurut, menyebelahi dan
mengikut telunjuk atau dengan bahasa yang mudahnya, pandai mengampu,
dia akan naik dan dijulang. Sebaliknya sesiapa yang melawan mereka
dengan kebenaran akan jatuh dan ditumbangkan.
______________________
Terbitan : 30 April 2002
Ke atas
Home