MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Premium Balak RM150j tahun ini

KEMAMAN: Kerajaan Terengganu dijangka akan dapat memungut hasil premium Balak berjumlah RM150 juta tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Dato’ Haji Mustafa Ali dalam Dialog Perdana di sini baru-baru ini. Sejak royalti petroleum dan gas dinafikan tahun 2000, kerajaan menerima tambahan cukai dari RM15 juta kepada RM40 juta setahun.Dato’ Haji Mustafa membuat penjelasan demikian bagi menjawab pertanyaan para pegawai kerajaan di Daerah Kemaman tentang sumber alternatif kewangan kerajaan selepas rompakan royalti petroleum. Dato’ Haji Mustafa berkata, sumber alternatif itu ialah dari balak, hutan, tanah dan air.

Kerajaan Negeri telah menaikkan premium kawasan hutan balak dari RM750 sehektar kepada RM3,700 sehektar. Dato’ Haji Mustafa mulanya mendapatkan nasihat pegawai hutan tentang bila dan banyak mana premium hutan balak boleh dinaikkan.

Mengikut nasihat pegawai hutan bahawa premium yang dikenakan RM750 sehektar sebelum ini adalah terlalu murah. Kerajaan boleh menaikkan bila-bila masa dan boleh menaikkan antara lima hingga 10 kali ganda.

Kerajaan Negeri, katanya memutuskan untuk mengambil angka yang terendah iaitu lima kali ganda. Pihak beliau berunding pula dengan para pengilang sama ada mereka bersedia membayar premium lima kali ganda itu atau sebaliknya. Para pengilang tidak membantah. Mereka berkata, walaupun premium dulu murah, pengilang terpaksa mengeluarkan wang sama banyak dengan premium baru untuk tujuan tertentu.







______________________
Terbitan : 24 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com