MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Guna balai raya sepenuhnya untuk program masyarakat

MARANG: Rakyat Terengganu diseru supaya menggunakan balai raya sepenuhnya untuk program kemasyarakatan setelah UMNO dan Kemas mengosongkannya. Jika balai raya itu dibiarkan tanpa sebarang kegunaan, samalah keadaannya semasa ia di bawah kerajaan dulu. Exco Kanan Kerajaan, Dato’ Haji Mustafa Ali berkata demikian dalam majlis Dialog Perdana di Daerah Marang baru-baru ini.

Katanya, masih ada lagi balai raya yang belum dikosongkan oleh UMNO dan Kemas walaupun setelah dua tahun Kerajaan Negeri meminta mereka mencari tempat lain. Semua balai raya selama ini digunakan oleh UMNO untuk menjadi markaz pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan kelas Kemas sedang ia adalah untuk urusan kemasyarakatan. Setelah kerajaan negeri Terengganu bertukar tangan, balai raya dikembalikan kepada fungsi asal iaitu untuk kegunaan kemasyarakatan dan boleh digunakan oleh semua pihak.

Kata Dato’ Mustafa, balai raya yang diminta kosongkan itu ialah yang dibina di tanah kerajaan. Mana-mana balai raya yang dibina di tanah persendirian, dengan sendirinya menjadi milik tuan tanah. Walaupun balai raya telah disalahgunakan, Kerajaan Negeri telah memberi masa yang cukup kepada UMNO dan Kemas mencari tempat lain. Setelah lebih dua tahun, mereka masih tidak mengosongkan. Kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak pentadbiran untuk meminta balai raya itu dikosongkan.

Setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang dipaksa mengosongkannya. Mereka diminta mencari tempat lain secara terhormat. Apa yang berlaku yang disiarkan di Televisyen dan akhbar sebenarnya ialah mereka pindah sendiri tanpa dipaksa, tetapi semasa mereka pindah itu mereka diberitakan dipaksa pindah. Jika kerajaan mahu ia dikosongkan secara paksa, maka sudah tentu tidak ada lagi balai raya yang tidak dikosongkan.

Dato’ Haji Mustafa juga menyebut tentang balai raya itu apabila dikosongkan, habis semua kerusi meja dilarikan. Dalam majlis dialog itu juga Dato’ Haji Mustafa menolak cadangan supaya Menteri Besar mengadakan kunjungan mengejut di tempat-tempat tertentu bagi memastikan kakitangan kerajaan membuat kerja. Beliau berkata, kerajaan sekarang percaya kepada kakitangannya dapat menjalankan tanggungjawab seperti yang diarahkan oleh ketua jabatan masing-masing.

Jika terdapat seorang berdua sengaja pergi makan ke Cendering sedang ada kantin di Kuala Terengganu, ia adalah masalah yang tidak begitu besar yang ketua pentadbiran boleh kenakan disiplin. "Tidak perlulah Menteri Besar singgah mengejut di gerai Cendering kerana nanti Menteri Besar tidak dapat buat kerja lain," jelasnya.







______________________
Terbitan : 25 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com