MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Imej Kerajaan perlu dijaga

MARANG: Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Sosial dan Kesihatan, Haji Abu Bakar Abdullah berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat terhadap nasib golongan kurang upaya dan cacat. Katanya, golongan tersebut perlu berusaha meningkatkan taraf hidup mengikut kebolehan serta kemahiran masing-masing."Saya bangga ada di kalangan orang cacat mahir membuat kraftangan dan mengusahakan projek ternakan ayam," ujarnya ketika ditemui WARTA, di pejabatnya. Di samping itu, katanya golongan kurang upaya serta cacat penglihatan tidak digalakkan lagi menjadi pengemis jalanan. Menurutnya, Kerajaan tidak mahu melihat ada di kalangan orang-orang cacat penglihatan masih menjadi pengemis.

Katanya, imej kerajaan negeri perlu dijaga dengan berusaha mencari pendapatan yang lebih terjamin. "Kita kena jaga imej kerajaan Islam dengan mengubah cara hidup agar lebih aktif dan produktif," ujarnya. Tambah beliau, Kerajaan sedia membantu golongan tersebut agar dapat mempertingkatkan taraf hidup masing-masing.







______________________
Terbitan : 29 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com